Wajarkah kita meletak ke tepi prinsip atau pendirian hanya kerana inginkan imbuhan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau pangkat?
sama ada dalam dunia pekerjaan atau kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada membuat pilihan. Pilihan di tangan kita sama ada A, B atau C. Setiap pilihan dipengaruhi oleh setakat mana kita berpegang kepada prinsip yang sudah dibentuk dalam diri. Mungkin daripada didikan keluarga, persekitaran serta suasana bekerja. Kekuatan prinsip ini bukanlah satu kubu yang kuat selama-lamanya. ia akan menjadi layu, lembut dan longgar disebabkan oleh cabaran-cabaran yang mendatang yang tentunya lebih kuat untuk menggoncangkan hati kita dalam membuat pilihan.
Sebab itu ada orang mudah saja menerima sogokan atau habuan hanya kerana inginkan sesuatu yang berkepentingan untuk diri sendiri. Ada orang walau sebanyak mana sekali pun ditawarkan akan menolak kerana merasakan dia sudah melanggar prinsip yang dibina selama ini walaupun ada yg memberi atas dasar 'sedekah' dan ada juga menerima atas dasar 'sedekah'.
Ada pula berkata semua itu bergantung kepada niat. Cuba bayangkan anda memberi sesuatu kepada si miskin, ibu tunggal atau sesiapa saja dengan harapan dia boleh menjalani hidup seperti orang lain makan dan minum. Tentunya anda tidak mengharapkan apa-apa balasan drp si peminta sedekah bukan??? cuma harapan mungkin drp Allah agar dimurahkan rezeki kita pula.
dan cuba bayangkan pula sekiranya ada memberi sesuatu yang dinamakan' sedekah' tetapi ada niat lain di dalamnya seperti mengharapkan mendapat sesuatu projek atau apa saja yang boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri dan bukannya balasan drp Allah semata-mata. Adakah itu boleh dikatakan sedekah????
dan apabila situasi ini berlaku tentunya pegangan atau prinsip akan menjadi benteng paling hadapan. Berpeganglah kepada prinsip atau pendirian yang telah anda bina kerana ini akan memandu anda menjalani kehidupan sempurna sehingga ke akhir hayat. Jangan merosakkannya hanya kerana inginkan sesuatu yang mana tidak pun boleh mengkayakan anda di dunia pun...
di akhirat apatah lagi.
**** Maaf ya...saya ada prinsip***
4 comments:
tak salah kan kak kalau prinsip tu tak melanggar hukum dunia mahupun ukhrawi.. elok la dipertahankan..
Baguslah. Hidup perlu ada prinsip. Dan prinsip itu perlu dihormati...selagi tidak memudaratkan.
Sekadar cerita...
ckLah pernah membuat entri tentang 'prinsip berblog' ckLah. Lepas itu ckLah perasan...ada follower yang semakin menjauh, dan ada yang pergi terus (tapi masih curi-curi intai). Hehehe. Tak kisahlah...tak rugi apa-apa pun. Yang memahami prinsip ckLah dan masih sudi berkunjung masih ramai...
saya sokong :
"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)
saya paham kak, rasanya saya penah melaluinya masa kerja dulu. saya boleh jadi flexible tapi once melampaui batas n melanggar terus prinsip saya yg tak berapa keras ni, memang takleh go.
Post a Comment