Wednesday, February 9, 2011

aktiviti CNY moh... ke Zoo kita

Ke mana cuti Tahun Baru China selain balik kampung. Oh sempat ke Muzium dan Zoo taiping walaupun dah pernah pergi tapi tetap pergi lagi sebabnya anak-anak yang tak pernah puas tgk binatang.

Sebenarnya tak plan pun nak ke Muzium..tapi disebabkan hujan lebat jadi berteduh di Muzium dulu sementara menanti hujan berhenti.

Antara yang sempat dilihat makanan tradisi Melayu

Pakaian tradisi perkahwinan zaman dulu

yang ini pula kediaman orang Asli. Teruja budak-budak bila tengok maklumlah tak pernah tengok.
Sempat bergambar dalam Muzium Taiping. Fahim, Durrani dan Afiq

Selepas Muzium tutup jam 5 petang hujan pun berhenti. Jadi kami menuju ke Zoo taiping. ramainya manusia maklumlah time cuti.

Oh gajah yang menjadi haiwan favourite untuk dilihat. Comel jer tgk keluarga gajah ni.

Aksi spontan..nasib baik Fahim nak jalan..tapi time dia letih lenguh tangan nak dukung.


Bergambar berlatar belakangkan gajah..

Masa melihat singa semua berhenti lama di sini sebabnya singa ni macam teruja melihat terlalu ramai manusia memerhatikan gelagatnya. Kata kakak singa ni teringin nak menyeberangi sungai sebab nampak banyak daging manusia.

Kakak yang takut tengok beruang

Itu sajalah gambar yang ada. Aktiviti yang sangat ringkas namun berjaya mengembirakan Durrani dan Fahim. Sampai sekarang masih ingat pergi zoo dan lihat binatang.

6 comments:

Yan said...

budak2 mmg ske tgk binatang.. klu ade kelapangan.. mmg yan pn nak bawa qis lagi ke zoo.. tunggu si adik besar skit.. bg dia kenal2..

edane said...

tingin jugak nak ke zooo bawakn eysraf tapi hingga sekarang belom pergi ;)

♥MAMASYAZA♥ said...

kakak durrani sempat naik ketapi tak kat zoo taiping

Izan Ishak said...

best tu kak bila bawak anak tgk binatang secara live. anak2 izan pun suka sgt pi zoo...

**nak inform kat akak ni, izan tak dpt join gathering kembar tu sbb hubby ada urgent meeting sabtu ni kat jb....dpt tau last minit ni~

ckLah @xiiinam said...

teringat peristiwa Nabil hilang di zoo ini masa dia berumur 3 tahun...dekat 1 jam. Rasa dunia dah kiamat dah...sementara 6 pegawai zoo mencari dan semua pintu keluar masuk dikawal ketat.




***Mr X kami dah datang...dah buat n3 yang Rynas minta. Hehe

A D I A said...

saya dalam sejarah hidup ni sekali je gi zoo. masa kecik, tu pun sbb lawatan skolah. budak sekrg makpak rajin bawak anak ke tmpt2 zoo, muzium gini ye.

ke parents saya je tak bawak gi zoo.