Hari pertama di Korea:
Perjalanan dr KLIA menaiki Korea Air mengambil masa 6 jam. walaupun panjang namun tidak terasa disebabkan flight berlepas pada jam 11.25 malam dan sampai kira-kira jam 6.30 pagi waktu Korea. Berbeza hanya 1 jam dengan Malaysia. Jadi di dalam flight boleh tidur dengan nyenyaknya.
Gambar ketika sampai di Incheon airport. Suhu ketika itu 5 darjah celsius...sejuk tapi sangat nyaman. Memang kena pakai jaket..Maklumlah di Malaysia dengan cuaca panas dan terik sesekali apabila sejuk begini segarnya rasa.
gambar di First Kiss.... cantik sangat macam kanvas saja di belakang
Sampai saja, kami terus menuju ke bas yg disediakan dan terus menuju ke Nami Island. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam setengah. Sampai saja memang ramai pelancong dan pelajar sekolah. Permandangan Nami Island sangat indah, persekitaran yg bersih dan terjaga, sangat mengagumkan kerana disinilah penggambaran drama Winter sonata.
Bergambar di atas jambatan kecil bersama editor, sub dan reporter hiburan.
Bergambar di laluan kereta api yang terdapat di bahagian kiri laluan utama.
Untuk ke Nami Island perlu menaiki bot yg memakan masa dalam 10 minit saja. Sempat bergambar di atas bot bersama editor dan Pengarang Rencana, En Joe (tengah).
Kawasannya sangat luas, dan setiap sudut memang cantik untuk diambil gambar.
Tulis nama atas batu...
Batu yg terdapat di tepi laluan ketika menuju ke bot.
bersama rakan semeja, Faizah..
First Kiss...
dalam drama winter sonata ada adegan bercium dan di sinilah tempatnya yg dinamakan First Kiss.
MasyaAllah mmg sangat cantik ciptaan Tuhan...dengan pohon-pohon yang masih belum berbunga, rumput kering menjadi hamparan serta tasik di sepanjang pokok yang tenang membiru sangat mendamaikan. Tak dapat membayangkan alangkah indahnya ketika musim bunga nanti yg dijangkakan sekitar bulan 5.
laluan utama Nami Island...ketika ini musim bunga...tapi bunga belum keluar..tunggu lagi 2 minggu semua bunga akan keluar
Cantik pokok-pokok yang tersusun indah....seperti lukisan
di atas bot...
sekitar kawasan penggambaran drama winter sonata
kedai-kedai yg terdapat di Nami Island
bunga-bunga yang sedang mekar...
cantik sangat bunga ni...
bergambar di hadapan lukisan-lukisan yg diletakkan di sepanjang jalan
pintu comel menjadi tempat bergambar sesiapa saja...termasuk jg saya
seperti padang pasir..tapi sebenarnya adalah rumput kering..seperti jerami halus..
ps: bg sesiapa yg nak ke Korea jgn lepaskan peluang berkunjung ke Nami Island yer......
12 comments:
tie, teringat kenangan di Pulau Nami bila tengok pics ko ni..aku lagi la...pegi masa musim berbunga lebat. Pokok macam lukisan berwarna oren, merah dan kalau hijau...sangat menyegarkan mata...aku nak ke sana lagi..Insya Allah..kali ni nak ke Jeju
ohh mesti lagi cantik kan musim bunga..cherry blossom...masa aku pegi mmg belum berbunga pun...
yerlah ben kumpul duit g pulau jeju pulak...
slm kak...
nanti cerita psl makanan halal kat sana pulak ye.mana tau dpt pergi satu hari nanti. hihi..ewah..berangan! :)
hmmm duk tengok je pic ni stu persatu, cantikkknya korea ni. cuma tu la kalau berjalan ni risau bab makanan je. since byk tmpt halal so kirer ok la kan.
woww... bestnya akak dapat g sana...
bestnya kalu cik hani dapat g sane jugak....
nnt2 cite lagi tempat2 lain yg menarik kat sna ekkk
wuuuu..sy tengok gambar sambil berangan T_T
suhida...tak per senang banyak makanan halal kat Korea
Adia: itu ler boleh ler melancong nanti g Korea
Cik Hani: insyaAllah mana tau dapat pg sana nanti
Eis: org kata berangan dulu mana tau jd kenyataan
cmne suhu wktu musim bunga..tgok kat gambar tu mcm sejuk juga? sy nak pergi sana juga.. tapi mknn halal sne mahal kan..yg sy tahu ade mknn arab, tp ley than mhalnya.. huhu.. sy pergi besok nih.. hehe
Assalam! Saya nak bertanya saya nak ke Nami Island dengan bot , kalau dari Dongdaemun macamana cara ya ? Apakah nama tempat naik bot tu dan nama station yg berdekatan dgnnya ?
Post a Comment