Tuesday, March 10, 2009

makanan Sarawak

Mari mengenali makanan Sarawak. Ttp ulat sagu yang aku tengok dalam Majalah 3 baru-baru ni sik ada ya. Ini semua makanan yang sedap-sedap sajer.
Ikan terubuk masin. sangat popular di negeri Sarawak ni. Aku rasa saper yg pegi sana mesti akan bawa balik terubuk masin ni. kiranya cam buah tangan ler. rasanya sgt sedap sebab ikan fresh dan tak masin sgt. makan cam tuh jer pun ok. tambah2 kalau masak nasi goreng kampung pastu makan ngan ikan terubuk masin ni, ada plak sambal belacan....Wallah..wa cakap lu..meleleh air liur beb!!!!

kek lapis Sarawak yg dah siap dipotong. Cantikkan kagum aku lihat betapa kreatifnya org Sarawak membuat kek ini rasanya kena kukus sampai 4 jam kot ker lebih... lupa plak. Pastu telur sampai 30 biji putihnya sajer. Lapisan itu di masak setiap 1 jam. bayangkan nak kena tunggu. Haruslah kat sini mahal. Makan kejap jer habis. rasanya mmg sedap lembut jer. Ada macam-macam perisa. Ttp hati-hati senang rosak kena simpan dlm peti sejuk.


Yang ini pun kek lapis juga belum dipotong. Macam-macam kaler dia.

Kek lapis lagi...kalau kat sini harganyer mahu RM25-RM35 satu bekas tuh ttp kat Sarawak murah jer...nak order??? bg tau jer..

Terlebih sudah...makan jangan tak makan..

Tekalah apa dia??? kemek pun sik tahu apak namak. Ttp rasanya sedap juga manis rasanya. Di dalamnya ada pisang yang dikeringkan. diluar disalut dengan tepung dan digoreng. Ttp rasa tepung tu lain sikit. Makan ni harus melekat kat gigi. Durrani suka kuih ni..

yang ini kuih tebaloi. Rasanya ehhmmm boleh tahanlah. Makan sambil tengok tv. Kalau kat sini cam sagun ( ni org utara panggil kat KL ntah la panggil apa) rasanya lebih kurang tulah rasa kelapa dan gula yang dikeringkan. Manis juger...

Kuih cincin. aku suka kuih ni. rangup gitu dan manis. dalamnya ada manisan bersalut tepung kemudian digoreng. Ttp kalau tak ada gigi, jgn makan sebab keras sikit.
Itulah sajer makanan Sarawak untuk hari ni. Sebenarnya adik aku yg bawa balik semua makanan tuh. Sib baik dia tak bawa ulat sagu tuh ekkekekkeke. Sebenarnya teringin nak makan laksa sarawak ngan Mi Kolok dia asyik dok citer sedap jer....suruh masak kang....







Monday, March 9, 2009

makan lagi...

Cerita hari ni. hehhehe hari-hari letak gambo makanan..bukannya apa sebab tak der idea nak story jadi citer pasal makan jerlah kan...
Petang tadi sebenarnya nak hantar adik aku kat Jalan Duta sebab dia nak balik kampung. Ingatkan boleh beli tiket bas on the sportlah ttp NAN ADO...semuanya habis nak ke parit Buntar. Jadi adik aku beli tiket bas malam jam 11.45 malam baru bertolak. terpaksalah balik umah dulu sebab nak tunggu malam kan lama takkan lah nak lepak kat Jalan Duta plak..iskkk..iskkk tak patut..tak patut.
Oleh kerana jam pun baru 3 petang weouls singgahlah kat serdang makan-makan dulu alah kedai yg biasa weouls makan tuh. Nak kata sedap...taklah sedap sgt ttp bolehlah...menepati selera..cepat dan service pun ok. Nilah antara menu yg kami makan...
Ada otak-otak..sedap juga..tapai pun ada..makan ler juga hehhehe
dah ader kan..
Asyik-asyik nasi putih sambal soton tak pernah jemu. Ini menu hasben aku punya. faberet dialah sambal soton ni.

Aku makan pasembur jer. dah lama tak makan..susah nak cari kat KL ni pasembur sama cam kat kg..ttp kat sini oklah..kuah kacang. Ada timun, sengkuang, cucur udang, taugeh, tauhu ngan telur. semua bahan2 tuh fresh dan rangup gitu.

Haruslah ada menu ni nasi ayam untuk durrani. Bila tanya nak makan apa. " Nacik ayam" Cam tak do menu lain.

Wow..laksa penang. ni adik aku punya. Rasanya boleh tahanlah..ttp adik aku kata sedap yg dia buat lagi. huhuhu..tak mo kalah tuh. oklah ada rasa pedas, masam, ikan pun banyak..habis juger..uols.





makan-makan hujung minggu

Cuti..cuti..cuti bestnyerr...

Sabtu
Tak buat ape-ape cuma di rumah sajer basuh baju, kemas apa yg patut. Oh yer..ada adik aku baru lik dr sarawak so meriahlah sikit. Petang pegi klinik amik nebulizer lagi untuk fahim. Harap-harap ni yang terakhirlah yer. pastu terus ke umah kak Tija di Selayang sajer jer jalan-jalan nak makan Mee Sup sebenarnya ehhehehhe. Malam kol 11.30 baru sampai umah. Fahim kat klinik
Ahad
cam biasa jer pagi-pagi order sarapanlah apa lagi..ttp bukan pizza, bukan mcd roti canai sajork. tengah hari tak masak (macamlah aku penah masak t.hari dah lama dah tak berasap dapur tuh) sebab ada makan-makan kat umah kak long kat Bangsar. Tu yg best tuh sebab berkumpul ramai-ramai adik-beradik nak bergosip gitu. kekdahnya sebab nak makan lerr...masakan kak long yang sedap lagi Da Boom. Banyak menunya. Antaranya kari udang, kari sotong, kari ikan masin ngan nenas, ayam masak sambal, sayur campur goreng, ikan bakar, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal belacan dan air asam

Sembang-sembang dulu sebelum makan

Buah tembikai

Ada lagi lala masak pedas

Bukan menu ni sajer ada dezert puding susu, kek coklat dan kek lapis sarawak

Berkampung sampai petang ler kat sini, sempat minum petang lagi. Kol 5.30 barulah semua berangkat ke rumah masing-masing dengan perut yang kekenyangan. Alhamdulillah... tima kasih yer tuan rumah...nanti buat ler makan-makan lagi...pasni umah saper plak yer yg nak diserbu....























makan satey

Menu malam tadi..sila teka apa dia..yeehaa...
Oleh kerana adik aku yg balik dr sarawak tuh dok ngidam nak makan satey Kajang..katanya dah lama tak makan..jd supaya tak kempunan belilah satey kajang. nak makan kat kedai cam tak der upaya lah plak..susah nak bawa anak kecik nie..tak dapat menikmati sepenuhnya. Jadi makan kat umah ajerlah...

tada...makan berdua jer..sikit jer..


Ada satey adalah kuahnyer...
Ehh..ehhh...makan ler dulu cik adik oiii barulah nak buka plastik tuh.

Sekian gambo makanan hari ini.

Friday, March 6, 2009

Lunch at ROSYAM NOR

Semalam aku ngan kak ema lunch di rajawali, hotel legend bersama hero Malaya dan hero tua Rosyam Nor. jemputan ni untuk semua Editors majalah dan akhbar. Maklumlah Rosyamkan terkenal dengan sifat mesra media sebab itulah semua editors memberi kerjasama dengannya. yang paling penting pertemuan tengah hari sebab Rosyam nak bg tau projek terbaru Suhan Movie. Bukan drama atau film terbaru ya kwn-kwn. Ok sebelum aku citer tengok gambo dulu yer.

Haaaa...gambar pose Rosyam. Sajer aku nak suruh dia pose...
Rosyam dgn team suhan Movie..deme nielah yang terbabit dlm projek terbaru tuh nanti. Sebelah kiri tuh Ady org kuat untuk AF.

Tiba-tiba tengah Rosyam bg ucapan jeng..jeng...jeng.."happy besday to you...happy besday to you..happy besday to Rosyam happy besday to you". Ada surprise besday untuk Rosyam..actualy PA dia gak yg rancang semua ni. Mulanya sebelum tuh Rosyam bercerita yg dia mmg tak suka sambut besday..maklumlah dulu masa kecik diakan miskin tak ada duit nak makan...apatah lagi nak sambut besday.Dengar kisah dia mmg aku kagum. Sebab itulah skang dia berjaya...Tuhan bg rezeki kat dia sebab matlamat dia berlakon sebab keluarga.


Ucapan dr Rosyam..Masa ni kak Intan karangkraf mmg kena usik sajer dr Rosyam. nak mengalir air mata aku dok gelak..lucah..lucah...

Me dgn k.ani editor klik, karangkraf. Dah lama betol tak jumpa dia..stil maintain comel lah dia wpun anak dua. Dia kata aku tembam dan berisi sikit. haruslah aku amik gambar konsep menyorok..hahhahahha cover uols.
Sambung balik pasal program Suhan Movie, rosyam nak buat rancangan realiti TV, PILIH KASIH untuk mencari pelakon. Jadinya saper2 nak jd pelakon nanti jgn lupa sertai uji bakat bulan 4 nanti kat 6 lokasi kat Penang, KL, JB, Sarawak, Sabah dan Negeri 9 . Nnati rancangan tu adalah tenaga pengajarnya,jurinya, khidmat pesanan ringkasnya dan setiap minggu adalah peserta terkeluar. Kontroversinya rancangan ini apabila di akhirnya...mereka yang terpilih juara tidak semestinya yang tinggal itu..tetapi keputusan terletak di tangan Rosyam..berdasarkan unsur2 pilih kasih. Mgkin yg terkeluar akan menang. Gitulah kekdahnya...cam menarik juga rancangan ni..ttp tayangannya di TV2..aku tv2 ni lemah sikit lol...selalu pun jarang tengok. Ttp menurut Rosyam pemilihan RTM sebagai hak tayangan kerana mahu menaikkan rating poenonton RTM. Agak susah di situ..ttp sebab program ni akan di handle 100% by Suhan Movie aku yakin program ni akan gempak. sebab kebanyakan drama Suhan kan bermutu harap programnyer juga bermutu.
Pastu Rosyam juga membantu kiranya mcm dutalah ttp tidak berbayar, di sebuah pusat percetakan al-quran Yayasan Restu yang terletak di Shah Alam. aku baru tau kat Malaysia cetak Quran sendiri siap terjemahan dlm bahasa Melayu. Ingatkan semua kita beli dr Indonesia. mmg menarik mengenai yayasan Restu ni. harap-harap dapatlah tajaan sikit untuk menambah baikannya. Sesi tamat jam 2.30 petang..pastu apa lagi balik opislah bersilat dengan keje plak. alahai!!!!
**** hari ni pic menu tak amik yer...sebab dah lapo sgt tengok masakan kampung yang sedap dan menyelerakan***




Thursday, March 5, 2009

klinik lagi

Semalam aku masuk lewat ke pejabat..sebabnya aku ada janjitemu ngan doc. Bukannya aku yg sakit ttp anak teruna aku nie belum sihat sepenuhnya. hari ni mungkin kena sedut gas lagi. Sampai jer klnik mujur tak ramai orang durrani mmg suka betol pg klinik ni sebab boleh main-main. Banyak permainan kat sini budak-budak tak bosan aaarrr.
Inilah Shampoliklinik tempat anak aku selalu wat rawatan kalau sakit demam. Bagus ubat kat sini mmg berkesanlah terutama untuk kanak-kanak. Aku pun jugalah minta ubat kat sini. Ni sebenarnya klinik panel hasben aku. saje aku tumpang sekaki dah nama pun cover anak binikan.
Masuk jer dan naik kuda...dia doranglah budak-budak. mana ada saper pun. Puaslah main.

Laki akulah dok gigih melayan...


pas penat main timbang plak. kata Durrani berat dia 23kg. makk aiii beratnya sebenarnya 12kg jer.


Inilah masa mendapatkan rawatan. Tgk jer nurse tuh datang Fahim dah uwaaa..nangis dah. Kali nie aku suruh hasben aku pegang. barulah tak meronta-ronta sangat. Ttp nangis tetap nangis.
Jadinya malam aku kena bawa lagi sebab nak check dah hilang sepenuhnya atau tak. Doc tuh kata sebab baby bawah 2 tahun jadinya belum boleh dikatakan sebagai asma. Ttp ni cara untuk halang drp kuman merebak kat paru-paru..nanti kalau lepas umur 2 thn dan masih ada tanda-tanda seperti ini barulah dikatakan asma. Ohhh gitu ekkk...ingatkan dah kena asma.









Wednesday, March 4, 2009

Fahim batuk selsema



Malam semalam aku tido dekat nak subuh..sebab apa...puncanya Fahim batuk selsema pastu rasa dia cam susah nak bernafas aku ingat sebab selsema tu..sapulah minyak sikit kat belakang dia. ttp still tak boleh tido. Sian aku tengok merengek-rengek..mata dah ngantuk ttp bila letak terus jer jaga. Pastu aku ada idea terus aku amik car seat dan letakkan dia dalam tuh goyang-goyang sikit tak lama lepas tuh lebih kurang jam 5.30 pagi barulah dia tido dengan lenanya. Itu kisah malam semalam...

Hari ni lepas balik keje terus jer aku menuju ke klinik berhampiran. Puncanya sebab aku rasa Fahim cam kena asma bila bernafas berbunyi..kuat plak tuh. Sian sangat aku tengok dia. Masa jumpa doc aku citerlah keadaan anak aku lepas dah check terus jer doc suruh nurse amik nebulizer (aku rasa cam salah eja jer) untuk Fahim. Ni first time Fahim kenalah..ala sedut cam bg oksigen tuh. Masa nak buat ni meraung-raung dia, nangis apa tah lagi sambil tangan tolak kiri kanan. Kuat betul anak aku nie..pujuk-pujuk pun tak mau juga last2 buat masa dia nangislah. Lagipun nurse tuh kata masa nangis pun ok sebab baby buka mulut. Lepas nak buat sedutan tuh aku rasa dia bernafas dah ok sikit tak bunyi sangat..batuk dia pun dah reda. Ttp esok kena datang balik klinik untuk cek masih ada lagi atau tak.


Doc tanya sama ada family aku pernah kena asma atau tak? Of courselah mmg ada drp ayah aku, abang aku, adik dan aku sendiri. Ttp aku masa kecik-kecik jer bila besar dengan sendiri hilang. Untuk mengelak dr terus berulang kena alertlah dan cepat bawa g kinik Sampai umah jer terus kasi ubat..ttp kena bg peringkat peringkat kalau tak sure dia luahkan balik."

Monday, March 2, 2009

Lagi-lagi fahim...

JANGAN BOSAN NOOO....gambar-gambar Fahim tengah main lori.
Untuk tatapan adik aku EIZA.







































Untuk adik aku...tu dia gambar-gambar fahim. Kata nak tengok kan...ini gambar terbaru...masih panas lagi. Dah masuk 8 bulan ni, 1 mac 2009. Fahim pun dah bosan dah asyik amik gambo dia jer..cam artis plak huhuhuhu...

citer hujung minggu

Aktiviti pada hujung minggu. Sebenarnya plan nak balik kampung PD, jadinya aku pun tidaklah memasak, sarapan cuma makan roti jer ngan nugget. nak alas perut jer. En hubby pagi-pagi dan keluar katanya kete tak siap lagi nak ganti obsober. Tunggu-punya tunggu..punya tunggu jam 2 petang barulah dia balik. Aku ni mood balik kampung mmg dah tak ada dah..yerlah kalau nak siapkan kelengkapan anak-anak, pastu nak singgah makan lagi mahunya kol 3.30 ptg baru bertolak. Serba salah kot en hubby kata dia balik sorang jerlah sebab ada hal family sikit. Isskkk..mana boleh plak nak balik sorang takkan nak tinggal aku ngan anak2 sampai malam...jadi aku pun tergedik-gediklah nak ikut terus jer senyum balik, "jap..jap mama siapkan barang-barang" Nunggu aku bersiap kol 3 baru gerak singgahlah kedai makan kat Bangi. Apatah nama kedai ni..lupa pulak nak amik. First time makan kat sini, sajer nak cuba sedap ker idok ker.


Durrani lapor menunggu makanan. Dalam kete asyik sebut jer, "mama..mama nacik" Lapar nau anak dara aku ni.
Berlakonlah tuh. Masa ni dah makan dah..sajerlah tuh konon-konon amik gambar sebab lapar.

Ni dah ceria balik dah. Pandai berlakon ekkk Durrani. Durrani makan nasi ayam. Nak muntah dah aku kalau jd dia asyik nasi ayam jorrkkk amik menu lain kang tak makan pulak.


Ni nasi goreng ikan masin aku. Tak tau nak makan apa..last-last amik menu nie. Aku bg 4/5 bintang. Sedap!!! semua rasa masin, pedas boleh tahan larrrr...

yang rupa kurang menarik sikit ni mi hailam. patutlah hitam semacam jer. rasanyer...ehhmm kureng kot. Ntah larrr aku tak makan pun . baru jer nak minta sikit kat en hubby..alih-alih tengok dah habis.Kata tak sedap..ttp habis gak..sajer lah tuh tak nak aku minta sikit. hhehehhe jgn mare yer bang!!!!


yang ini nasi ayam Cik Durrani. Kureng sikit sup dia..sebab rasa macam ada rempah. Aku suka kalau sup tu kosong bersih jer. Patutlah Durrani makan tak habis...katanya, "tak moolah mama," nape??? "tak cedap arrrr," alahai...
pas makan dalam 3.30 baru bertolak balik. Sampai kampung 4.30. Adalah along ngan kak Ina tengah goreng jemput pisang ngan buat teh o. Langkah kanan gak ni terus jerlah 'melantak' jemput dulu sampai bercerita gosip terkini kat kampung tuh. aku jd pendengar setia jerlah. malamnya barulah Angah sekeluarga balik dr pantai dorang sajer pegi jalan-jalan bosan katanya dok umah. Lia pun balik juga. Riuh rendahlah rumah dengan suara budak-budak. jam 10 malam barulah kita orang bertolak balik Bangi dan sampai 11.30 malam. Hujan sepanjang jalan ttp renyai-renyai jerlah.





Sunday, March 1, 2009

sama tapi tak serupa







SAMA TAPI TAK SERUPA.
CUBA CARI PERSAMAAN KEDUA-DUA GAMBAR DI ATAS?
persamaan paling nyata kedua-duanya adalah anak aku hehhehehehhe

makan lagi

Lagi gambar makanan...harap maklum. Tadi en hubby pegi p.malam. Aku??? haruslah tak ikut tunggu di rumah sajer. Perut mmg masih kenyang sebab makam mihun sup kan. Aku tak order apa-apa pun cuma order jagung saje (kata tak oder). baliknya inilah yang dia beli...

Durrani malu wajahnya sedang makan jagung diambil. "Please..la...mama"

Ni antara favourite aku kalau pg pasar malam..murtabak harus ada.

Yang ini pulak namanya ayam BOsnia sebab rangka ayam jer digoreng ngan tepung. Dulu-dulukan harganya kan baru RM1.50 pastukan naik jadi RM1.80 - RM2 ttp itu masih mampu lagilah. Sekarang ni harga sudah meningkat kepada RM3 ada juga yang letak RM3.50 makkk aiii..mahal giler aku rasa sebab itu ler aku dah lama tak beli. Ini en hubby belikan makan jerlah..karang membazir plak kekdahnya.


Yang ini jagung gergasi namanya. Mmg besar jagung ni untung saper beli sebab harga RM1.20. En hubby beli 3. Haruslah tak habis...Durrani makan adalah 30 biji jagung..selebihnya akulah yang makan.
******Sekian sudah gambar-gambar makanan untuk hari ini. Harap maklum******