Saturday, March 31, 2012

Pelancaran M...Harian Metro

Alhamdulillah semalam selamat sudah majlis pelancaran Majalah M, Harian Metro dalam sisipan Metro Ahad. Majlis diadakan di Top Hat, Jalan Stonor KL. Ramai tetamu yang hadir antaranya sudah tentu Erra Fazira yg menjadi penghias kulit hadapan pertama majalah, Tini HotFM sebagai pengacara majlis, Alyah pun ada, yg lain semuanya pengiklan, company kecantikan, designer antaranya Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Fizie Woo, Azura Couture dan Hanizam.

 majlis bermula pada jam 3.30 petang dengan sesi pertunjukan fesyen drp 4 pereka muda. kemudian baru diikuti gimmick pelancaran. majlis ringkas dan cepat...


 Inilah cover hadapan M, Erra Fazira...


 Stage .....



Bersama rakan-rakan meja Wanita dan juga penulis untuk majalah M..


Sesi pelancaran akan bermula....


 Ok selesai sudah dengan disempurnakan oleh Erra Fazira


 Cantik sangat Erra ...langsing dan anggun

 Bergambar sebelum majlis berlangsung...

Close up...Erra bersama Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapha Omar

 Jelita...anggun...mempesona...dan menggoda...itulah dia Erra Fazira

 Edisi pertama ...M...esok dalam Metro Ahad

 Bergambar selepas tamat majlis..team Wanita Harian Metro cuma seorang jer tak ada Kak Laila dah balik awal.

Editor Wanita kak Ayu bersama wartawan hiburan kak Ramlah

 posing lagi...

 Konon-konon...cantik...hehheheh


Diakhiri dengan gambar ibu mengandung...

Selepas ni kena lebih tingkatkan qualiti dan kuantiti kerja..kena work smart...sebab kena buat Harian Metro dan juga majalah M...chayok..chayok...walaupun penat tapi sangat berpuas hati dengan hasilnya. Lepas rasa rindu nak buat majalah balik. Walaupun bukan 100% macam majalah tapi drp segi penulisan mmg menggunakan cara penulisan majalah begitu juga dengan photografi.



Thursday, March 29, 2012

gambar kenduri kahwin di kampung

 Majlis perkahwinan sepupu sebelah husband yang diadakan di kampung Port Dickson, Negeri Sembilan.

 Perkahwinan dua beradik, dua-dua perempuan. Jadi ada dua pelamin dalam rumah.

 Selepas dah makan semuanya baru ler bergambar. Bila tgk gambar alahai mengembangnya hehhehe. Perut sama naik dengan badan. Reda jerlah dah mmg begini tiap kali mengandung.

 Posisi duduk pula yer...
 Adik ipar yang tengah mengandung juga..beza sebulan dari aku. Tapi comel jer badan tak naik.

 Tiga sekawan... Fatin, Arina dengan Fahim..peace!!!

 bersama kakak-kakak yg rajin melayan. Lisa dan Ira

 Fuyooo....

Dua orang ibu mengandung yang perasan comel hehhehhe



Malamnya ada potong kek hari jadi Naqiudin yang ke-6.



Friday, March 23, 2012

gambar kat kampung

Gambar-gambar yang diambil masa balik kg hari tu. Depan rumah jer. Sebenarnya air yang terbentang luas tu adalah sawah padi. Tapi budak-budak ni kata air laut. Masa ni baru nak menyemai padi, air baru lepas dan hujan pula tu jadilah begini. Bila waktu senja cantik pula permandangannya. Sebab itu saya laju jer terus capai kamera dan snap gambar.


 Sebenarnya juga nak test kamera Nikon baru ni, ambil pelbagai angle. Maklumlah tak profesional ambil gambar, belasah jerlah.

Sebenarnya masih sayang lagi dengan kamera lama Canon compact yang pertama dikeluarkan, masa keluar tu terus jer sambar, dah 10 tahun pakai sekarang pun masih elok lagi tak rosak apa-apa. Tapinya rasa tercabar bila ada sorang photografer kat office berkata, " tukar jerlah kamera tu, org dah tak pakai dah compact skrin kecil cam tuh,"

huhuhuhu....sangat sedih rasanya. Tapi memang pun...kalau pergi function dan rakan-rakan di sebelah mengeluarkan kamera compact yg canggih alahhh...malunya nak keluarkan kamera sendiri.

 Dan akhirnya bila ada sales terus jer beli satu..harap2 lepas ni bertahan juga sampai 10 tahun dan lebih drp tuh. Tapi kamera pun macam handphone juga kerap bertukar, kita baru jer pakai dah keluar yang lebih canggih dengan zoom yang lebih jauh.



Tak per janji ada kamera, sebabnya kamera ni mmg sangat penting, sama pentingnya dengan buku dan pen. Kalau pergi asgn tak bawa kamera rasa tak lengkap padahal photograper mmg dah ada.


 Ok gambar anak-anak pula. Masa ni nak potong rambut Fahim dia request nak potong kat kg so carilah kedai gunting rambut.

Tak sah ler kalau tak senyum lebar sambil buat peace.


 Gambar dia lagi...

 Gambar kakak pulak yer..peace juga...

 Ok..senyum...

menggunakan teknik black and white...selalu tgk kamera orang saja sekarang dh boleh buat sendiri. Suker...suker...

 Barulah nampak klasik kan...uols....

 Muka masam jer...cam tak rela. Kali ni baru dia tak nangis. selalu nangis. agaknya sebab Melayu kot potong selalu India. Dia mmg phobia sikit dengan org India...sebab org India yg jumpa dia selalu akan usik dia.


ok dah handsome dah anak mama.




Thursday, March 15, 2012

check up 5 bulan ..

Semalam pergi check up untuk 5 bulan. Rasanya sekejap jer dah 5 bulan masa scan sebenarnya dah pun 22 minggu maknanya dah 5 bulan lebih. Semalam juga buat suntikan pertama.


Aku suka dengan Dr Huda ( anak kepada Datuk Harun Din) ni sebab bagi penerangan yg jelas setiap satu diberi penerangan terperinci. Walaupun kita tak tanya. Patutlah setiap seorang pesakit tu sangat lama ketika berjumpa dengannya. Hampir satu jam lebih juga menunggu baru sampai giliran.
Semalam semuanya ok tekanan darah, urine, perkembangan baby, tumbesaran, berat baby semuanya berada dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah..cumanya plasenta masih di bawah tapi menurut kata doc ia perkara biasa mungkin apabila kandungan meningkat 28 minggu ke atas uri akan turut naik.
Juga berbincang dengan doc mengenai cara kelahiran kali ini, kemungkinan besar akan di c-sert juga. Tak apalah janji selamat sudah semuanya..Amin. 


Wednesday, March 14, 2012

baca komik Upin & Ipin

Kegilaan kakak sekarang pada komik Upin dan Ipin serta komik Jepun Doraemon yg dialih bahasa ke bahasa Melayu. Kalau Upin & Ipin ni ada dijual di stesen minyak jadi setiap keluaran memang tak pernah ketinggalan.


Ini antara koleksi yang ada. Yang lain tu entah ke mana. Bila si adik pun nak baca sama faham-faham sajalah ada pula yang terkoyak. Saya juga membekalkannya dengan majalah Ana Muslim yang lebih baik isi kandungan serta bahasa digunakan. Upin & Ipin juga banyak pengajaran diberikan dan kanak-kanak yg masih berada di tadika mampu membaca dengan mudah.

Daripada asyik menonton kartun saja, elok juga membaca. Mula-mula dengan komik nanti dah besar sikit boleh baca surat khabar pula yer.

Komik ini dibawa ke mana-mana saja.
Boleh dibaca dalam kereta.

Saturday, March 3, 2012

tabiat org kita ketika memandu

Kali ni nak bercerita pula mengenai sikap pemandu-pemandu di Kuala Lumpur ni. Boleh dikatakan setiap hari dalam masa bekerja lapan jam tiga atau empat jam adalah waktu di jalan raya mungkin hanya dua atau tiga hari saja di pejabat.
Jadinya memang terpaksa menghadapi kerenah pemandu yang kadangkala menyakitkan kepala dan menyesakkan fikiran. Tambah-tambah kalau terpaksa memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada waktu prime time misalnya tengah hari atau selepas tamat waktu kerja yang kesesakannya berkali ganda. Maka terpaksanya menghadapi kerenah pemandu lain yang ingin cepat.
Antara sifat pemandu-pemandu di jalan raya yang aku perhatikan  ialah:

1. Suka memotong untuk masuk ke lane kiri atau kanan
- Ok ini perkara biasa kalau memandu di KL. Tambah pula bagi yang berkereta mewah memang sentiasa ingin cepat. Aku tak kisah kalau nak memotong  terutama jalan raya membabitkan hway tapi bagi signal dulu boleh. Ada sesetengah kereta tu suka masuk tanpa memberi signal. Hello!!!! dia ingat kereta lain tahu ke niat di anak bertukar lane.

2. Memotong ketika jam.
- Ini paling aku stress. Sudahlah jalan jam tapi dia nak juga masuk. Hey...kalut-kalut nak pi mana? kata org Penang. Macam lah dia boleh sampai awal drp org lain. Biasanya kalau dah kereta tu nak masuk sangat aku akan membenarkan saja. Ada pula sesetengah org lagi kereta nak masuk lagi dia menghimpit ke depan supaya kereta lain tak dapat mencelah. Itu tabiat orang kita. Bagi aku senang saja...kalau hari ni kita membenarkan kereta lain masuk, esok-esok kalau kita pula nak mencelah dengan senang jer akan dapat. Percaya!!!! what u give u get back...

3. Menyondol atau mencucuk supaya kereta di hadapan menambah kelajuan.
Cucuk jangan tak cucuk. Yang ni biasa dilakukan di hway. AKu paling tak suka dan marah kalau kereta yang mencucuk tu berada di lane kiri. Kot yer pun nak laju pergilah ke lane kanan kan? Buat apa ko masuk juga ke lane paling slow. Lainlah kalau dia berada di lane kanan dan bawa slow. Lagi satu kepada pemandu-pemandu ni kalau dah berada di lane kanan tolonglah bawa laju (kalau kat hway ler) ikut pemanduan sebenar. 100-110 km/j ini tidak bawa 80km/j manalah tak mengganggu pemandu lain. Kalau agak-agak nak bawa slow sila ke lane tengah atau kiri ya.

4. Tiba di lorong touch & Go, baki kurang pula. 
Stress mak nyah!!!! mak tidaknya kereta lain dah bersusun di belakang tapi disebabkan kau sorang habis kereta lain terpaksa menunggu lama. Kot yer pun semaklah baki dulu berapa dalam T&G tu jangan main masuk jer. Takkan tak boleh agak kalau rasa2 tak cukup jangan masuk, pergi di lorong bayaran tunai. Yang ni memang aku selalu kena.

5.  Memandu sambil ber SMS atau menggunakan telefon.
Ini mmg tabiat org kita ketika memandu. Aku pun pernah buat juga tapi bila jam jerlah...kalau jalan clear tak boleh bahaya. Tapi ada sesetengah org yang menggunakan telefon sambil memandu dan berada di lane kanan. Memang membahayakan sebaiknya berhenti dulu  atau menggunakan handfree.

6. Kalau excident atau ada polis trafik mulalah jam.
Kadang-kadang excident dah tak ada pun ...hanya kesan kereta saja. Tapi masih lagi org memperlahankan kenderaan. Bila ada orang kena saman di kiri jalan juga akan menyebabkan jam sebabnya org Malaysia ni prihatin sibuk nak tengok apa yang berlaku.

7. Buang sampah keluar tingkap.
Kalau boleh elakkan lah yer. Tak manis dipandang orang belakang cewahh. Kot yer pun simpanlah sampah tu dlm kereta dulu ni tidak air kotak ker, plastik ke, kotak rokok, puntung rokok, kertas ke elok jer ko campak keluar tingkap. Bukan susah pun nanti jumpa bakul sampah buang jerlah kan. Iskkk..tak faham..tak faham.


8. Tak bagi signal bila nak membelok.
Ini antara penyebab kemalangan kecil di jalan raya. Tak kiralah kau masuk kiri atau kanan dibelakang atau dihadapan ada kereta atau tidak silalah nyalakan signal. Jadikan itu satu kebiasaan. Kereta kita bukan boleh bercakap jadi signal itulah cara berkomunikasi dengan kereta yang lain.

9. Nyalakan lampu bila hujan atau hari gelap.
Tolonglah..tolong nyalakan lampu bila hari hujan. Tak kiralah hujan lebat atau tidak. Bukankah untuk keselamatan. Lagi satu kalau agak-agak dah pukul 7 tu hari dah gelap silalah nyalakan lampu  tak kisah waktu pagi atau malam.

10. Pasangan kekasih sedang bercinta atau bergaduh memandu.
Korang pernah tak berhadapan dengan pemandu pasangan kekasih kot yg bawa slow jer..pastu ke kiri dan kanan keretanya. Atau kereta yg di dalamnya ada pasangan yg tengah bergaduh. AKu pernah berhadapan dengan satu kereta ni di mana perempuan tu dah buka pintu kereta nak turun konon2 nak bunuh diri. Nasib baik lelaki tu sempat pegang dan terus mereka berhenti tepi jalan.
Aduh...stress aku masa tu mana tahu masa dia turun kita pergi langgar dia. Tak ke haru..kot yer pun janganlah menyusahkan org lain. Fikir dulu sebelum buat ya.

Aku rasa inilah saja antara tabiat pemandu-pemandu di Kuala Lumpur. Korang pernah kena benda yang sama tak??






Tuesday, February 28, 2012

Hanya Allah maha mengetahuinya...


 Komen drp seorang hamba Allah Misteri Alam dalam blog  http://www.papagomo.com/
Kebenarannya hanya Allah yang maha mengetahuinya. Sekarang ni Tuhan bayar cash jadi usah bimbang dengan janji-janji Allah.

Baca komen kat bawah ya:  

" Bagi seseorang hamba Allah yg benar-benar beriman, dia tidak akan sesekali membawa kebinasaan kepada dirinya. Maksud saya di sini tidakkah terfikir oleh beliau untuk menghalang perempuan itu dari memasuki biliknya pada saat awal lagi perempuan itu masuk ke bilik?

Dia boleh mengarahkan perempuan tersebut tunggu di lobi atau menghalau terus (jika perlu) sekiranya perempuan itu berdegil mahu masuk ke bilik. Masakan beliau tidak sedar atau terfikir risiko yang cukup besar sekiranya membenarkan perempuan bukan muhrim masuk ke biliknya?

Malah beliau sendiri sering menyebut UMNO suka memfitnah, menganiaya dsbny? Justeru tidak bolehkah beliau terfikir mungkin itu satu perangkap? Dan jika tidak mahu terperangkap kenapa tidak dilakukan yang sepatutnya sebagaimana yg saya terangkan di atas? Cuba kita tanya diri kita sendiri, tidakkah di hati kita risau bila membawa/membenarkan perempuan masuk ke bilik @ rumah yang bukan muhrim kita? Tidakkah kita risau nanti syaitan akan membisikkan sesuatu yang dilarang oleh agama bila kita berdua-duaan? Maksum dan hebat sangatkah iman kita? soalnya sekarang jika khuatir difitnah, jangan benarkan ruang itu wujud dan terjadi? Lantas, atas nawaitu apakah sehingga boleh MEMBENARKAN seorang perempuan yang bukan muhrimnya apatah lagi isteri orang untuk masuk ke biliknya? Bagi saya TIDAK ADA satu alasan yang waras membenarkan perkara itu dibenarkan. Cubalah fikir?

Fikirkan kejadian yang menimpa saudara adakah senario atau rentetan terjadinya kisah itu sama seperti peristiwa hamba Allah ini?

Apa pun yang lebih penting, marilah kita bersama-sama berdo'a semoga kita tidak diuji dengan dugaan yang sebegini. Telah disebut bahawa manusia akan tewas kepada perempuan....dan kerana itulah juga perempuanlah yang paling ramai yang menjadi penghuni neraka...Wallahuallam....

TETAPI itu bukan jaminan anda yang lelaki tidak akan masuk neraka dan perempuan-perempuan muslim pula menjadi penghuni neraka.... Ingatlah, bahawa syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah Al Muhaimin...cuma kita telah diberi petunjuk dan panduan bagaimana seseorang boleh menjadi penghuni syurga atau neraka....

Saya sendiri sebelum ini sering membeli CD hamba Allah ini untuk menikmati alunan zikirnnya....sehingga sering sebak dan menitis airmata mengenangkan dosa-dosa yang pernah dibuat...namun saya sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran cuba menggunakan akal yang dikurniakan untuk kita bersama-sama merungkaikan sebab kenapa peristiwa ini berlaku....

Dan kesimpulan saya adalah sebagaimana di atas... Kenapa dibenarkan masuk ke bilik? Tidakkah boleh dihalang (rujuk di atas)? Dosa tetap dosa.....anak yang dibawa bersama tetap tidak mampu menjadi pemampan kepada persoalan yang timbul. Apatah lagi ketika itu, anaknya sedang tidur (biarpun tidak tidur tetap tidak manis dan dipandang serong bila dalam keadaan begitu...mereka di bilik hotel...BUKAN di rumah atau tempat awam!

Cubalah fikirkan dan mohon penerangan saudara-saudara Islam yang lain untuk kita mencari jawapan...biarpun jawapan itu belum tentu tepat tetapi sekurang-kurangnnya kita berusaha menggunakan akal yang dianugerahkan belandaskan hukum dan syariat mencari penyelesaian kepada peristiwa ini.....selebihnya jika hamba Allah itu benar pastinya ganjaran yang cukup besar menantinya di akhirat kelak...dan jika sebaliknya itu adalah urusannya dengan Allah Al Khaliq. Malah saya sendiri tidak sesekali dari awal pendapat saya terus menghukum beliau...itu bukan hak saya. Hak saya adalah berfikir mengikut seperti mana yang disyariat berlandaskan agama Allah Al Quddus...


p/s: aku juga dibesarkan dengan alunan lagu-lagu zikirnya. Suka dengan siri ceramahnya terdahulu. 
Semoga kita terhindar drp perkara yg boleh menambah dosa dan dipelihara Allah. Amin. 
 

Saturday, February 25, 2012

jom makan cempedak goreng

Petang-petang ni dapat makan cempedak goreng panas dengan teh o sedapkan.
Nasib baik ada cempedak dari kampung yg dah dekat seminggu cuma sebiji tapi boleh goreng sampai 3 kali. Isinya pula bukan main besar makan 2 ulas dah kenyang.

Gitulah kan...kalau kakak atau mak datang KL macam-macam dibawanya. Ada cempedak, jagung, sayur, betik, pisang kalau boleh semua nak dibawanya. Begitu juga kalau balik kampung mesti penuh bonet diisi dengan segala makanan dari kampung. Itu belum masuk bekalan masa dalam perjalanan. Bukannya tak boleh nak makan kat kedai masa dlm perjalanan tapi terpaksalah bawa juga sebab dah disediakan.
Rasanya semua mak-mak macam tu kan. Bersyukur sangat kerana mak dan abah masih sihat di kampung..
dah lama juga tak balik kampung sebabnya masa Januari hari tu mak dan abah datang ke KL. Ingat cuti sekolah ni akan menjenguk mereka di kampung.


p/s: Leka sangat kalau dapat tengok rancangan kegemarannya.

Friday, February 24, 2012

pernikahan Lisa dan Yusry

Suka tengok gambar-gambar pernikahan Yusry dan Lisa Surihani.
Sangat cantik daripada pakaian, solekan, hiasan pelamin semuanya serba sempurna.
Semoga perkahwinan mereka bahagia sehingga ke anak cucu. Amin.












pic credit Ohbulan dan Rotikaya.