Tuesday, February 28, 2012

Hanya Allah maha mengetahuinya...


 Komen drp seorang hamba Allah Misteri Alam dalam blog  http://www.papagomo.com/
Kebenarannya hanya Allah yang maha mengetahuinya. Sekarang ni Tuhan bayar cash jadi usah bimbang dengan janji-janji Allah.

Baca komen kat bawah ya:  

" Bagi seseorang hamba Allah yg benar-benar beriman, dia tidak akan sesekali membawa kebinasaan kepada dirinya. Maksud saya di sini tidakkah terfikir oleh beliau untuk menghalang perempuan itu dari memasuki biliknya pada saat awal lagi perempuan itu masuk ke bilik?

Dia boleh mengarahkan perempuan tersebut tunggu di lobi atau menghalau terus (jika perlu) sekiranya perempuan itu berdegil mahu masuk ke bilik. Masakan beliau tidak sedar atau terfikir risiko yang cukup besar sekiranya membenarkan perempuan bukan muhrim masuk ke biliknya?

Malah beliau sendiri sering menyebut UMNO suka memfitnah, menganiaya dsbny? Justeru tidak bolehkah beliau terfikir mungkin itu satu perangkap? Dan jika tidak mahu terperangkap kenapa tidak dilakukan yang sepatutnya sebagaimana yg saya terangkan di atas? Cuba kita tanya diri kita sendiri, tidakkah di hati kita risau bila membawa/membenarkan perempuan masuk ke bilik @ rumah yang bukan muhrim kita? Tidakkah kita risau nanti syaitan akan membisikkan sesuatu yang dilarang oleh agama bila kita berdua-duaan? Maksum dan hebat sangatkah iman kita? soalnya sekarang jika khuatir difitnah, jangan benarkan ruang itu wujud dan terjadi? Lantas, atas nawaitu apakah sehingga boleh MEMBENARKAN seorang perempuan yang bukan muhrimnya apatah lagi isteri orang untuk masuk ke biliknya? Bagi saya TIDAK ADA satu alasan yang waras membenarkan perkara itu dibenarkan. Cubalah fikir?

Fikirkan kejadian yang menimpa saudara adakah senario atau rentetan terjadinya kisah itu sama seperti peristiwa hamba Allah ini?

Apa pun yang lebih penting, marilah kita bersama-sama berdo'a semoga kita tidak diuji dengan dugaan yang sebegini. Telah disebut bahawa manusia akan tewas kepada perempuan....dan kerana itulah juga perempuanlah yang paling ramai yang menjadi penghuni neraka...Wallahuallam....

TETAPI itu bukan jaminan anda yang lelaki tidak akan masuk neraka dan perempuan-perempuan muslim pula menjadi penghuni neraka.... Ingatlah, bahawa syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah Al Muhaimin...cuma kita telah diberi petunjuk dan panduan bagaimana seseorang boleh menjadi penghuni syurga atau neraka....

Saya sendiri sebelum ini sering membeli CD hamba Allah ini untuk menikmati alunan zikirnnya....sehingga sering sebak dan menitis airmata mengenangkan dosa-dosa yang pernah dibuat...namun saya sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran cuba menggunakan akal yang dikurniakan untuk kita bersama-sama merungkaikan sebab kenapa peristiwa ini berlaku....

Dan kesimpulan saya adalah sebagaimana di atas... Kenapa dibenarkan masuk ke bilik? Tidakkah boleh dihalang (rujuk di atas)? Dosa tetap dosa.....anak yang dibawa bersama tetap tidak mampu menjadi pemampan kepada persoalan yang timbul. Apatah lagi ketika itu, anaknya sedang tidur (biarpun tidak tidur tetap tidak manis dan dipandang serong bila dalam keadaan begitu...mereka di bilik hotel...BUKAN di rumah atau tempat awam!

Cubalah fikirkan dan mohon penerangan saudara-saudara Islam yang lain untuk kita mencari jawapan...biarpun jawapan itu belum tentu tepat tetapi sekurang-kurangnnya kita berusaha menggunakan akal yang dianugerahkan belandaskan hukum dan syariat mencari penyelesaian kepada peristiwa ini.....selebihnya jika hamba Allah itu benar pastinya ganjaran yang cukup besar menantinya di akhirat kelak...dan jika sebaliknya itu adalah urusannya dengan Allah Al Khaliq. Malah saya sendiri tidak sesekali dari awal pendapat saya terus menghukum beliau...itu bukan hak saya. Hak saya adalah berfikir mengikut seperti mana yang disyariat berlandaskan agama Allah Al Quddus...


p/s: aku juga dibesarkan dengan alunan lagu-lagu zikirnya. Suka dengan siri ceramahnya terdahulu. 
Semoga kita terhindar drp perkara yg boleh menambah dosa dan dipelihara Allah. Amin. 
 

2 comments:

Angah said...

saya punsuka mendengar alunan zikirnya,sayang sklai benda ni terjadi,seharusnya dia patot memikirkan yangngeatif dahulu,sbagai seorg yang dikenali seharusnya sentiasa menjadi perhatian smua, tambhan pula sebagai sorg ahli polittik,(saya lebihsuka dia sebagai ustaz)sepatotnya dia lebih awal memikirkan imlikasi yang beliau akan terima bukannya selepas ditangkap lalu berkata pula ramai yg cuba memukulnya,dan yang paling penting suami kepada sang isteri pula yang membuat laporan,hanya ALLAH mengetahui,pasti ada sesuatu yang kita tak ketahui..

ANAKIRANA said...

saya pon dulu dok dgr zikir dia..mmg syahdu alunan zikir..
bila jadi mcm ni...hmmmmmm......