Wednesday, March 14, 2012

baca komik Upin & Ipin

Kegilaan kakak sekarang pada komik Upin dan Ipin serta komik Jepun Doraemon yg dialih bahasa ke bahasa Melayu. Kalau Upin & Ipin ni ada dijual di stesen minyak jadi setiap keluaran memang tak pernah ketinggalan.


Ini antara koleksi yang ada. Yang lain tu entah ke mana. Bila si adik pun nak baca sama faham-faham sajalah ada pula yang terkoyak. Saya juga membekalkannya dengan majalah Ana Muslim yang lebih baik isi kandungan serta bahasa digunakan. Upin & Ipin juga banyak pengajaran diberikan dan kanak-kanak yg masih berada di tadika mampu membaca dengan mudah.

Daripada asyik menonton kartun saja, elok juga membaca. Mula-mula dengan komik nanti dah besar sikit boleh baca surat khabar pula yer.

Komik ini dibawa ke mana-mana saja.
Boleh dibaca dalam kereta.

1 comment:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

bagusla kak dari dia minat game n tv semedang..baik membaca even sepotong surat khabar kat pembungkus nasi lemak..:-)