Sunday, October 16, 2011

selamat pergi dan kembali moga mendapat haji yg mabrur

Petang tadi menghantar kakak sulung saya, Noor Zakiah Hj Sahib dan suami nya Mazlan Hj Hamid yang ingin menunaikan haji ke Mekah. Semua bakal jemaah berkumpul di Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor. Ramai orang usah cakaplah walaupun yg ramai adalah org yang menghantar berbanding jemaah haji sendiri.


sempat bergambar sebelum masuk ke dalam. Kakak sudah masuk ke dalam. Tak sabar dah nak berangkat.

Oleh kerana saya hanya bertemankan anak-anak saja (suami ada kelas) jadinya risau juga takut anak-anak buat perangai. Maklumlah di celahan ramai dengan keadaan yg panas dan tanpa tempat duduk takut pula sekiranya Fahim dan Durrani buat perangai. ALhamdulillah...ok dari jam 5.30 bertolak (menaiki bas TNB) sehinggalah waktu pulang 9.30 malam, sebabnya ramai anak buah melayan.


Kak Long & abg long sebelum masuk ke bilik perlepasan.

Inilah Hanif anak ketiga kakak yang rajin melayan Fahim. Asyik berdukung jer...

K.Long bersama anak sulungnya, Zafirah dengan pesanan jaga rumah elok-elok yer.

Sedang menunggu sebelum masuk ke dewan bersama beg besar yg akan dibawa ke sana.

Bergambar bersama. Kak tija, anak-anak buah kak ngah, angah, kak Fauziah, Fahim, Durani ...dll

Penat, mengantuk dan lapar tapi tahan jer mata budak-budak ni. Nasib baik Fahim sempat makan di Kafeteria kalau tak haruslah buat perangai. Kenyang perut senanglah hati

Semua jemaah akan melalui pintu ini sebelum dibawa ke dewan untuk penerangan seterusnya. Kemudian mereka dibawa ke KLIA menaiki bas disediakan sebelum berangkat jam 1.30 pagi.

Ratusan jemaah ditambah org yang menghantar.

Dapat port baik jadilah dapat main.

kakak bersama Angah (anak kedua) yg akan pulang ke Mesir bulan depan. Tak sempatlah jumpa yer.

penat berdiri duduk....penat duduk berlari.

Pandai ler bawa diri sendiri yer...

29 November depan kedua-dua jemaah akan pulang ke Malaysia, semoga selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yg mabrur. AMin.

P/s: seronokkan dapat menunaikan haji sebelum usia mencecah 50 tahun. Kala ini badan masih kuat, sihat dan bertenaga. Moga diberi peluang juga untuk menunaikan haji ke sana. AMIN...

santau dan cara mengelak



air kelapa muda juga adalah ubat untuk santau

Satu hari saya berpeluang berbual dengan seorang rakan yg pernah disantau. Katanya dulu dia teruk dibuat orang sehingga mahu mati. Badan yang kurus hanya tinggal tulang dan isi saja. Daripada seberat 56 tinggal 40kg saja. Malah tidak dapat bekerja, terpaksa cuti sehingga 2-3 bulan lamanya.

Peliknya apabila ke hospital doktor memberitahu dia tidak sakit apa, cuma mungkin gastrik dan angin saja. Ada pula doktor mengatakan kemungkinan dia terkena HIV apabila melihat mulut yg sudah berkulat dan sukar bernafas sehingga terpaksa dipakaikan gas. Daripada situ dia terus mendapatkan rawatan tradisional, bermula ke Darul Shifa barulah teman saya ini tahu yang dia disantau orang. Selanjutnya pelbagai sesi rawatan diterima, sebut saja di mana ada orang yang pandai berubat dia akan pergi, walaupun jauh dia sanggup berhabis duit asalkan penyakitnya dapat diubati.

Lebih menyedihkan ketika itu dia sedang mengandung, tetapi demi anak dia gagahkan juga melawan penyakit yang ada. Dengan kudrat yg tidak seberapa, makanan yang langsung tidak boleh dijamah, mujur anaknya membesar juga di dalam rahim.
Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu melawan genap lapan bulan, anaknya meninggal di dalam perut kerana lemas. Reda dengan ketentuan Ilahi, menurut ustaz yg merawatnya lebih baik bayi itu meninggal kerana jika hidup mungkin dia tidak senormal bayi lain.

Selepas menjalani pelbagai rawatan dan berpantang makan akhirnya dengan izin Allah, santaunya dapat disembuhkan. Namun sehingga sekarang dia sangat berhati-hati pada makanan terutama pemberian rakan-rakan. Walaupun rakan yg boleh dipercayai. Walaupun dibekalkan pendinding namun peristiwa hitam itu sangat menghantui dirinya. Katanya walaupun dia mengetahui siapa yang memberi santau, namun dia hanya berdoa moga suatu hari Tuhan tunjukkan jalan dan hidayah kepadanya supaya berubah.

Kadang-kadang tidak percaya di zaman moden ini kerja-kerja meng'ilmu hitam'kan orang ini masih banyak berlaku. Malah yang melakukannya biasanya bukanlah orang yg jahil mengenai agama tetapi ada sesetengahnya bergelar imam dan ustazah. Menurut teman ini lagi ketika dia berubat ada seorang lelaki disantau Imam disebabkan imam itu tidak mendapat kenaikan pangkat. Ada pula suami disantau isteri bergelar ustazah sehingga meninggal dunia disebabkan suaminya berkahwin lain.Benarlah keimanan seseorang itu bukanlah diwarisi berdasarkan siapa mereka tetapi sesiapa juga boleh melakukannya sekiranya iman tidak kuat dan kental.

Dalam dua tiga minggu lepas saya membawa kakak ipar yang juga terkena santau. Mujur dia dapat mengesan awal dan santaunya masih mampu diubati. Ketika membawanya ke Darul Shifa begitu ramai sekali orang yang ingin berubat, bayangkan jam 10 pagi, nombor gilirannya sudah mencecah yg ke-100 namun yg masih menunggu mungkin dalam 100 orang lagi. Betapa banyaknya jin dan syaitan berleluasa sama banyaknya dengan manusia bertopengkan syaitan. Ingatkan di zaman moden manusia semakin moden namun tidak kerana mereka kembali semula ke zaman jahiliyah. Moga kita dan kaum keluarga terhindar drpnya Amin.

Drp info yg saya dapat santau wujud disebabkan:

a)Niat orang yg dengki dan ingin menjatuhkan org lain. Dengan harapan semoga dia sakit, tidak boleh bekerja dan ada sehingga mati.
b) Pengamal-pengamal yang ada ilmu menyantau ni pula kena sentiasa mengamalkannya supaya ilmu mereka tetap power dan berkesan.

Bahan-bahan yg biasa digunakan:
1) miang buluh
2) serpih kaca
3) rambut mangsa
4) kulit telur
5) jarum,
6. paku
7Pencuci pinggan

Antara jenis-jenis:
1) Makanan dan minuman yg sudah disantau
Biasanya di warung, kedai makan sama ada santau dilepaskan oleh penyantau yang dengki pada owner kedai atau pun kerana penyantau sekali sekala perlu membuang santau untuk memastikan ilmunya berkesan. so siapa yang kena nasiblah.
2) Santau angin
Santau paling bahaya kerana pengirimnya bertujuan untuk menyantau supaya yg terkena akan sakit atau meninggal dunia.

CARA ELAK
1. Sebelum makan atau minum di luar pastikan baca bismillah 27x, dan selawat.(ada mengatakan cukup sekadar mengucap, selawat dan baca doa makan)
2. Kalau pesan air sejuk (ais), pegang bawah gelas, sekiranya panas bermakna ada santau, dan kalau pesan air panas pegang bawahnya kalau sejuk maknanya ada santau.
3. Sebelum keluar umah ambil air sembahyang dan baca ayat kursi.
4. Banyakkan amal ibadat dan membaca Al-Quran.

*** biasanya orang-orang yang belajar ilmu santau kena melepaskan racun santau tu setahun sekali pada bulan-bulan tertentu orang yang dia tidak kenal dan nasiblah pada sesiapa yang kena. Sebab itu ada orang dulu-dulu berkata mmg ada bulan yg ramai org akan terkena santau***


Wednesday, October 12, 2011

Oh bajet ...gaji naik...barang naik...

Bestnya kalau ayat-ayat di atas ini dapat diamalkan.

Semalam pulang dari kerja sempat singgah pasar malam Bandar Baru Bangi. Hajatnya membeli barang-barang basah sebagai stok mingguan di dapur. Lately ni mmg lebih suka memasak drp membeli atau makan di kedai. Kadang-kadang tu kita merasakan di pasar malam makanan adalah lebih murah tapi tanpa sedar boleh berbelanja sehingga RM30 untuk makanan saja yang entah apa-apa.

Apa tidaknya biasanya untuk sekeping murtabak kecil (untuk seorang makan) harga ketika Ramadan dalam RM2 sekeping sekarang sudah RM2.50. Roti John pula semuanya sudah berharga RM3.50 begitu juga dengan ayam goreng Bosnia (rangka ayam) ada yang mencecah RM3.50 seekor yang dulunya hanya dijual sekitar RM1.80-RM2 saja. Nasi ayam yg dulunya berharga RM3 untuk harga pasar malam sekarang sudah mencecah RM4 malah nasi kerabu (lengkap dengan telur, ikan dan cili bersumbat kelapa) berharga RM6.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan bajet 2012, nampaknya ramainya tersenyum terutamanya kakitangan kerajaan atas imbuhan kenaikan gaji, serta bonus tahunan.

Alhamdulillah dengan kenaikan ini bermakna semakin selesalah kehidupan. Namun tanpa sedar kenaikan gaji juga akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang dan juga makanan. Tak percaya tengoklah sedikit masa lagi barang-barang dapur akan naik dengan sendiri begitu juga makanan. Walaupun hanya sepuluh atau dua puluh sen namun kenaikan ini akan menyumbang kepada pertambahan perbelanjaan harian. Jadi apa guna kenaikan pendapatan sekiranya lebihan pendapatan yg diperoleh terpaksa pula digunakan untuk membayar kenaikan barang-barang.

Jika sekarang berbelanja di pasaraya besar seperti Giant, Carefour, Tesco dengan nilai RM200 seperti tiada apa. Tanpa sedar nilai wang semakin mengecil, mungkin pada tahun hadapan 2012 dijangka semakin menyusut lagi apabila jangkaan kemelesetan ekonomi dan inflasi berlaku.

Jadinya saya dinasihatkan untuk berbelanja secara berhemah, membuat tabungan dan simpanan wang untuk kemelesetan ekonomi yg dijangka berlaku pada tahun depan. Kurangkan perbelanjaan untuk apa saja yg boleh dikurangkan.
Jika biasa memakai baju berharga RM100 apalah salahnya membeli ketika sale baju berharga RM30 begitu juga kasut berharga di bawah RM50. yg penting bijak menyuaipadan supaya nampak mahal.

Mengikut penganalisa ekonomi cara berjimat cermat mungkin dengan:

1. Mengurangkan membeli pakaian mahal atau berjenama (kadang-kadang saya teringin juga sekali-sekala bila dapat rezeki terpijak ok kot)
2. Mengurangkan makan di luar dan memasak ( saya sedang melakukannya)
3. Mengurangkan membawa anak-anak ke pusat beli-belah kerana di sinilah biasanya pembaziran berlaku.
4. Beli barang keperluan dulu melebihi keinginan (rumah..kereta??? pakai kereta kecil pun ok..jimat bayor bulan. Tapi kalau mampu apa salahnya)
5. Kurangkan penggunaan kad kredit (dah tutup kredit kad) kerana menggalakkan berhutang. Beli cash (ohh kalau mampu kalau tak hutang mana nak dapat barang der....)

dan banyak lg cara untuk berjimat cermat.
Mgkin barang2 seperti susu, pampers, minyak kereta ke tempat kerja agak sukar dikurangkan kerana menjadi keperluan setiap bulan. Kalau ada banyak duit bolehlah membeli emas kerana nilainya tidak pernah jatuh malah semakin naik.

p/s: duit...duit...duit makin bertambah makin banyak pula susutnya.

Tuesday, August 16, 2011

marilah kita mencintai Allah

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata memberikan petuah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku.

”Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya. Ustman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.

Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah
kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”.”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. ” Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan
kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi.


Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.”Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. (http://reallife65.blogspot.com/)

Monday, August 15, 2011

home dekor

Minggu lepas ke PNB darby Park, kerana ada penggambaran fesyen di sana. Beranganlah sekejap nak ala-ala dekor rumah yang begini. Clean & simple jer...
Service apartment yang menempatkan dua bilik, ada dapur, ruang makan dan ruang tamu. Aku pernah masuk suite yang menempatkan 4 bilik di didalamnya...memang cantik dan besar ibarat sebuah rumah banglo setingkat. Susun atur perabot dan pemilihan warnanya pun menarik. menggunakan warna korporat coklat dan maroon.



Ini ruang tamu ada 4 sofa rasanya dan ada TV. Ruang tamunya kecil jer sesuailah untuk famili yg ada 2 anak.

Ini pula bilik tidur...standartlah kan hiasan bilik tidur hotel style macam nie. Berlatar belakangkan rona putih dan maroon.


Ini pula ruang makan. Menggunakan rona coklat untuk meja kayu enam kerusi juga langsir menggunakan rona yang sama. Dapur tak sempat nak snap...yg penting memang cantik dan sangat selesa.


Ni pula bilik tidur untuk bilik suite.Tapi bayaran semalaman pun sesuailah dengan perkhidmatan disediakan. Kebanyakannya yg tinggal di sini warga Arab, Jepun, Korea tapi paling ramai pak-pak Arab ler yg duduk sampai sebulan dua.
bayangkan kalau harga semalam RM2k sebulan dah berapa yer tak?


p/s: Hari tu terserempak dengan isteri terkenal seorang selebriti, katanya tinggal di situ sudah 2 bulan kerana rumah sedang diubahsuai. hambooi...banyaknya duit suami dia.



Sunday, August 14, 2011

kemas jangan tak kemas

Sudah lama sebenarnya mahu membersihkan barang-barang dalam stor di rumah. Tapi asyik tertangguh saja lantaran penyakit malas dan juga tiada masa (alasan yg sering digunakan).
Oleh kerana minggu ni tidak ke mana-mana, suami pula ada kelas, jadi aktiviti mengemas stor berlangsung dengan jayanya. Selepas dikemas, dibuang, dipilih mana yang masih elok dan disusun semula rupanya lebih banyak barang-barang terbuang drp yang benar-benar dipakai.

Kebanyakannya brg2 ketika bekerja di Berita Publishing bayangkan 10 tahun bekerja banyak yg disimpan. Hendak dibuang terasa sayang akhirnya duduklah di dalam stor itu bertahun-bertahun lamanya.



barang dalam stor berpindah ke depan rumah.

Antara barang-barang yang masih menjadi kesayangan...satu kotak novel dan majalah wawancara.

Satu kotak cd penyanyi antarabangsa dan Melayu. Kalau ikutkan hati mahu dibuang juga tapi suami kata simpan jer...jadi kenangan. Tak ganggu pun kotak tu. Ok boleh simpan lagi sampai jangka hayat 5 tahun.

Antara cd yg masih cantik dan elok tersimpan di dalam kotak.

Setelah hampir seharian mengemas akhirnya berjaya juga mengosongkan stor hampir separuh ruang. Itu pun sebenarnya banyak barang-barang yang tidak digunakan. Contohnya hadiah-hadiah kecil seperti mug, cenderahati, frame gambar yang masih berkotak. Juga majalah-majalah lama yang sudah koyak dan tidak lagi menjadi kesayangan. Majalah Wawancara, I-remaja dan Jelita masih disimpan elok di dalam kotak. Itu mmg confirm tidak akan dibuang sampai bila-bila. Kenangan tu beb....


p/s: sekarang ni sedang mengumpul akhbar Harian Metro pula dah tinggi membukit rasanya. Mana nak letak pula lepas nie.


rezeki ada di mana-mana asalkan rajin berusaha...


Cerita ni diambil dari buku Menjejaki Jutawan Senyap hasil tulisan Dr. Rusly bin Abdullah...

Baca pun baca jugak, dan jangan lupa ambil pengajaran!

Sambil bercerita beliau berseloroh,

"Orang lain datang ke Malaysia sebagai turis, datangnya naik pesawat... turunnya kaki dulu... Pak!"

"Tapi saya sebagai pendatang haram, datangnya naik perahu... turunnya kepala dulu... Pak!"

"Bapak tahu? Perahu yang membawa pendatang enggak pernah rapat ke daratan. Selalu sampainya waktu subuh. Juragannya melihat-lihat dari jauh. Sekira-kira sudah kelihatan pohon kelapa kami didorong ke laut Pak!... Aduh berenang Pak. Sampai di daratan kedinginan! Pasrah saja Pak... Siapa saja yang datang mengambil saya, akan saya ikut".

Dengan nada pilu Diyono meneruskan cerita,

"Mulanya saya bekerja sebagai kuli di ladang kelapa sawit di Perak, Pak! Sesudah satu tahun bekerja...gajinya masih tidak dibayar, akhirnya saya boyongan ke Kuala Lumpur dengan beberapa orang teman".

Cerita Diyono lagi,

"Selepas tertipu oleh kontraktor ladang kelapa sawit...saya hampir putus asa Pak! Tapi mengingat ibu saya di desa yang telah menjual sawahnya untuk mengongkosi saya ke Malaysia, saya jadi penasaran. Tapi penasaran saya positif Pak! Saya bersumpah enggak akan pulang ke Jawa kecuali saya sudah bisa membeli sawah baru dan rumah baru untuk ibu saya".

Bicaranya makin lantang dan bersemangat, sinar matanya jernih dan tajam,

"Hampir sebulan saya mundar-mandir di Kuala Lumpur, Pak! Mahu bekerja takut tertipu lagi. Pokoknya saya enggak mahu buru buru, mahu "rileks" dulu kata orang Malaysia, sebelum memutuskan untuk bikin apa seterusnya".

Dengan nada bersemangat beliau kemudiannya menyambung cerita,

"Waktu mundar-mandir di Kuala Lumpur itu saya perhatikan tiga perkara Pak!"

1. Pertama: "Setiap orang yang bergerak (berjalan) di KL ini ada wang di sakunya. Cuma bedanya ada yang bawa sedikit dan ada yang bawa banyak. Pokoknya setiap orang bawa wang".

2. Kedua:
"Barang yang harganya RM1.00 kalau di KL ini sudah tidak ditawar orang lagi Pak. Pokoknya asal sesuatu barang itu berharga RM1.00 sudah dikira sangat murah - setiap orang termasuk anak kecil bisa membelinya".

3. Ketiga:
"Bawa apa pun ke KL pokoknya bisa menerangkan kegunaannya, akan ada yang membeli. Betul enggak Pak?"

Diyono berhujah dengan penuh yakin.

"Nah... Dari pemerhatian saya itu, sesiapa pun yang bisa memproduksi barang, dijual dengan harga 50sen atau RM1.00 akan laris dan dapat hasil yang lumayan Pak!"

Saya hanya mengangguk-angguk dan semakin berminat mendengar ceritanya.

"Jadi saya bikin air soya dan cendol merah saja Pak... Kerana saya taunya cuma bikin dua barang itu!"

"Ooh!... Di mana kamu berniaga?" saya ingin tahu lagi.

"Mula-mula saya menumpang berniaga waktu sore di sebuah warung di Kampung Baru Pak. Jualan hari pertama enggak habis, tapi dapatnya kok RM100, saya semakin yakin lantas warung jualan air saya tambah dari satu jadi dua, dua jadi tiga. Dalam dua tahun saya sudah punya 7 warung Pak! Kesemuanya ditunggu orang gajian saya"....

Diyono menerangkan secara terperinci, riak mukanya penuh kebanggaan.

"Bapak sendiri bisa menghitung berapa wang yang saya dapat setiap bulan. Katakan, setiap satu warung saya dapat RM100 bersih sehari, kalau tujuh berapa Pak sehari? Kan RM700! Sebulan RM21,000, Pak! Lumayan enggak, Pak!"

Diyono bercerita dengan bersemangat bercampur bangga.

"Percaya enggak Pak... Berjualan air di pinggir jalan saja di Malaysia bisa pakai BMW!"

p/s: kesimpulannya orang asing yg datang ke Malaysia boleh hidup senang tapi orang Malaysia sendiri banyak menyalahkan pihak lain apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. Rezeki ada di mana-mana asalkan kita rajin berusaha pasti Tuhan memberikannya. InsyaAllah...

Saturday, August 13, 2011

isu larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara


PULAU PINANG: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Selepas insiden di gereja Methodist Damansara Utama, negara dikejutkan pula dengan larangan menggunakan pembesar suara ketika bacaan al-Quran di masjid Pulau Pinang. Nampaknya satu persatu agama Islam diperlekehkan.

Jika pemerintah Singapura melarang azan dilaungkan dari pembesar suara, mungkin ini boleh dipertimbangkan atas alasan, di ceruk manapun negara itu, umat Islam adalah golongan minoriti iaitu kurang dari 20%.


Tetapi, jika di Padang Menora, yang dikelilingi perkampungan Melayu dengan 99 peratus penduduk Islam pun dipaksakan larangan menggunakan pembesar suara untuk azan dan tarhim di subuh yang hening, ini adalah penghinaan besar ke atas umat Islam.

Jangan pula selepas ini azan tidak lagi boleh berkumandang di masjid atau surau. kalau kita boleh menerima bunyi-bunyi loceng dikuil berdekatan rumah serta bau-bau yg kuat ketika mereka bersembahyang mengikut agama mereka mengapa tidak mereka?????
Sedangkan orang Islam sendiri begitu bertoleransi dalam hal keagamaan mereka tetapi mereka dengan senang-senang mengganggu gugat ketenteraman kita. Samalah halnya dengan isu gereja mereka sibuk nak memurtadkan umat Islam...sedangkan dalam perlembagaan sudah disebut mengenai kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara.

wallahhualam....


Saturday, August 6, 2011

lagi cerita mengenai serbuan di gereja ...

Susulan serbuan di gereja methodist damansara minggu lalu, pengakuan drp mereka yang terbabit:
Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.



Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka. - Metro


ISU GEREJA METHODIST - APA DAH JADI DENGAN ORANG MELAYU ISLAM HARI INI?

APA DAH JADI DENGAN ORANG MELAYU ISLAM HARI INI?




(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup mencari makan di gereja!)

Dulu aku pernah menemuramah seorang wanita yang digantung tidak bertali lantaran suami meninggalkannya. Dia mempunyai 4 anak dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Pernah satu ketika dia menyelongkar bakul sampah untuk mencari sisa makanan buat mengalas perut. Dia pernah turun naik beberapa jabatan untuk mendapat bantuan namun tidak dilayan.
Kemiskinan menyebabkan dia hampir-hampir kufur apabila dia mendapat bantuan drp pihak gereja dengan syarat harus mengikuti aktiviti di gereja. Namun wanita ini berhati kental biarlah miskin biarlah terpaksa makan sampah namun tidak sesekali dia menerima sumbangan daripada pihak gereja dan tidak akan mengikuti aktiviti di gereja.

Aku hampir menitiskan air mata mendengar kata-kata wanita ini yang mempunyai semangat kuat dalam mempertahankan kesucian agama Islam.

Kisah ini bukan yang pertama malah ada beberapa keluarga yang miskin terutama ibu tunggal, yang aku temui amat mudah menerima bantuan kewangan daripada pihak Kristian lantaran mereka mempunyai wang yang banyak dan amat mudah memberikannya kepada orang Islam. bagi ibu tunggal yang sangat memerlukan wang sudah tentu mereka bersetuju dengan syarat diberikan asalkan mereka mendapat wang.

Sebab itu aku tidak hairan dengan jawapan diberikan beberapa pengikut beragama Islam dalam serbuan Gereja Methodist di Damansara oleh pihak JAIS baru-baru ini yang memberitahu dia sudah menerima bantuan bernilai RM20,000 sejak setahun lalu. Malah lebih 100 ibu tunggal beragama Islam menghadiri setiap majlis anjuran kumpulan ini.

Benarlah kata orang kemiskinan boleh menyebabkan seseorang itu kufur, namun walau miskin sekalipun janganlah sehingga sanggup menggadai agama. Walau apa juga pendapat atau alasan diberikan semua itu tidak dapat diterima.

Apakah rasionalnya mengikuti majlis di gereja yang pastinya adalah majlis keagamaan Kristian?? dan dibuat dalam bulan Ramadan yang mulia ini??? mereka ini dikatakan menghadiri majlis berbuka puasa di gereja??? tidak adakah tempat lain sekiranya NGO bukan Islam ini ingin membantu??? Ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan.

Janganlah dijadikan alasan bahawa kehadiran seseorang Islam ke sesuatu majlis anjuran bukan Islam bukan bermaksud untuk memurtadkan orang Islam. Kita faham dan kita bukannya bodoh untuk memahaminya! Soalnya sekarang ialah antara "12 orang Islam" - dalam bulan Ramadan" - "gereja".

Agama Islam tidak boleh diperdolak dalikkan...
Jika orang Islam yang tidak menjaga kesucian agama Islam siapa lagi???
Buangkan rasa untuk mempolitikkan sesuatu perkara terutama Agama Islam kerana ianya adalah perkara yang sangat penting dan patut didahulukan melebihi semua perkara. Jangan pula lebih ramai umat Islam terpesong akidahnya dek kerana gelap mata dengan duit.


P/s: sedih dengan nasib org Islam ini sendiri. Lebih menyedihkan apabila perkara yg sepatutnya disanggah atau dihalang namun disokong pulak sesetengah pihak demi menyelamatkan kerjaya politik mereka. Orang Melayu Islam pula janganlah terlalu bodoh sehingga dipandu orang bukan Islam….Biarlah kita bodoh dalam urusan pengurusan dunia tetapi janganlah bodoh sehingga tidak tahu membezakan mana yang perlu dilakukan dengan mana yang tidak dalam hal kepentingan beragama.

Thursday, August 4, 2011

sama-sama kita doakan

Pagi semalam aku terima panggilan drp Watie (pernah mengenali menerusi Baby Genius on Board) yang meminta tolong supaya aku menulis mengenai suami kawannya, Salwa yang hilang secara tiba-tiba.

Suami Salwa bernama Ithnin Ngadiman (gambar di bawah). Kali terakhir dilihat di rumah beliau di Taman Desa Damai, Alam Damai, Cheras, Selangor pada Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi.




Pada waktu itu, dia keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir Al-Quran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, isteri beliau mendapati pintu kereta terbuka dan suaminya sudah tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, suaminya masih tidak ditemui hingga ke hari ini.

Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.


Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) - 0126059997
Salwa (Isteri) - 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)

Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.


p/s: Misteri kehilangannya masih menjadi tanda tanya. Semoga dia pulang dalam keadaan selamat. Sama-sama kita doakan. Cuba bayangkan kalau kita di tempat Salwa... moga dijauhkan semuanya Amin.

teruja

Semalam mengambil buku Seri Gubahan daripada penerbit yang sudah siap. Gembira tak terkata melihat hasilnya. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki terutama drp segi kualiti gambar. Tak apa akan diperbaiki dr masa ke semasa.


Cover buku. Maaf ya kualiti gambar kurang memuaskan kerana menggunakan kamera handphone saja.

Isi di dalam. daripada segi grafik aku sangat berpuas hati. Tapi tulah kualiti gambar...ada yang terang dan ada yg blur sedikit. walaupun tak banyak tapi tetap rasa tak puas hati. Buku menampilkan gubahan hantaran daripada Zaifie Creation.

putih menyerlah...


pelbagai warna dengan teknik gubahan menggunakan bunga segar.

suka page ni sebab colourful dan ceria.

Kesilapan ini akan diperbaiki drp masa ke semasa. dan selepas mendengar komen drp en suami ya...gambar itu sangat penting. Baik en suami untuk buku seterusnya pendapatmu kuterima.

Buku ni dah ada kat pasaran dengan harga RM16.90 terbitan Tranformasi Kreatif.

Monday, August 1, 2011

Dah cash out buat kali pertama

Nak tayang juga ker?? Dulu selalu melihat rakan-rakan blog bercerita mengenai cheque dr Nuffnang sekarang baru sendiri merasa, walaupun tidak seberapa tapi alhamdulillah.
Ni kali pertama cash out Nuffnang blog yang sekejap ada sekejap tak ada..kdg2 aktif nak menulis kalau malas berminggu2 kosong saja tanpa entry.
Minggu lepas dah sampai cheque dr Nuffnang tapi sampai sekarang belum bank in lagi.
"Bolehlah buat bayar kuih raya," kata kawan saya.

Alhamdulillah siapa nak bagikan..
Lagipun menulis sekadar suka-suka dan bukannya untuk dapat income...
tapi bila dapat income ianya sebagai bonus...

Sunday, July 31, 2011

salam Ramadan

Penampilan baru saya
Selamat menyambut Ramadan al-mubarak
semoga Ramadan kali ini lebih baik drp tahun-tahun sebelumnya.


Sabda Rasulullah saw.:"Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu yang bertahta di hati. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata sebaliknya mendidik nafsu dan peribadi manusia.


p\s: jangan lupa bersahur yer..

Saturday, July 30, 2011

Bukit Merah Lake Town

Gambar-gambar sekitar Bukit Merah Lake Town ketika bercuti bersama keluarga pada 16 Julai lalu disertai keluarga Lia dan Mie, Harith, Hadif dan Kasih.


Harith, Kasih dan Durrani melihat peta dulu sebelum masuk...




Tak masuk pun tengok orang Utan

ramai sangat maklumlah hujung minggu

Mandi kat swimming pool dulu

Harith..



Fahim jer yg tak berani masuk ..takut katanya...apalah...


Vromm...vroom...

Di pintu masuk Bukit Merah lake Town Resort...lain kali datang lagi yer...

Friday, July 29, 2011

gubah bunga

Kali pertama diberi peluang menggubah bunga. Seronok juga maklumlah sebelum ni hanya tengok orang buat tapi kali ni lakukan sendiri.


Di majlis pelancaran Loccitane kami diberi peluang menggubah bunga. Semua bahan-bahan disediakan kemudian digubah mengikut kreativiti masing-masing. Konsep bebas, ...ikut suka hati katanya....jadi main cucuk ajerlah.
Berpandukan kepada tip drp penggubah bunga yg pernah diinterviu dulu, dia mengatakan prinsip menggubah mengikut kesesuaian iaitu bunga tinggi di belakang diikuti rendah, besar kemudian kecil, dan seimbangkan kiri dan kanan.

setelah berhempas pulas (cam susah sgt jer) inilah hasilnya ialah....tada....seperti di atas.



Apa kata selepas ni cuba buat sendiri yer...untuk konsep Aidilfitri pulak.
Tengok ler mana tahu menjadi sebagai penggubah bunga. Kot-kot nak tukar profesion pulak hehhehehe...

p/s: seronok bila lakukan perkara yg lain drp apa yg kita buat hari-hari.
yg penting enjoy!!!

Sunday, July 24, 2011

Ramadan semakin menghampiri


Isnin depan (Ogos) dah start puasa sekejap saja masa berlalu.
Puasa belum lagi tapi orang dah sibuk buat persiapan raya.
Biskut raya dah mula dijual di pejabat...bawa sampel dan rasa dan akhirnya saya sudah membeli 7 balang biskut raya.
Baju raya mana yang sempat tu beli dulu bukannya apa maklumlah bila dah start puasa masa berlalu dengan cepatnya. Pejam celik pejam celik dah penghujung Ramadan mmg tak sempat nak shoping baju raya. Yg penting keperluan anak-anak dulu diri sendiri setakat yg termampu saja.

Tadi juga sempat menyinggah di Nilai 3 mencari langsir sebenarnya.
Dah ramai pembeli dan kedai2 yg meriah dengan baju raya tapi satu pun tak ada yg berkenan di hati.

Apabila masuk Ramadan juga bermakna kembali sibuk dengan tugasan di pejabat malah bertambah sibuk berbanding hari-hari biasa. Maklumlah sebulan ni mmg tak ada kerja lebih masa kerana mahu pulang awal berbuka bersama keluarga. Selepas itu mahu menyediakan stok bahan untuk dua minggu sepanjang cuti raya. Bertambah bebanan kerjalah nampaknya.
bak kata editor, " kalau mahu cuti panjang, siap sedialah dengan bahan stok yang banyak. Nak bercuti 2 minggu pun tak kisah."

Dalam bercerita mengenai persiapan raya kadang kala terlupa mengenai keberkatan Ramadan itu sendiri. Selalunya sering saja berazam untuk melakukan solat Tarawih tanpa tinggal (kecuali uzur) kemudian khatam al-Quran tetapi akhirnya cita-cita tidak dilaksanakan dek kerana faktor-faktor diri sendiri.

Harapanku dengan kemunculan Ramadan kali ini dapat menyuburkan jiwa menjadi insan yang lebih mentaatiMu, menjadi hamba yang ikhlas dan bersyukur dengan limpahan rahmatMu serta reda dengan ketentuanMu. Ya Allah kuatkan keimanan, tingkatkan ketakwaan untuk melakukan amal ibadah dalam bulan yang hanya datangnya sekali setahun saja.

Moga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada diri sendiri dan seluruh ahli keluarga. Amin.