Saturday, August 6, 2011

lagi cerita mengenai serbuan di gereja ...

Susulan serbuan di gereja methodist damansara minggu lalu, pengakuan drp mereka yang terbabit:
Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.



Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka. - Metro


5 comments:

Angah said...

masyaALLAH apa nak jadi dgn umat islam sekarang....itu yg dpt dibongkar,yg msih blom dibongkar apalagi agaknya ya....t.kasi sbb berkongsi cerita...

MummySuri said...

yer kakak, kumpulan ni rajin berdakwah sampaikan banyak flyers2 diedar ke rumah2. malah saya pernah join program CSR kompeni yg dibuat di gereja, diorang selalu bagi makan free kpd org susuh. ada jugak orang melayu kita yg rela hati kerja kat gereja sbb dorang susah. mungkin orang islam pun patut buat macam ni, lebih banyak turun padang tolong orang2 susah...

rynas said...

tu ler patutnya orang islam sendiri tolong org islam tapi dorang ni kebanyakannya dah minta tolong dengan orang Islam tapi tak berjaya ntahlah susahlah..tapi benda ni bg tamparan hebat pada JKM, pusat zakat dan Baitulmal...kalau diikutkan setahun kutipan zakat dah dapat membantu golongan susah tapi mengapa duit ni tak disalurkan kpd dorang. Org susah pun satu hal juga org kata kalau kita tak ubah nasib sendiri siapa lagi...kalau betul2 susah ok...cam ibu tunggal atau yg sakit tuh tapi kalau sihat walafiat tapi tak bekerja nak senang jer itulah yg patutnya kena ubah mentaliti. jgn nak harap bantuan org jer...wallahualam...

ieja amieja said...

seram tgk fenomena mcm nikan..selalu kita dengar berlaku kat luar negara jer(KRISTIAN ANTI ISLAM),sekarang dah menular smpai kecni..betul kate ANGAH ,tuh yg dpt dibongkar yg blm dibongkar, lg dasyat agaknyer..T.kutipan zakat berjuta dapat..mana pegi wet tuh agaknyer..klu betul jlnnyer mesti x de org ssh lgkan..

Izan Ishak said...

nauzubillah...takut rasanya bila baca ni. dan rasanya benda dah lama berlaku...