Wednesday, October 12, 2011

Oh bajet ...gaji naik...barang naik...

Bestnya kalau ayat-ayat di atas ini dapat diamalkan.

Semalam pulang dari kerja sempat singgah pasar malam Bandar Baru Bangi. Hajatnya membeli barang-barang basah sebagai stok mingguan di dapur. Lately ni mmg lebih suka memasak drp membeli atau makan di kedai. Kadang-kadang tu kita merasakan di pasar malam makanan adalah lebih murah tapi tanpa sedar boleh berbelanja sehingga RM30 untuk makanan saja yang entah apa-apa.

Apa tidaknya biasanya untuk sekeping murtabak kecil (untuk seorang makan) harga ketika Ramadan dalam RM2 sekeping sekarang sudah RM2.50. Roti John pula semuanya sudah berharga RM3.50 begitu juga dengan ayam goreng Bosnia (rangka ayam) ada yang mencecah RM3.50 seekor yang dulunya hanya dijual sekitar RM1.80-RM2 saja. Nasi ayam yg dulunya berharga RM3 untuk harga pasar malam sekarang sudah mencecah RM4 malah nasi kerabu (lengkap dengan telur, ikan dan cili bersumbat kelapa) berharga RM6.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan bajet 2012, nampaknya ramainya tersenyum terutamanya kakitangan kerajaan atas imbuhan kenaikan gaji, serta bonus tahunan.

Alhamdulillah dengan kenaikan ini bermakna semakin selesalah kehidupan. Namun tanpa sedar kenaikan gaji juga akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang dan juga makanan. Tak percaya tengoklah sedikit masa lagi barang-barang dapur akan naik dengan sendiri begitu juga makanan. Walaupun hanya sepuluh atau dua puluh sen namun kenaikan ini akan menyumbang kepada pertambahan perbelanjaan harian. Jadi apa guna kenaikan pendapatan sekiranya lebihan pendapatan yg diperoleh terpaksa pula digunakan untuk membayar kenaikan barang-barang.

Jika sekarang berbelanja di pasaraya besar seperti Giant, Carefour, Tesco dengan nilai RM200 seperti tiada apa. Tanpa sedar nilai wang semakin mengecil, mungkin pada tahun hadapan 2012 dijangka semakin menyusut lagi apabila jangkaan kemelesetan ekonomi dan inflasi berlaku.

Jadinya saya dinasihatkan untuk berbelanja secara berhemah, membuat tabungan dan simpanan wang untuk kemelesetan ekonomi yg dijangka berlaku pada tahun depan. Kurangkan perbelanjaan untuk apa saja yg boleh dikurangkan.
Jika biasa memakai baju berharga RM100 apalah salahnya membeli ketika sale baju berharga RM30 begitu juga kasut berharga di bawah RM50. yg penting bijak menyuaipadan supaya nampak mahal.

Mengikut penganalisa ekonomi cara berjimat cermat mungkin dengan:

1. Mengurangkan membeli pakaian mahal atau berjenama (kadang-kadang saya teringin juga sekali-sekala bila dapat rezeki terpijak ok kot)
2. Mengurangkan makan di luar dan memasak ( saya sedang melakukannya)
3. Mengurangkan membawa anak-anak ke pusat beli-belah kerana di sinilah biasanya pembaziran berlaku.
4. Beli barang keperluan dulu melebihi keinginan (rumah..kereta??? pakai kereta kecil pun ok..jimat bayor bulan. Tapi kalau mampu apa salahnya)
5. Kurangkan penggunaan kad kredit (dah tutup kredit kad) kerana menggalakkan berhutang. Beli cash (ohh kalau mampu kalau tak hutang mana nak dapat barang der....)

dan banyak lg cara untuk berjimat cermat.
Mgkin barang2 seperti susu, pampers, minyak kereta ke tempat kerja agak sukar dikurangkan kerana menjadi keperluan setiap bulan. Kalau ada banyak duit bolehlah membeli emas kerana nilainya tidak pernah jatuh malah semakin naik.

p/s: duit...duit...duit makin bertambah makin banyak pula susutnya.

5 comments:

JAHM02 said...

yeppp gud job bebeh, mmg kena berjimat cermat kan... aku pun igt nak mengamalkannya.. mmg benar msk di rumah lebih jimat, bleh dibawa ke opis kalo ada lebihannya, lebih bersih, sihat dan berkhasiat

ieja amieja said...

bestnyer g pasar malam..nak ayam goreng bosnia tuh ..lama x makan..huhu
sume org citer pasal bajet-gaji naik,rege brg lg la mencanak naik..apa yg turun??

lili norlaili said...

lamanya ko tak updated blog, rindu aku nak membacanya...:)

ti, masalahnya gaji org gomen je naik, org keja swsta mcm aku ni, blm tentu ada naiknya tiap tahun...tapi barang usah dikatalah...selang sebulan dua, ada je brg y naik harga. setakat gaji 2-3 ribu tu, usah ckp la bole idup senang ya dak?

rynas said...

Aton: yer bagus tu bawa bekal jimat dan selamat.

Angah: yer...yer bila brg naik mana ada kerajaan nak kawal nak tak nak kita kena beli juga.

Lili: busy la Lily dah tu kalau dah tertinggal mmg malas ler nak update. ehh mana gambo anak? Yer mmg Li setakat gaji 2-3 ribu habis gitu jer...tambah2 ada anak hidup kat KL ni semuanya pakai duit.

nur said...

marilah amalkan penjimatan bersama..