Wednesday, October 7, 2015

Ujian kita berbeza-beza



Bulan ini banyak betul perkara sedih yang berlaku pada saya dan orang-orang di sekeliling saya.
Antaranya saya keguguran pada awal September lalu, kemudian rakan bisnes saya bersalin pada usia kandungan 25 minggu Alhamdulillah dia dan baby sihat.
Kemudian baru-baru ini menerima perkhabaran daripada rakan baik ketika sekolah menengah mengenai anaknya yang terlantar di wad ICU disebabkan terjatuh daripada tingkat 1.
Lama dia menyimpan rahsia sehingga mengambil masa 2 bulan untuk memberitahu saya. Syukur Alhamdulillah anaknya kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di kepala. Allahhuakbar besar sungguh dugaan mereka saya ingatkan dugaan yang saya lalui ini berat rupanya dalam sedar lebih ramai lagi yang diduga sedemikian. Entah sekiranya kita yang diduga sebegitu bagaimana pula.

Sungguh benar seperti mana yang dikata Tuhan akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambaNya. Ujian juga sebagai tanda Allah kasihkan kita. Diberi ujian agar kita tersedar daripada lamunan lantas mengingatiNya bukankah itu sebagai tanda kasih sayang Allah. Tapi sebagai manusia biasa yang hatinya lemah bak agar-agar adakala sukar menerima kenyataan lantas mempersoalkan mengapa dan kenapa Allah memberikan ujian sedemikian rupa.

Semalam juga di kawasan perumahan saya digemparkan dengan kejadian kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari tingkat 5. Saya kurang mengenali ibu dan bapa kanak-kanak ini. Menurut cerita ibu dan bapanya tiada ketika kejadian dan si kecil ditinggal bersama anak-anak jiran yang bermain di hadapan rumah. Entah bagaimana kanak-kanak ini masuk ke dalam rumah, menutup pintu dan tidak dapat membuka pintu kembali. Panik agaknya dia mencari jalan keluar, lalu pergi ke balkoni dapur dan memanjat meja yang ada di situ.Kemudian...berlaku kejadian yang tidak diingini sehingga si kecil ini terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahuakbar lemah lutut saya mendengarnya.
Sedih usah cerita. Jika kita yang mendengar sudah berperasaan begitu bagaimana ibu dan bapanya.
Mungkin ramai akan mencari salah dan pastinya menyalahkan kedua ibu kerana meninggalkan anak tanpa ada rasa syak wasangka.




Kita kena percaya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Jika kita reda dan menerimanya dengan sabar pasti ganjaran diterima lebih besar.
Walaupun kita tidak sekuat mana, namun percayalah hati yang reda, menerima dengan sabar dan percaya dengan qada' dan qadar Allah bukan saja membuatkan hati lebih tenang malah hubungan dengan Allah menjadi lebih kuat.

Saya percaya, cara untuk mendekatkan diri dengan ALLAH adalah dengan cara Allah 'menjentik' hati kita dengan apa yang DIA inginkan. Sifat manusia apabila ditimpa musibah atau berada dalam linanagan air mata barulah kita berusaha berdoa dan mendekatkan diri kepadaNYA.
Itu tandanya Allah sayang dan ada sesuatu yang ingin diberikan pada pengakhiran nanti. InsyaALLAH yang penting sentiasa istiqamah, solat dan berdoa kepadaNYA.




.

2 comments:

Ena said...

ye la kak,
kena terima setiap ketentuan yang Allah dah tulis.
Mesti banyak hikmah yang tersembunyi.

rynas said...

Yer betul tu. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya