Saturday, March 3, 2012

tabiat org kita ketika memandu

Kali ni nak bercerita pula mengenai sikap pemandu-pemandu di Kuala Lumpur ni. Boleh dikatakan setiap hari dalam masa bekerja lapan jam tiga atau empat jam adalah waktu di jalan raya mungkin hanya dua atau tiga hari saja di pejabat.
Jadinya memang terpaksa menghadapi kerenah pemandu yang kadangkala menyakitkan kepala dan menyesakkan fikiran. Tambah-tambah kalau terpaksa memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada waktu prime time misalnya tengah hari atau selepas tamat waktu kerja yang kesesakannya berkali ganda. Maka terpaksanya menghadapi kerenah pemandu lain yang ingin cepat.
Antara sifat pemandu-pemandu di jalan raya yang aku perhatikan  ialah:

1. Suka memotong untuk masuk ke lane kiri atau kanan
- Ok ini perkara biasa kalau memandu di KL. Tambah pula bagi yang berkereta mewah memang sentiasa ingin cepat. Aku tak kisah kalau nak memotong  terutama jalan raya membabitkan hway tapi bagi signal dulu boleh. Ada sesetengah kereta tu suka masuk tanpa memberi signal. Hello!!!! dia ingat kereta lain tahu ke niat di anak bertukar lane.

2. Memotong ketika jam.
- Ini paling aku stress. Sudahlah jalan jam tapi dia nak juga masuk. Hey...kalut-kalut nak pi mana? kata org Penang. Macam lah dia boleh sampai awal drp org lain. Biasanya kalau dah kereta tu nak masuk sangat aku akan membenarkan saja. Ada pula sesetengah org lagi kereta nak masuk lagi dia menghimpit ke depan supaya kereta lain tak dapat mencelah. Itu tabiat orang kita. Bagi aku senang saja...kalau hari ni kita membenarkan kereta lain masuk, esok-esok kalau kita pula nak mencelah dengan senang jer akan dapat. Percaya!!!! what u give u get back...

3. Menyondol atau mencucuk supaya kereta di hadapan menambah kelajuan.
Cucuk jangan tak cucuk. Yang ni biasa dilakukan di hway. AKu paling tak suka dan marah kalau kereta yang mencucuk tu berada di lane kiri. Kot yer pun nak laju pergilah ke lane kanan kan? Buat apa ko masuk juga ke lane paling slow. Lainlah kalau dia berada di lane kanan dan bawa slow. Lagi satu kepada pemandu-pemandu ni kalau dah berada di lane kanan tolonglah bawa laju (kalau kat hway ler) ikut pemanduan sebenar. 100-110 km/j ini tidak bawa 80km/j manalah tak mengganggu pemandu lain. Kalau agak-agak nak bawa slow sila ke lane tengah atau kiri ya.

4. Tiba di lorong touch & Go, baki kurang pula. 
Stress mak nyah!!!! mak tidaknya kereta lain dah bersusun di belakang tapi disebabkan kau sorang habis kereta lain terpaksa menunggu lama. Kot yer pun semaklah baki dulu berapa dalam T&G tu jangan main masuk jer. Takkan tak boleh agak kalau rasa2 tak cukup jangan masuk, pergi di lorong bayaran tunai. Yang ni memang aku selalu kena.

5.  Memandu sambil ber SMS atau menggunakan telefon.
Ini mmg tabiat org kita ketika memandu. Aku pun pernah buat juga tapi bila jam jerlah...kalau jalan clear tak boleh bahaya. Tapi ada sesetengah org yang menggunakan telefon sambil memandu dan berada di lane kanan. Memang membahayakan sebaiknya berhenti dulu  atau menggunakan handfree.

6. Kalau excident atau ada polis trafik mulalah jam.
Kadang-kadang excident dah tak ada pun ...hanya kesan kereta saja. Tapi masih lagi org memperlahankan kenderaan. Bila ada orang kena saman di kiri jalan juga akan menyebabkan jam sebabnya org Malaysia ni prihatin sibuk nak tengok apa yang berlaku.

7. Buang sampah keluar tingkap.
Kalau boleh elakkan lah yer. Tak manis dipandang orang belakang cewahh. Kot yer pun simpanlah sampah tu dlm kereta dulu ni tidak air kotak ker, plastik ke, kotak rokok, puntung rokok, kertas ke elok jer ko campak keluar tingkap. Bukan susah pun nanti jumpa bakul sampah buang jerlah kan. Iskkk..tak faham..tak faham.


8. Tak bagi signal bila nak membelok.
Ini antara penyebab kemalangan kecil di jalan raya. Tak kiralah kau masuk kiri atau kanan dibelakang atau dihadapan ada kereta atau tidak silalah nyalakan signal. Jadikan itu satu kebiasaan. Kereta kita bukan boleh bercakap jadi signal itulah cara berkomunikasi dengan kereta yang lain.

9. Nyalakan lampu bila hujan atau hari gelap.
Tolonglah..tolong nyalakan lampu bila hari hujan. Tak kiralah hujan lebat atau tidak. Bukankah untuk keselamatan. Lagi satu kalau agak-agak dah pukul 7 tu hari dah gelap silalah nyalakan lampu  tak kisah waktu pagi atau malam.

10. Pasangan kekasih sedang bercinta atau bergaduh memandu.
Korang pernah tak berhadapan dengan pemandu pasangan kekasih kot yg bawa slow jer..pastu ke kiri dan kanan keretanya. Atau kereta yg di dalamnya ada pasangan yg tengah bergaduh. AKu pernah berhadapan dengan satu kereta ni di mana perempuan tu dah buka pintu kereta nak turun konon2 nak bunuh diri. Nasib baik lelaki tu sempat pegang dan terus mereka berhenti tepi jalan.
Aduh...stress aku masa tu mana tahu masa dia turun kita pergi langgar dia. Tak ke haru..kot yer pun janganlah menyusahkan org lain. Fikir dulu sebelum buat ya.

Aku rasa inilah saja antara tabiat pemandu-pemandu di Kuala Lumpur. Korang pernah kena benda yang sama tak??






1 comment:

Ena said...

setuju tu kak..

ena pernah jumpa semua sekali.. paling sakit tak memotong tak bg signal.. ena tak de halnya kalau nak masuk or potong.. tp bg la signal.. mesti bg punyer.. sbb ada masanya kita juga berbuat mcm tu.. contohnya lane yg sepaptutnya dah tak blh nak Q.. jd terpaksa potong mana2 kete utk masuk.. tp selalu terkena bila mereka ni tak kasi masuk.. tp bila turn dorang elo je kita bg laluan..