Saturday, February 4, 2012

sesi bg hadiah ler pulak

Belum habis lagi kisah Family Day di Melaka hari tuh. Ok ni hari terakhir iaitu sesi penyampaiah hadiah kepada pemenang futsal, boling dan pemberian hamper kepada semua keluarga.
Seperti tahun-tahun lalu setiap keluarga diwajibkan membawa hamper. Jadi semuanya ada 7 hamper tambah dengan satu hamper untuk mak dan abah.


Ni lah semua hamper yang ada. Masing-masing dah mengidam nak yang mana. hehheheh teruja uols...

Ini pula hadiah untuk futsal dan boling. Masukkan dalam paper bag jer senang.

Semua ahli keluarga menunggu untuk penyampaian hadiah. Sebelum tu diadakan sesi undian untuk pemberian hamper. Jadi idok ler keluarga tu dapat hamper kepunyaan dia sendiri.

Ehh Durrani  pun dapat hadiah drp tok wan. Mewakili team Merah yg menjadi juara futsal. Chayok..chayok..

Bendahari yang mendapat johan untuk boling.

Team Yue @ pakcik yg menang untuk futsal dan boling tempat kedua.

Sesi pemberian hamper pulak. Hamper kak chak @ maklang diterima oleh Kak long.

Tu dia tuan punya blog memberikan hampernya kepada kak long @ mak long.

Jaja @ makcik memberikan hamper kepadaku. Terima kasih daun keladi

Yang ni hamper kak chik kepada kak Chak.

Ok selepas semua hadiah sudah dibahagikan sesi potong kek pula untuk yg sambut birthday pada bulan Januari.

Oh tertinggal pula pemberian hamper dr anak-anak kepada mak & abah. Hamper sudah tentu barang-barang dapur.


Ini dia birthday girl kak chak dan abang long. Selamat Hari Jadi moga panjang usia dimurahkan rezeki selalu. Tiap tahun kalau buat bulan Januari dua orang ni jerlah yg akan sambut birthday hehhehe.


Selepas selesai semuanya tibalah sesi bergambar beramai-ramai. Oleh kerana cuaca sangat panas jadinya nak bergambar pun kurang selesa. Masing-masing muka berkerut-kerut kepanasan.

Oh i like this pic. Kaum perempuan saja, kakak, kakak ipar, adik ipar bersama mak dan anak buah. Adik kat Sarawak jangan jeles sebab gambar tak ada di sini.

Selamat sudah sesi Family Day keluarga Hj Sahib 2012. Dengan harapan dapat dilaksanakan lagi pada tahun depan itu pun kena tengok collection  tahunan, kalau banyak bolehlah buat tempat yang jauh sikit. Ada cadangan nak ke Bukit Merah dan Pulau Langkawi. Oh sangat menarik kalau dapat buat di Langkawi boleh bershopping  untuk kaum-kaum ibu. Kita tengok dulu macam mana ya ahli jemaah mesyuarat semua.

Sebelum bergerak abang long membacakan doa penutup dan doa selamat. Alhamdulillah. Selepas itu masing-masing bergerak ke Pantai Klebang sebab ada agenda nak makan durian di sana. Patutnya nak buat sekali dengan BBQ tapi durian yg dicari tak jumpa so ditunda ke acara petang.






2 comments:

Izan Ishak said...

teringat masa kami family dah raya haji thn lepas... macam ni jugalah suasananya kak. cuma kami buat kat rumah pakcik je. sbb kalau nak buat kat tempat lain agak susah sbb keluarga besar nenek belah arwah abah izan. bayangkan family kami sangaaaat ramaiiii....

suka tgk family akak buat gathering camni... happy je semuanya kan.

rynas said...

Izan aahh bukan senang nak anjurkan sebab ramaikan. Nie pun mmg planing betul-betul kalau tak tak menjadi jugak.