Wednesday, February 15, 2012

berat naik ketika mengandung


Sabtu lepas adalah check up untuk empat bulan sepatutnya. Tapi masa pergi cek rupanya dah pun 17 minggu. Macam mana boleh salah tarikh daa..
Seperti anak-anak yang lalu mmg check di Klinik Huda Bandar Baru Bangi, dgn doc yang sama check up masa mengandungnya Durrani dan Fahim. Datang klinik ni pun masa mengandung jer..alhamdulillah doc masih ingat pada aku.
Seperti biasalah check urine selepas tu timbang berat badan. Masa timbang tu terkejut..mak aaii..berat naik 4kg dalam masa 5 minggu. Aduh!!! terus rasa bersalah. Sebabnya masa mengandung sebelum ni mana pernah berat naik sampai 4kg biasa sekilo sebulan jer. Nak naik 2kg pun susah. Pernah masa hujung-hujung pregnant naik 800gram jer. Tapi urine dan tekanan darah semua ok dan normal. Masa doc check baby pun ok membesar mengikut waktunya.

Masa jumpa doc dah macam cuak, mesti doc membebel ni.
Doc: berat naik 4kg ni. Sebelum-sebelum ni pernah minum air gula?
Aku: Tak pernah langsung.
Doc: Ok kita tgk bulan depan macam mana ya. Biasanya begitulah ...3 bulan loya tak boleh makan. Bila dh habis loya belasah semua makanan hehhehe (katanya ketawa).
Aku: aahh....betul doc. ( mengeyakan ajer)

Aku rasa mungkin juga disebabkan pengambilan makanan. Masa hujung-hujung 3 bulan tu aku lebih gemar makan burger drp nasi. Maklumlah masa tu loya masih ada dan kurang gemar makan nasi. Mungkin juga disebabkan itu pertambahan berat badan 3 kali ganda drp yg sepatutnya.
Sekarang kena kembali menjaga pemakanan. Maknanya bukannya sekat tidak makan tapi mengambil hanya makanan berkhasiat yang memberikan vitamin dan mineral bukannya makanan yang meninggalkan lemak.

Jadinya aku kembali mengambil kurma dan kismis sebagai hidangan sampingan bukannya biskut.  Banyakkan minum air kosong bukannya air bergula (ini kalau boleh diteruskan Alhamdulillah). Makan tengah hari  mengambil nasi cuma melebihkan lauk pauk dan sayur-sayuran. Begitu juga dengan makan malam. Bersarapan dengan milo @ soya bersama roti.

Ada rakan yang baru mengandung anak pertama, mengalami kenaikan berat badan 5kg dalam masa sebulan kemudian diikuti 3kg bulan seterusnya. Pernah minum air gula mujur doc  mengatakan dia tiada kencing manis atau darah tinggi. Wajahnya selamba saja dan berkata kepadaku, "Makan jerlah kak dah baby lapar nak buat macam mana tak kan nak sekat-sekat nak makan,"

Mungkin kerana ini pengalaman pertama dia mengandung. Bagi aku kalau boleh nak maintain kenaikan berat badan seperti disyorkan doc kalau naik pun setakat 2kg boleh dimaafkan. Mmglah sekarang mungkin tiada diabetes bagaimana kalau dihujung kehamilan? dan lebih teruk sekiranya penyakit itu berterusan selepas bersalin. Walaupun tiada ahli keluarga menghidap diabetes tetapi mengawal adalah lebih baik drp mengubati.



9 comments:

Ummi said...

kak..sy dah naik 14kg dr berat asal..sekarang dah masuk bulan ke8..huhuhu..ngeri cmane nak diet balik nti..

Izan Ishak said...

risau juga kan kak bila berat naik byk dlm sebulan. harap2lah kita dijauhkan dari penyakit masa pregnant ni ye.

izan pun skrg ni tak selera nak makan nasi. tapi paksa juga telan...

ieja amieja said...

susah betul nak komen kat cni..asyik x leh publish jer..huhu
bese r tu T..bby dah lapar nak makan bedal je sementara boleh..janji jgn smpai bwk mudarat sudah..

A D I A said...

harap2 dijauhkan la dari penyakit apa2 time pregnant ni kak. naik berat banyak tu maybe sebab pengambilan makanan je tu, takde kena mengena dgn penyakit apa2 :), hormon je kot?

eh izan pregnant gak?

lili norlaili said...

ti, aku dulu masa check up masuk bulan ke 5, urine asyik ada protein je, pastu bila dah lepas bersalin ok je. lagi 1, mlm sblm beranak tu kan, tup2 bole kena darah tinggi. nasib bila dah lepas bersalin, keadaan normal kembali...

:):)...skrg ni dlm plan nak ngandung lagi...lagi...

rynas said...

Ummi: hehhe rasanya 14kg ..8 bulan ngandung tu normal kot.

Izan: yerlah samalah kita tak leh makan nasi

rynas said...

ANgah: huhuhu..rasa macam luar biasa sebab naik banyak sangat. Takut...

Kenari Putih said...

Sy mngandung anak ketiga, kali ni berat naik byk tu mmg risau... Takut bb ke kena kencing manis...hihi..

Unknown said...

Saya dah 37 minggu..tp berat bdn cuma naik 3 kilo ja start awal pregnant ari to..ntah la..rasa byk je makan..xtau la apa masalahnya..mungkin faktor kerja jugak kot..esk xpasal2 kena refer doktor...tgk je la....