Tuesday, February 28, 2012

Hanya Allah maha mengetahuinya...


 Komen drp seorang hamba Allah Misteri Alam dalam blog  http://www.papagomo.com/
Kebenarannya hanya Allah yang maha mengetahuinya. Sekarang ni Tuhan bayar cash jadi usah bimbang dengan janji-janji Allah.

Baca komen kat bawah ya:  

" Bagi seseorang hamba Allah yg benar-benar beriman, dia tidak akan sesekali membawa kebinasaan kepada dirinya. Maksud saya di sini tidakkah terfikir oleh beliau untuk menghalang perempuan itu dari memasuki biliknya pada saat awal lagi perempuan itu masuk ke bilik?

Dia boleh mengarahkan perempuan tersebut tunggu di lobi atau menghalau terus (jika perlu) sekiranya perempuan itu berdegil mahu masuk ke bilik. Masakan beliau tidak sedar atau terfikir risiko yang cukup besar sekiranya membenarkan perempuan bukan muhrim masuk ke biliknya?

Malah beliau sendiri sering menyebut UMNO suka memfitnah, menganiaya dsbny? Justeru tidak bolehkah beliau terfikir mungkin itu satu perangkap? Dan jika tidak mahu terperangkap kenapa tidak dilakukan yang sepatutnya sebagaimana yg saya terangkan di atas? Cuba kita tanya diri kita sendiri, tidakkah di hati kita risau bila membawa/membenarkan perempuan masuk ke bilik @ rumah yang bukan muhrim kita? Tidakkah kita risau nanti syaitan akan membisikkan sesuatu yang dilarang oleh agama bila kita berdua-duaan? Maksum dan hebat sangatkah iman kita? soalnya sekarang jika khuatir difitnah, jangan benarkan ruang itu wujud dan terjadi? Lantas, atas nawaitu apakah sehingga boleh MEMBENARKAN seorang perempuan yang bukan muhrimnya apatah lagi isteri orang untuk masuk ke biliknya? Bagi saya TIDAK ADA satu alasan yang waras membenarkan perkara itu dibenarkan. Cubalah fikir?

Fikirkan kejadian yang menimpa saudara adakah senario atau rentetan terjadinya kisah itu sama seperti peristiwa hamba Allah ini?

Apa pun yang lebih penting, marilah kita bersama-sama berdo'a semoga kita tidak diuji dengan dugaan yang sebegini. Telah disebut bahawa manusia akan tewas kepada perempuan....dan kerana itulah juga perempuanlah yang paling ramai yang menjadi penghuni neraka...Wallahuallam....

TETAPI itu bukan jaminan anda yang lelaki tidak akan masuk neraka dan perempuan-perempuan muslim pula menjadi penghuni neraka.... Ingatlah, bahawa syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah Al Muhaimin...cuma kita telah diberi petunjuk dan panduan bagaimana seseorang boleh menjadi penghuni syurga atau neraka....

Saya sendiri sebelum ini sering membeli CD hamba Allah ini untuk menikmati alunan zikirnnya....sehingga sering sebak dan menitis airmata mengenangkan dosa-dosa yang pernah dibuat...namun saya sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran cuba menggunakan akal yang dikurniakan untuk kita bersama-sama merungkaikan sebab kenapa peristiwa ini berlaku....

Dan kesimpulan saya adalah sebagaimana di atas... Kenapa dibenarkan masuk ke bilik? Tidakkah boleh dihalang (rujuk di atas)? Dosa tetap dosa.....anak yang dibawa bersama tetap tidak mampu menjadi pemampan kepada persoalan yang timbul. Apatah lagi ketika itu, anaknya sedang tidur (biarpun tidak tidur tetap tidak manis dan dipandang serong bila dalam keadaan begitu...mereka di bilik hotel...BUKAN di rumah atau tempat awam!

Cubalah fikirkan dan mohon penerangan saudara-saudara Islam yang lain untuk kita mencari jawapan...biarpun jawapan itu belum tentu tepat tetapi sekurang-kurangnnya kita berusaha menggunakan akal yang dianugerahkan belandaskan hukum dan syariat mencari penyelesaian kepada peristiwa ini.....selebihnya jika hamba Allah itu benar pastinya ganjaran yang cukup besar menantinya di akhirat kelak...dan jika sebaliknya itu adalah urusannya dengan Allah Al Khaliq. Malah saya sendiri tidak sesekali dari awal pendapat saya terus menghukum beliau...itu bukan hak saya. Hak saya adalah berfikir mengikut seperti mana yang disyariat berlandaskan agama Allah Al Quddus...


p/s: aku juga dibesarkan dengan alunan lagu-lagu zikirnya. Suka dengan siri ceramahnya terdahulu. 
Semoga kita terhindar drp perkara yg boleh menambah dosa dan dipelihara Allah. Amin. 
 

Saturday, February 25, 2012

jom makan cempedak goreng

Petang-petang ni dapat makan cempedak goreng panas dengan teh o sedapkan.
Nasib baik ada cempedak dari kampung yg dah dekat seminggu cuma sebiji tapi boleh goreng sampai 3 kali. Isinya pula bukan main besar makan 2 ulas dah kenyang.

Gitulah kan...kalau kakak atau mak datang KL macam-macam dibawanya. Ada cempedak, jagung, sayur, betik, pisang kalau boleh semua nak dibawanya. Begitu juga kalau balik kampung mesti penuh bonet diisi dengan segala makanan dari kampung. Itu belum masuk bekalan masa dalam perjalanan. Bukannya tak boleh nak makan kat kedai masa dlm perjalanan tapi terpaksalah bawa juga sebab dah disediakan.
Rasanya semua mak-mak macam tu kan. Bersyukur sangat kerana mak dan abah masih sihat di kampung..
dah lama juga tak balik kampung sebabnya masa Januari hari tu mak dan abah datang ke KL. Ingat cuti sekolah ni akan menjenguk mereka di kampung.


p/s: Leka sangat kalau dapat tengok rancangan kegemarannya.

Friday, February 24, 2012

pernikahan Lisa dan Yusry

Suka tengok gambar-gambar pernikahan Yusry dan Lisa Surihani.
Sangat cantik daripada pakaian, solekan, hiasan pelamin semuanya serba sempurna.
Semoga perkahwinan mereka bahagia sehingga ke anak cucu. Amin.












pic credit Ohbulan dan Rotikaya.

Wednesday, February 22, 2012

benda nak jadikan...

Kejadian ni berlaku pada Ahad lepas.
Lokasi di bulatan UKM Bangi.

Weekend lepas kakak @ kak Chak datang dari kampung  ke KL kerana menghantar anak sulungnya  Along yang memasuki semester baru di UKM bersama kakak di Selayang (kak Tija ) yang turut menghantar anak sulungnya di universiti yang sama.
Jadinya Ahad tengah hari tu semua berkumpul di Bangi  dan bergerak ke UKM dalam jam 2 petang. Mula-mula hantar barang-barang kakak Mirah di kolejnya kemudian baru ke kolej Along pula. Dah siap semuanya masing-masing bergerak untuk ke kedai makan. Lapar sangat semuanya.
Masa melalui bulatan UKM ni lah...berlaku kemalangan apabila jentolak @ jengkaut ni entah macam mana tidak dapat mengawal keadaan lalu menyodok kereta MYVI di hadapannya. Terpusing sehingga mengenai kereta kakakku pada bahagian pintunya. Calar dan kemek jugalah nasib baik tidak ketara sangat.

Tapi memang cuak jugalah pemandu di dalamnya. Nasib baik hanya kereta saja yang kemek dan cedera dan pemandunya selamat. Mana tak takutkan bila kereta disodok jentolak dan diangkat sehingga terpusing...nasib baik penyodok hadapan berada di bawah bayangkan kalau di atas dah tentu habis cermin kereta atau mungkin mengenai pemandu pula. Alhamdulillah Allah pelihara semuanya...

Agak lama juga di bulatan tu sementara menunggu semuanya selesai. Lepas dah settle semua baru ler dapat makan di Restoran UK urat keting di Bangi. Kemudian lepas makan baru ke Balai Polis Kajang untuk buat laporan untuk claim insuran. 
Selesai semuanya dalam jam 8 malam barulah kakak dapat bertolak balik ke Kedah. 




Gambar selepas kejadian...mengikut kata pemandu jentolak ni breknya tak 'makan' dan sterengnya 'jam' pada waktu tu menyebabkan dia hilang kawalan. Entahlah tapi menurut kata anak buah aku memang dia memandu sangat laju.
Oleh itu hati-hati ya kawan-kawan kalau nampak 'benda alah' di jalan raya berhampiran anda, di belakang, depan atau sebelah baik-baik ler. Seeloknya cuba lajukan kenderaan dan berada lebih jauh daripadanya. Bahayakan?? kita tak tahu keadaan jentolak dan pemandu tu macam mana. Tapi benda dah nak jadikan...



Oh tengok apa tu Durrani?
Nanti besar belajar rajin-rajin dapat masuk U macam kakak dan Along  yer...

Saturday, February 18, 2012

menu tengah hari

Dah lama tak masukkan gambar masakan. Ini menu tengah hari tadi. Menu yang simple jer. Ada sayur, ada kuah dan ada lauk.

Seperti biasa bayam goreng yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung sebab banyak khasiat.

Lepas tu si kakak request nak makan masak lemak kuning. Sejak masak hari tu selalu sangan request nak masak lemak cili padi ikan. Kdg2 balik kerja gagah juga ler memasak. Ini masak lemak cili padi ikan campur dengan cendawan.

Sup daging ni nak makan dengan mihun sebenarnya.

Ni pulak tempe favourite kakak dan Fahim. Setiap hari makan kat rumah pengasuh bila balik rumah request nak makan kat rumah pulak tetapi selalu mamanya lupa nak beli.

ohh petang dapat mangga muda dengan cicah kicap nikmatnya.


Wednesday, February 15, 2012

berat naik ketika mengandung


Sabtu lepas adalah check up untuk empat bulan sepatutnya. Tapi masa pergi cek rupanya dah pun 17 minggu. Macam mana boleh salah tarikh daa..
Seperti anak-anak yang lalu mmg check di Klinik Huda Bandar Baru Bangi, dgn doc yang sama check up masa mengandungnya Durrani dan Fahim. Datang klinik ni pun masa mengandung jer..alhamdulillah doc masih ingat pada aku.
Seperti biasalah check urine selepas tu timbang berat badan. Masa timbang tu terkejut..mak aaii..berat naik 4kg dalam masa 5 minggu. Aduh!!! terus rasa bersalah. Sebabnya masa mengandung sebelum ni mana pernah berat naik sampai 4kg biasa sekilo sebulan jer. Nak naik 2kg pun susah. Pernah masa hujung-hujung pregnant naik 800gram jer. Tapi urine dan tekanan darah semua ok dan normal. Masa doc check baby pun ok membesar mengikut waktunya.

Masa jumpa doc dah macam cuak, mesti doc membebel ni.
Doc: berat naik 4kg ni. Sebelum-sebelum ni pernah minum air gula?
Aku: Tak pernah langsung.
Doc: Ok kita tgk bulan depan macam mana ya. Biasanya begitulah ...3 bulan loya tak boleh makan. Bila dh habis loya belasah semua makanan hehhehe (katanya ketawa).
Aku: aahh....betul doc. ( mengeyakan ajer)

Aku rasa mungkin juga disebabkan pengambilan makanan. Masa hujung-hujung 3 bulan tu aku lebih gemar makan burger drp nasi. Maklumlah masa tu loya masih ada dan kurang gemar makan nasi. Mungkin juga disebabkan itu pertambahan berat badan 3 kali ganda drp yg sepatutnya.
Sekarang kena kembali menjaga pemakanan. Maknanya bukannya sekat tidak makan tapi mengambil hanya makanan berkhasiat yang memberikan vitamin dan mineral bukannya makanan yang meninggalkan lemak.

Jadinya aku kembali mengambil kurma dan kismis sebagai hidangan sampingan bukannya biskut.  Banyakkan minum air kosong bukannya air bergula (ini kalau boleh diteruskan Alhamdulillah). Makan tengah hari  mengambil nasi cuma melebihkan lauk pauk dan sayur-sayuran. Begitu juga dengan makan malam. Bersarapan dengan milo @ soya bersama roti.

Ada rakan yang baru mengandung anak pertama, mengalami kenaikan berat badan 5kg dalam masa sebulan kemudian diikuti 3kg bulan seterusnya. Pernah minum air gula mujur doc  mengatakan dia tiada kencing manis atau darah tinggi. Wajahnya selamba saja dan berkata kepadaku, "Makan jerlah kak dah baby lapar nak buat macam mana tak kan nak sekat-sekat nak makan,"

Mungkin kerana ini pengalaman pertama dia mengandung. Bagi aku kalau boleh nak maintain kenaikan berat badan seperti disyorkan doc kalau naik pun setakat 2kg boleh dimaafkan. Mmglah sekarang mungkin tiada diabetes bagaimana kalau dihujung kehamilan? dan lebih teruk sekiranya penyakit itu berterusan selepas bersalin. Walaupun tiada ahli keluarga menghidap diabetes tetapi mengawal adalah lebih baik drp mengubati.



Saturday, February 11, 2012

Sudah ramai artis bertudung...

Semakin ramai artis-artis yang berhijrah drp tidak bertudung kepada bertudung. Alhamdulillah..manis dan menawan saja gaya mereka. Selain drp rasa keinsafan dan tanggungjawab sebagai muslim rasanya juga disebabkan penerimaan masyarakat terhadap wanita bertudung kini lebih terbuka. Masyarakat sudah semakin menerima seseorang itu menerusi bakat dan bukannya siapa mereka.
Artis bertudung juga masih boleh melakukan tanggungjawab mereka sebagai penyanyi, pelakon, pengacara malah ada yg menjadi duta produk.

Selain itu kebangkitan fesyen Muslimah turut mempengaruhi penampilan artis dalam berpakaian. Kalau dulu artis bertudung hanya mengenakan baju kurung atau berjubah saja. Tetapi kini dengan banyaknya butik dan pereka Muslimah, fesyen menjadi lebih moden dan versatil. Tudung boleh digayakan dengan pelbagai busana moden, berseluar, skirt labuh, kardigan dan pelbagai gaun moden.
 Terdapat pelbagai jenis tudung juga memberi pilihan kepada wanita bertudung memilih fesyen yg mereka minati. Pilih saja mahu tudung berawning, Syria, selendang, gaya Hana Tajima, gaya Siti berbeza dengan 10 tahun lalu kerana penggayaan begitu terhad kerana terdapat satu atau dua jenis tudung di pasaran saja dan mungkin kurang menjadi daya tarikan kepada wanita untuk bertudung.

Mmglah drp satu segi ada beranggapan golongan ini hanya bertudung disebabkan fesyen. Tapi tidak salahkan andai itu boleh menjadi cahaya penghijrahan mereka. Daripada berfesyen lama-kelamaan akan mencetuskan rasa cinta dan tanggungjawab sebagai Muslimah. 


Yang terbaru penyanyi Ana Rafali baru saja memakai tudung pada Maulidur Rasul yang lalu. Manis sangat..bertudung dengan memakai baju kurung. Katanya dia tetap Ana Rafali yg dulu dan akan terus menyanyi dan menghasilkan lagu.





Catriona Ross bertudung selepas terbabit dalam kemalangan. Dia juga jarang muncul di kaca Tv sekarang ni.

Diana Amir bertudung selepas mendapat hidayah melalui mimpi.

Begitu juga dengan pengacara Nasi Lemak Kopi O, Farah Anuar manisnya bertudung.

Irma Hasmie memilih untuk bertudung selepas menunaikan umrah.

Raja Farah pula bertudung selepas berkahwin. Dia jg jarang muncul di kaca TV

 Siti Nurdiana juga sudah bertudung selepas tampil dengan imej seksi suatu ketika dulu.

Ada juga artis yang belum bertudung tapi diberikan watak bertudung. Sememangnya mereka ni kalau bertudung mmg nampak cantik dan menawan.

Antaranya pelakon sensasi Fasha Sandha


Begitu jg dengan pelakon Fazura yg memakai tudung ketika drama Tahajjud Cinta.

Fouziah Gous pula sering diberikan watak bertudung dalam drama Karma dan mmg nampak manis dan sopan bila bertudung.
Maya Karin bertudung dalam filem Ombak Rindu


Adakah Lisa Surihani memilih mengenakan tudung selepas berkahwin dengan Yusry? Kita tunggu dan lihat.

Alangkah manisnya jika Siti Nurhaliza terus memakai tudung penuh begini.

Pelakon cantik manis Neelofa juga sering menerima watak bertudung.

 p/s: diharap artis-artis ini bertudung sampai bila-bila bukan hanya sementara atau ikut-ikutan saja. 


Sunday, February 5, 2012

jalan-jalan di Pantai Klebang

Kalau sesiapa yang melalui jalan ke Pantai Klebang Melaka pasti akan melalui satu gerai coconut shake yang terletak di tepi jalan. Ramai org beratur semata-mata nak mendapatkan coconut shake yang sangat terkenal. Rasanya pernah masuk program Jalan-jalan Cari Makan kot.


Kami yang melalui di situ turut teruja apabila melihat banyak kereta berhenti ditepi jalan. Apakah rasanya sedap ke tidak sehingga ramai orang sanggup beratur?. Setelah merasainya biasa-biasa jer kot tapi mungkin kalau diminum ketika cuaca panas di saat perut lapar mgkin akan lebih terasa kesedapannya.
Masa kita orang minum tu perut penuh diisi dengan durian, rojak pasumbur, mee rebus, nasi ayam, ABC dan cendol jadi minum pun tak habis. Harganya RM1.80 secawan..campuran ais krim, air kelapa bersama isinya dan dikisar halus dengan ais batu.

 Inilah tempat persinggahan selepas check out dr ayer keroh melaka. Bersantai di bawah pokok sambil minum ABC dan cendol dan makan rojak. 

 Anak-anak saudara makan durian dan minum coconut shake.

 Abah yang hanya makan nasi ayam.

Durrani makan karipap


Wah-wah trio berkaca mata. kak chak, aneep dan abg E.


Sedap tau...

Hantu doyan juga ke?

Yang lelaki bersantai di bawah beralaskan tikar sambil makan durian. Habiskan semua tak mau bawa balik KL.


Sempat main layang-layang. Panas nie weh....

Lepas dah habis makan,bergerak nak tengok kapal selam tapi masa tu masuk untuk tengok bahagian luar saja dan bayar RM1 jadi tak jadi nak masuk. Lg pun sedang dalam pembinaan mungkin kalau dah siap lagi menarik kot sebab boleh masuk ke dalam kapal. Jadi masing-masing menuju balik ke rumah masing-masing. 



Saturday, February 4, 2012

sesi bg hadiah ler pulak

Belum habis lagi kisah Family Day di Melaka hari tuh. Ok ni hari terakhir iaitu sesi penyampaiah hadiah kepada pemenang futsal, boling dan pemberian hamper kepada semua keluarga.
Seperti tahun-tahun lalu setiap keluarga diwajibkan membawa hamper. Jadi semuanya ada 7 hamper tambah dengan satu hamper untuk mak dan abah.


Ni lah semua hamper yang ada. Masing-masing dah mengidam nak yang mana. hehheheh teruja uols...

Ini pula hadiah untuk futsal dan boling. Masukkan dalam paper bag jer senang.

Semua ahli keluarga menunggu untuk penyampaian hadiah. Sebelum tu diadakan sesi undian untuk pemberian hamper. Jadi idok ler keluarga tu dapat hamper kepunyaan dia sendiri.

Ehh Durrani  pun dapat hadiah drp tok wan. Mewakili team Merah yg menjadi juara futsal. Chayok..chayok..

Bendahari yang mendapat johan untuk boling.

Team Yue @ pakcik yg menang untuk futsal dan boling tempat kedua.

Sesi pemberian hamper pulak. Hamper kak chak @ maklang diterima oleh Kak long.

Tu dia tuan punya blog memberikan hampernya kepada kak long @ mak long.

Jaja @ makcik memberikan hamper kepadaku. Terima kasih daun keladi

Yang ni hamper kak chik kepada kak Chak.

Ok selepas semua hadiah sudah dibahagikan sesi potong kek pula untuk yg sambut birthday pada bulan Januari.

Oh tertinggal pula pemberian hamper dr anak-anak kepada mak & abah. Hamper sudah tentu barang-barang dapur.


Ini dia birthday girl kak chak dan abang long. Selamat Hari Jadi moga panjang usia dimurahkan rezeki selalu. Tiap tahun kalau buat bulan Januari dua orang ni jerlah yg akan sambut birthday hehhehe.


Selepas selesai semuanya tibalah sesi bergambar beramai-ramai. Oleh kerana cuaca sangat panas jadinya nak bergambar pun kurang selesa. Masing-masing muka berkerut-kerut kepanasan.

Oh i like this pic. Kaum perempuan saja, kakak, kakak ipar, adik ipar bersama mak dan anak buah. Adik kat Sarawak jangan jeles sebab gambar tak ada di sini.

Selamat sudah sesi Family Day keluarga Hj Sahib 2012. Dengan harapan dapat dilaksanakan lagi pada tahun depan itu pun kena tengok collection  tahunan, kalau banyak bolehlah buat tempat yang jauh sikit. Ada cadangan nak ke Bukit Merah dan Pulau Langkawi. Oh sangat menarik kalau dapat buat di Langkawi boleh bershopping  untuk kaum-kaum ibu. Kita tengok dulu macam mana ya ahli jemaah mesyuarat semua.

Sebelum bergerak abang long membacakan doa penutup dan doa selamat. Alhamdulillah. Selepas itu masing-masing bergerak ke Pantai Klebang sebab ada agenda nak makan durian di sana. Patutnya nak buat sekali dengan BBQ tapi durian yg dicari tak jumpa so ditunda ke acara petang.