Saturday, June 4, 2011

ke Singapura lagi...

Kunjungan kali kedua ke Singapura kerana memenuhi undangan untuk pertunjukan fesyen Islamik yg kali pertama diadakan di sana.
Kami menginap di Hotel York yang terletak di Mt Elizabeth Singapore berhampiran Jalan Orchard. Event hanya bermula pagi Khamis dan berakhir jam 12 tengah malam, jadi kesempatan yang hanya ada pada rabu petang (sampai di York Hotel kira-kira jam 3 ptg) digunakan sebaik mungkin untuk berjalan-jalan.

Bilik menempatkan dua katil queen.

Hotel bertaraf empat bintang di Singapura.

Hanya berjalan kaki saja untuk ke Jalan Orchard menempatkan pusat beli belah seperti Takashimaya, Ion, Tang, Isetan dan butik mewah seperti Gucci, Prada, Dior dan Louis Vuitton. Manusia?? usah cakap memang terlalu ramai kerana ketika itu Mid Year sale hampir semua pusat beli belah memberi potongan harga sehingga 50% tapi aku kira masih mahal jika dibandingkan harga di Malaysia. Mungkin untuk alat solek, perfume masih dibawah harga murah.


Gambar di hadapan butik Dior, tengok saja ya. Nak masuk tak mampu...


Suasana waktu petang hampir jam 7 malam rasanya. Masih di Orchard Road di hadapan butik LV.


Agak lengang di hadapan butik LV kerana hari sudah beransur malam

Bergambar di hadapan butik Prada. Unik dengan replika manusia pelbagai warna.

Kagum melihat deretan butik mewah yang hanya terletak berhampiran saja. Untuk ke satu-satu butik tidak perlu menaiki teksi, berjalan kaki saja atau boleh menaiki MRT (keretapi bawah tanah) anda sudah boleh ke semua butik-butik ini. kawasan ini juga menempatkan banyak hotel bg memudahkan anda bershopping. Antaranya Hyatt Hotel , Elizabeth dan York Hotel .
Kata seorang rakan memang agaknya orang Singapore kerjanya hari-hari adalah bershopping jika tidak masakan terlalu banyak butik mewah disediakan.

Kali ini aku tidak melepaskan peluang ke Far East Plaza, yang rasanya sama seperti Bukit Bintang di Malaysia menempatkan butik-butik kecil, murah dan tidak berjenama. Untuk sepasang kasut cuma berharga $10 dollar singapura. Begitu juga dengan baju pelbagai gaya dan warna.

Jika ke Lucky Plaza pula banyak perfume murah dijual tapi menurut org Singapura itu tidak original. Patutlah harganya murah sekali ganda. Juga banyak menjual gajet seperti telefon, dan kamera pada harga yg sangat murah. Bayangkan Samsung Galaxy S hanya berharga $300 saja (RM732) jika di Malaysia masih berharga RM2000.

Namun masalah di Singapura adalah untuk mencari makanan halal. Spt yg pernah aku tulis dulu walaupun banyak restoran makanan segera namun dikhuatiri tidak halal. Pada hari pertama kami makan di restoran Indonesia Ayam Penyet yang berharga RM$10 termasuk air (RM24.40). Manakala pada esoknya Jumaat kami bersarapan di Restoran Punggol Nasi Padang. walaupun namanya nasi padang tetapi penjualnya berbangsa Cina jadi akhirnya aku hanya makan roti prata telur bersama milo suam berharga $3. 60 (RM8.80) kata seorang rakan, "Mak aiii...mahalnya dengan harga itu boleh makan 2 pinggan nasi goreng bersama air."

Jadi kesimpulannya jika mahu bershopping atau makan di Singapura jangan bandingkan harga kerana semestinya apa yg ingin anda beli akan terbantut apabila melihat harga ditawarkan.

Terus terbayangkan Malaysia, berkali-kali bersyukur dengan harga makanan dan barang di Malaysia walaupun dikatakan mahal tapi masih murah berbanding negara jiran. Mungkin juga gaji mereka tinggi tetapi jika diikutkan kos lain seperti rumah, petrol, makanan, barangan asas mungkin lebih mahal berbanding Malaysia.


Ini menu malam itu..






Diakhiri dengan gambar sendiri.

Apa yang aku beli? Hanyalah pakaian anak-anak sebabnya nanti Durrani pasti bertanya, "mama beli baju kakak tak,? soalan yang sudah pasti ditanya apabila melihat aku membuka beg.
Juga tiada dalam perancangan untuk bershopping sakan.

3 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

bestkan dpt jln2 kesana. akak teringin nak bwk anak2 kesana, tp ntah bila

MummySuri said...

kelas kakak! suke!

Yan said...

sbb tu org kt jb...sanggup keje kat singapore.. sbb gaji beso... tp umah diorang still dlm jb.. so berulangla kul 4-5 pg dah kuar umah..

awek adik ipar yan.. keje kfc jek.. tp mmg besoler gajinyer.. mak sedara asbenpn keje sane.. tp duduk kat larkin jb... kata asben even jd cleaner pn dah lumayan dah gaji hehehe