Sunday, May 29, 2011

mudah-mudahan

Dulu-dulu aku mengaji dengan ibu saja, walaupun bersebelahan rumah ada tok guru yang mengajar mengaji. Dengan ibu lebih garang, pantang ada kesilapan dalam bacaan matanya dijegilkan, nada suara lebih kuat dan nyaring hingga kadang kala tidak perasan air mata mengalir.
"Baca sampai pandai." kata ibu sambil memegang buluh petunjuk mengaji dan menunding ke al- Quran.
Sebab itu apabila ibu berkata, " malam ni cuti tak mengaji" terasa bagaikan bebanan batu terlepas di bahu. Seronok tak terkira kerana tidak perlu mendengar ceramah atau suara tinggi ibu. Seminggu dirasakan bagaikan sebulan dan kalau boleh biarlah tidak mengaji selama-lamanya pun tidak mengapa.
Dulu mengaji menggunakan Muqaddam iaitu menyebut huruf alif, ba, ta, tetapi kini anak-anak hanya menyebut bunyi saja menggunakan kaedah Iqra' seperti aa, ba, dan ta. Kaedah ini lebih senang dan mudah.



Aku pun tidak terkecuali membeli Iqra' untuk Durrani ketika awal dia masuk tadika. Memang dia sangat excited mengaji boleh dikatakan setiap hari selepas solat maghrib dia sendiri mengambil tudung dan membuka Iqra' meminta diajar.

Bermula dengan Iqra' 1, nampak seperti senang. Apabila dia mudah membaca aku yang mengajarnya tidaklah tension. Yerlah mengajar anak sendiri berbeza dengan mengajar anak orang. Baru aku faham kenapa ibu dulu cepat saja melenting ketika mengajar mengaji kami adik beradik.

Namun memikirkan dia masih kecil tahap tempreture turun sedikit. Pernah juga apabila aku meninggikan suara, tetiba suaranya yang kuat membaca huruf berubah perlahan. Aku melihat wajahnya rupa-rupanya dia menangis perlahan. "Ohh..mama tidak terniat pun membuatkan Durrani menangis," terus rasa bersalah.

Sekarang mengaji dan solat menjadi rutin hariannya (mungkin dia mendapat motivasi dari ustazah di sekolah), namun sebagai ibu berkerja aktiviti malam menjadi lebih padat dan agak kelam kabut sedikit. Maklumlah balik kerja sampai rumah dah Maghrib, mana lagi nak siapkan makan malam dan ajar mengaji.

Teringat kata-kata seorang ustaz yang memberitahu memberi pendidikan agama kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa dan bukannya ustazah atau ustaz di sekolah.

6 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

akak dulu pun camtu, slalu je kena marah ngan tok ayah, menitik nitik airmata ni.. sedihh gile

CS @ Mama AA's said...

saya pun cube mengajar Auni sendiri, cume Auni kurang sabar, belum betul2 hafal nak alih buku lain huhu

rynas said...

mamasyaza..aahh kan bila kena marah menitik air mata.

mamaAA: biasalah tu Durrani pun lambat jg mula-mula bila dia dah faham baru ok sikit.

ieja amieja said...

bagusnyer fatin ngaji x yah nak suruh2..hmm arina ngaji skrg ikut mood..dah seminggu x ngaji..kena lak demam dah 4 ari..

ckLah @xiiinam said...

Ngaji dengan mak/bapa sendiri lebih berkat. Merapatkan hubungan...dan al Quran dibaca dalam rumah sendiri.

Semoga anak-anak kita menjadi umat yang mencintai al Quran sepanjang hayat mereka. Amin.

A D I A said...

saya dulu pun sekejap je mak ajar ngaji, mak garang woo. agaknya sebab dia pun tau anak2 takut dgn dia, maka kami 3 beradik pun gi la mengaji kat skolah agama :)

ni nanti hafiyya besar rsa nak ajar skit. semoga diberikan kesabaran yg tinggi dalam mendidik anak2 :)