jangan pening-pening semuanya bisa diselesaikan
Bermula daripada minggu lepas lagi sibuknya tak terkata. Pulang saja dari Singapura sepatutnya aku sudah mula bercuti bermula 6 jun sehingga 10 Jun. Bos pun sudah meluluskannya. Ingatkan boleh terus bergumbira melupakan segala kerja. Namun tidak juga..Apabila aku menerima panggilan telefon drp pegawai perhubungan awam PDRM mengatakan temujanji untuk bertemu Ketua pengarah Datok Robiah akan diadakan pada 6 Jun. Alamak!!! terus aku tepuh dahi. Macam mana ni?
Untuk menukar kepada tarikh lain ehhmm ..nahi..nahi ..masakan peluang menunggu hampir enam bulan hendak dilupakan begitu saja. .terus aku berkata ya...
Dan aku mengubah cuti kepada 8hb sehingga 13 hb.
Ingatkan hari ini boleh terus pulang ke kampung...namun nampaknya ada lagi kerja yg masih belum selesai. Interviu yg sepatutnya 6hb ditukar kepada hari ini...ehhmm..kemudian selepas itu aku bercadang mahu terus menghantar baju ke butik untuk majlis anugerah hari ibu kepada tukang jahit di Setapak KL yang sepatutnya aku lakukan petang semalam tetapi tidak menjadi juga disebabkan masih ramai kawan-kawan belum menghantar baju contoh.
dan sepatutnya selepas menemuramah datok aku boleh terus menghantar baju di butik, malangnya aku terlupa mengambil sehelai baju contoh di pejabat...huhuhu terpaksa singgah di pejabat dulu mengambil baju kemudian baru ke setapak. inilah yang dikatakan apabila perancangan tidak menjadi...kita hanya merancang
P/s: "mama...mama esok jerlah pagi-pagi (khamis) kita bertolak balik kg," kata suami apabila melihat aku pening-pening lalat dan kelam kabut dengan semua kerja. Baju pun belum sempat kemas lagi ni- Alahai...
1 comment:
heheh..
biasa la tu kak, perancangan manusia tidak sempurna jika DIA tidak izinkan.. redha je la kan kak.. :)
Post a Comment