Wednesday, June 29, 2011

novel oh novel


Dah lama tak baca novel. dah lama tak baca karya Norhayati Berahim. Apa agaknya novel terbarunya?
Ketika berkunjung ke MPH baru-baru ni mak aiii..ramainya penulis novel baru dan muda hinggakan rambang mata memilihnya dan akhirnya aku tetap memilih karya Norhayati Berahim dan satu lagi kombinasi Kusyi Hirdan dan Norhayati Berahim.
Bila nak mula baca ni??

Oh itu usah ditanya..InsyaAllah akan dibaca dan akan ditamatkan segera sekiranya cerita menarik. Dulu dan sekarang jauh berbeza, dulu pada bila-bila masa saja novel dalam genggaman. Beli esok lusa dah tamat dibaca. tapi sekarang baru saja mahu memegang novel datang si kecil duduk di riba sambil bertanya, "mama baca apa tu?"
Akhirnya novel ditutup tanpa mengetahui kesudahan cerita.

1 comment:

♥MAMASYAZA♥ said...

sama macam akak pun, pantang pegi popular mesti nak beli novel, tapi nak khatamkan novel tu, amik masa sgt