Tuesday, June 28, 2011

kasihan

Aku melihat ada titik-titik air mata pada wajah kanak-kanak itu. Berkaca..jatuh satu persatu pada pipinya yang mulus.
Masakan kanak-kanak sekecil itu dimarah, sedangkan dosanya hanya kerana menumpahkan air ke meja.
Kasihan!.
Ibunya masih tidak berhenti-henti membebel.
Itu dan ini hinggakan perkara lama terus terungkit. Sekali lagi kasihan datang bersinggah. Terus terbayangkan wajah anak sendiri.
Adakala kita terlalu emosi.
Tambah pula apabila bebanan kerja mula menyesak dada. Dan anak-anak menjadi mangsanya.
Korban nafsu amarah, hingga kadang kala terlupa mereka juga punya jiwa dan rasa.

5 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

kesian budak kecik, tak tau apa pun, setakat tumpah air, small matter aje tu, anak2 akak hari2 mesti kena bagi tumpah air, satu kewajipan, rasa cam tak cukup syarat je bila air tak tumpah...hahahaha

zaidah said...

kekang memang beremosi macam tu....

ilhamhainy said...

seeloknya anak jangan dimarah ditpt terbuka.dia pun tahu aib.itu sebab ada ibubapa yg x mahu lnsung bawa anak ke kdai makan sebab malu nnt anak akan menumpahkan air.

MummySuri said...

inilah benda yg saya paling takut. membebel marah anak2. janganlah jadik kat saya...

MummySuri said...

takutnya saya jadik macam tu...mintak dijauhkan.