Saturday, September 4, 2010

lepas satu ..satu demam....

Salam..

Pejam celik pejam celik hari nie masuk hari ke-24 berpuasa. Kejap jer kan...rasa sayu jer nak meninggalkan Ramadan ni. Tahun depan baru dapat jumpa balik.

Sepanjang Ramadan ni beberapa kali jer sempat update blog..tak menang tangan nak berinternet. Bukannya apa kat rumah ni dah jadi macam wad dah..wad 1...untuk suami yang demam masa dua minggu awal puasa lepas jer dia baik demam bersambung pulak ke wad 2...Durrani yang demam seminggu..elok jer dia baik.. Fahim pula masuk wad 3... Bersambung-sambung. Syukur ler aku sihat walafiat kalau aku pun demam juga tak tahu lah.
Bila anak-anak demam ni tahu2 lah kan macam2 ragamnya tidor nak beriba kejap tidur kejap jaga. lebih banyak jaga dr tidur, lepas tu manjang nak minta ditepuk huhuhu...rasanya kalau malam dapat lelap 3 jam tu pun nasib baik jerlah. Dah nak subuh barulah dorang dapat tidur lena.

Harap2 dekat2 nak raya ni baiklah...bolehlah beraya dengan senangnya. kalau raya demam lagilah susah tak bolehlah berjalan ke mana.

nasib baik ler aku sempat bershoping raya yerlah kalau nak tunggu berdua dengan suami mmglah susah. anak2 dah demam hujung minggu mmg tak ke manalah jawabnya. nasib baik masa kerja tu sempatlah terjah Sogo, Jalan TAR cari apa yang patut. Dapatlah dua hari ke sana. Alhamdulillah semua persiapan dah complete dah drp baju raya anak, diri sendiri dan suami termasuk tukar duit raya dan juga beli biskut raya. Tahun ni ada duit lebih berbelanja lebih sikit ler...kalau tahun2 sebelumnya eehhmm...bajet..bajet..bajet..
Minggu depan cuma kerja 2 hari jer Isnin dengan Selasa...pastu cuti sampai 19 September. Seronoknya...korang cuti lama ker????

11 comments:

Izan Ishak said...

hi rynas...
patutlah dah lama tak nampak ye. demam2 3 beranak kat rumah rupanya. tp betul juga, kalau maknya yg demam mmg susah lah kan...
muhaimin 17 hb dah mula sekolah plak...

selamat hari raya...maaf zahir batin ye rynas~~

rynas said...

yerlah Izan syukur saya sihat, kuat dan bertenaga hehhehe.
saya pun samalah..selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Rizziela said...

Anak saya pun baru ajer kuar wad semalam. Batul selsema sehingga semput.

Saya start cuti hari Khamis sampai Isnin :D seminggu directlah

rynas said...

rizziela, oh siannyer sampai masuk wad. tapi saya perasan skang ni bdk2 demam mmg lama2 ler. kalau dulukan 2,3 hari dah baik dah skang ni kalau demam mmg suhu sampai 40 darjah..menakutkan jer.

selamat bercuti dan selamat hari raya yer

kakngah said...

sama la kite.. awal ramadhan hrtu anak2 & suami demam bergilir2. las sekali kite la..

rynas said...

kak ngah: oh skang ni mmg musim demam kan. sabar jerlah kan jaga anak2 ngan suami

Mag said...

huhu..naseb baek semua dah ok..raya demam xbest. rynas take care. jangan lepas ni mak pulak yang demam=)

rynas said...

Farah: ala tak nak ler..harap2 mama nyer sihat ler..makan vitamin banyak2 ni hhehe

MummySuri said...

hamboii, lamanya cuti??? seronok gile...saya baru mula nak sakit tekak. sah ni beraya dengan virus sekali...hehehe. saya x de mood nak beraya, baju raya pun x de lagik...hehehe

rynas said...

Liza: ayo..ayo liza jgn raya ni demam sudah yer.

♥MAMASYAZA♥ said...

anak2 demam, memang ibunya tak cukup tdo, risaukan sianak. semoga depa semua cepat sembuh n dpt beraya dgn gumbiranya.
akak pun cuti sampai 19hb, tp anak2 akak dah mula bersekolah pd 14hb nanti