Wednesday, September 22, 2010

cerita dan gambar raya 2010

Orang lain semua dah keluarkan cerita raya siap ada part 1 dan part 2 lagi. aku baru ler nak upload gambar raya. Sebabnya masa balik raya hari tu memang langsung tak sentuh pc..malas jer rasa nak update blog. Mood untuk beraya sahaja...

Tak banyak pun ambil gambar mana yang sempat jer. Semua gambar2 di bawah adalah ketika beraya di PD pada hari raya pertama. Sempatlah beraya dalam 7 buah rumah dr jam 11 pagi sampai ler 6 petang. Kemudian bersambung ke esoknya raya kedua 2 buah rumah jer menjadikannya 9 buah rumah..fuhhh..mmg ramai betul saudara sebelah suami itu belum beraya kat Banting, Tanjung Sepat lagi tuh..rumah saudara sebelah suami juga tu. Raya kedua jam 3 petang baru bertolak balik perak. Nasib baik jalan clear tak ada jam jam 8 malam dah sampai Parit Buntar.


Pagi-pagi sebelum keluar beraya, lepas bersalaman dan sesi bg duit raya, barulah sesi bergambar di luar rumah. susah betul nak kumpulkan semua dgn anak-anak yang berlari sana sini. Fahim masa ni dh dalam kereta...asyik ajak balik jer...tak sabar dia nak beraya.



Ini family adik ipar, Lia bersama keluarganya...


Dapatlah jg gambar keluarga. wpun Fahim tak ready dan Durrani dengan muka seposen dia...



Ini gambar anak dara dan mak dara. Bersama ipar duai....sebelum pergi beraya sempat ambil gambar beramai-ramai..



Ni gambar...bapak budak bersama anak-anak...



Anak terunaku..kopiah dia terbeli kecik tu yang dia tak nak pakai...




Hhehhehe..mama paksa bergambar..sedih jer muka.





Ni dengan anak buah Arina dan Iman



Anak-anakku bergambar dengan sepupu mereka Arina..

Diakhiri gambar Fahim tengah bersedih..orang lain happy2 jer dia pulak muka seposen...pas dapat duit raya elok jer gelak-gelak...

Itulah sahaja gambar-gambar raya di rumah...kalau rajin nanti upload lagi gambar ketika beraya dan gambar raya di Perak mmg langsung tak ada. Gitulah setiap tahun mmg susah betul ler nak ambil gambar. Maklumlah dah sibuk-sibuk dan jumpa semua adik beradik mmg dah tak ingat pasal kamera dalam beg alih-alih eehhmmm dah habis function.

3 comments:

Ena said...

Selamat Hari Raya & Maaf zahir Batin kak..

seronok baa kisah2 bersama picture raya kawan2 blogger nie.. mcm2 ada.. meriah je tengok! ;D

Rizziela said...

Meriahnya raya

MummySuri said...

kenapa baju fahim lari tema??? x de cetusan biru pun...hehehe. tahun ni saya x bagi duit raya pon, anak2 buah laki je dapat. anak2 kazen saya tunggu la gaji ni baru boley bagi, dah pokai...hahaha. kene buat siri jelajah ulangan sebab nak bagi duit raya...