Friday, October 23, 2009

happy birthday Durrani Fatihin


Hari ni 23 Oktober 2009, genaplah usia Durrani 3 tahun. Cepat jerkan dah tiga tahun.
"selamat hari jadi Durrani Fatihin, moga panjang umur, cepat besar dan jadi anak yang bijak dan solehah. AMin"

Pagi-pagi lagi bila bangun ...dia tanya "mama nak kek" aisey men...anak aku ni buat aku terkelu sebentarlah...bukan apa cadangnya nak balik kampung PD nanti barulah nak beli kek sambut dengan anak buah kat sana ramai-ramai sonok sikit. jadinya idoklah kami membeli kek untuk dia hari ni...ker patut beli??? cam kesian ler pulak...

sebenarnya dia teruja sebab minggu lepas sepupu dia kat Selayang tu sambut birthday tiup lilin. Bila balik rumah dia sebut-sebutlah...nak kek dan lilin macam kakak. Ohh aku kata tunggulah bila birthday nanti...jadi bila kami dok sebut-sebut birthday dia Jumaat hari ni..dia ingat ler.
Citer sikit perkembangan bila dah 3 tahun ni. Sekarang nie dah pandai main dengan adik, kalau dulu asyik nak gaduh jer bila main sekarang ni dah kawan elok-elok, baik-baik..main sama-sama. Agaknya dia rasa dah besar kot. kalau naik lift tu cepat2 pegang tangan adik..takut adik keluar dulu, jatuh ke apa ker. Dah nampak sifat seorang kakak. Dah bahasakan diri dia pun kakak sekarang nie. Makin rajin bertanya itu dan ini, sampai letih nak menjawab...mama ni apa..mama tu apa..mama apa nie...kenalah jawab satu2 bg clear kalau tak dok tanya itu jer.
Rajin pulak mengadu pasal adik, "mama fahim kan..buat kakak, gigit kakak, "mama tadi fahim buat" "mama fahim buat baby Azam (baby kat umah baby sitter)" rajin dah mengadu minah ni. Kalau nak tanya apa-apa kat umah baby sitter..tanya dialah. Sangat suka baca buku walaupun tak pandai baca lagi..akhirnya aku yg kena baca.
Itulah saja nnati update pasal birthday pulak yer...
p/s: nak kembalikan kerajinan menulis blog selepas 'semuanya' selesai sudah!!!!!

2 comments:

ibu_Arifa said...

happy birthday Durrani..muah2 utk Durrani syg..

rynas said...

tenkiu ibu arifa