Wednesday, October 14, 2009

sunyi tanpa TV

Dah lama tidak merasa rumah sunyi drp suara televisyen. Semalam selepas pulang ke rumah seperti biasa Durrani bersuara, "mama TV osak lagi ekkk??" kata Durrani sambil memandang wajah aku dengan penuh confident.

"Ehhmm..rosak lagi. Abah tak sempat nak hantar baiki. malam ni tak ada Fukuchan, tak ada Hagemarulah yer," kata aku. Kasihan pula melihat wajahnya yang seakan hampa untuk menonton kartun kegemarannya. Mujur dia faham..."Aim bg TV osak kan mama?" katanya berulang kali apabila aku jelaskan yang TV di rumah rosak tidak sempat dibaiki.

Baru 2 hari TV rosak hidup sudah tidak keruan... Terasa malam agak panjang, tambah2 anak-anak yang sering merengek minta dilayan. Jika tidak biarkan sahaja mereka melayan TV. Bagaimana orang miskin yang tiada Tv kan???? masih ada lagi ker..di rumah orang yang tiada peti bersegi empat itu sedangkan TV sudah menjadi barang keperluan.
Oleh kerana tiada TV, semalam aku terpaksa melayan mereka bermain basikal, membaca buku, melihat video game di laptob..si adik pula tidak habis2 memanjat. Tv rosak juga kerana kerja tangan comelnya yang sangat kreatif. Sejak sudah pandai menekan remote control dan menekan punat setiap hari di on dan di off nya Tv. Dikuatkan volume dan diperlahankan, ditukar chanel sepanjang masa sehingga menimbulkan pergaduhan dua beradik itu. Disimpan remote ditekan punat manual pula. Akhirnya sebulan sebelum itu TV mula meragam. Tapi masih boleh ditonton sakitnya tidaklah sehingga perlu dimasukkan ke ICU.
Dan sejak Fahim boleh berjalan dan bijak memanjat rak TV; walaupun sebenarnya kakinya masih belum sampai ke atas, tetapi dia bijak...dibukanya laci paling bawah lalu dipanjat menerusi dari dlm laci ke satu laci....dan akhirnya sampai ke atas rak.
Apa lagi aktivitinya jika tidak mengetuk-ngetuk TV dgn apa sahaja barang di tangan. Jika di letak ke bawah..naik semula begitulah setiap hari..sehingga akhirnya TV yang dibeli hampair 4 tahun lalu putus nyawanya dek kerana tangan kecil itu.

Semalam Fahim selepas agak bosan bermain basikal, sambil menghulurkan remote TV, dan berkata "IVI..." dengan harapan dia boleh menonton TV seperti biasa. Alahai anakku...

3 comments:

MummySuri said...

anak kak siti ni bakal jadi engineer tersohor...hehehe

rynas said...

insyaallah..hehhhe..

INTAN said...

mmg bosan klu xde tv..bukan budak2 aje...mak budak pn bosan...aku le tu sbb aku hantu tb