Wednesday, December 26, 2012

Tak sabar pakai uniform sekolah

Alahamdulilah dah selesai membeli barang keperluan kakak untuk masuk tahun satu 2013 nanti. Mula-mula beli kat laman Seri Bangi kedai yang jual pakaian & barang sekolah tapi baju saiz kakak semua dah habis. Jadi hanya beli kain, kasut, stokin, kain sekolah agama dan alat tulis.

 Nielah hasil bershopping petang tadi. Ehh boleh tahan juga RM bershopping untuk sorang anak.

 Kakak Durrani dah tak sabar sangat nak sekolah. Balik terus cuba baju. Suka..suka katanya. Lepas tu terus minta nak kapurkan kasut sekolah pada hal dah putih pun. Saja  nak mencuba jer tu. Teruja tgk kapur kasut agaknya.

Close up sikit. Tudung susah sikit nak cari sebab banyak yg besar. Ni ada kat PKNS Bangi. oklah untuk dia.
 Kakak dan adik Fayyadh.

 Senang bawa si kecik ni jalan. Ramai nak tolong pegangkan dia...hehehhe..

lepas dah penat tido dalam kereta. Mmg penat sangat nampaknya sambil jalan pun dah tertidur dah.

p/s: 31 Disember ni ada orientasi untuk ibu bapa dan anak. Mak bapak pun tak sabar bila anak masuk tahun satu. Kejap jer rasanya masa berlalu.


4 comments:

Izan Ishak said...

wahhh... cantiknya kakak durrani pakai baju sekolah baru. mesti happy je dah nak sekolah ni kan kan.

naufal hari ni ada ujian saringan kanak2 n ibubapa pun ada taklimat sekali...

ieja amieja said...

sama la tu ngan arina..blk terus je cuba baju dia..yg kelakrnya beli tudung kemudian pas tu nak cuba sekali ngan bj..bj lak dah gosok hanger bagai..malas nak amek..last sekali merajuk x nak cuba tudung tu..angah biarkan je mls nak lyn..petang tu br nak cuba pakai tdg dia..huhu

Mila@Rimbun said...

amboi tak sabar yer kakak nak g sekolah.
Tudung sekolalh tuh normally kat kedai buku sekolah ada jual.. normally ada yg saiz kecik.. tapi dependslah, kekadang kalau lambat skit dah habis.
saya selalunya jahit sendiri jer semua pakaian sekolah ni, jimat skit. Deangan 4 meter kain yg harga tak sampai RM25 boleh dapat 3 helai baju, kain plak 3 meter, dapat 3 helai. KOs bajet nyer pasal hahaha

A D I A said...

alahai tak perasan akak dah dapat baby baru. lama sangat tak bercuti dari dunia blogging kot. comell baby fayyadh :) si kakak pun dah nak ke sekolah ye.