Minggu lepas 3 hari pengasuh minta cuti sebab nak pergi bercuti dengan famili dia. Mmg setiap tahun bulan 12 adalah masa dia bercuti. Kebetulan pula masa tu saya MC dua minggu so dapatlah pengasuh pun bercuti lebih seminggu.
Tahun ni bila ditanya pergi mana....utara tanahair jer..ke Pangkor, Pulau Pinang sehingga ke Perlis. Bila balik macam2 dibelikan untuk budak-budak. Di antaranya makanan kat atas nie.
baju untuk budak-budak mesti ada kalau pergi bercuti. Kali ni untuk mama pun ada juga tambah untuk Fayyadh.
Setiap sorang dapat dua pasang baju. Terima kasih yer Mak Ida sebab belikan baju budak2. Fahim kata," Mak Ida bg baju cantik. Jomlah mama pergi Pangkor mama. Sonok...."
p/s: belum dapat bawa budak-budak ke mana-mana lagi cuti pun dah nak habis nie. Cuti dibekukan pula tuh. Alahai...
2 comments:
seronok lah budak2 dpt hadiah drpd mak ida dia..mcm ni x g cuti pun x pe..dpt ole2 setiap kali m.ida g cuti^^
banyaknya pengasuh anak2 akak bagi ole2... nmpaknya pasni kenalah bawak dorg pi pangkor pulak ye kak..
Post a Comment