Sebelum ni risau dengan kesihatan mak di kampung yang sudah 2 minggu demam tak kebah-kebah. Nak dibawa ke hospital tuan punya badan sendiri tidak mahu. nasib baik ada adik dan kakak yg menjaga di kampung.
Balik dari melawat mak di kampung badan masih ok. Mungkin juga kerana terlalu penat dengan kerja dan asgment setiap hari hari Ahad dan mula batuk dan pening kepala. Tapi gagah juga bekerja kerana ada asment. malas kiranya mahu menukar kepada tarikh lain. Faham sajalah...apabila sudah membuat temu janji yang membabitkan org lain. Tapi Isnin tu demam semakin teruk tambah pula apabila kena hujan pada waktu petang menyebabkan kepala semakin berat dan badan semakin panas. Akibatnya esoknya suhu badan mencecah sehingga 39 darjah celsius sehingga diberikan injection oleh doc dan MC 2 hari.
Kata doc jika tidak kebah Khamis perlu menjalani ujian darah...tapi belum masuk khamis petang rabu badan sudah mula menggigil. Sejuk sampai ke tulang diikuti sesak nafas di bahagian dada. Mmg perit dan sakit, ditambah pula dengan muntah. mgkin sebab angin tak makan sepanjang hari.
Akhirnya suami membawa ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah di Bangi.
selepas ujian darah dilakukan didapati platlet darah sangat rendah dan berkemungkinan denggi. terpaksalah dimasukkan ke wad.
tambah air sehingga 2 botol diikuti 2 botol keesokan harinya. Esoknya sekali lagi darah diambil alhamdulillah bebas denggi dan efluenza A. Cuma mmg disebabkan demam, batuk dan asma.
Hingga hari terakhir 6 botol air dimasukkan...sepatutnya ada lg sebotol tetapi kedua-dua belah urat tangan sudah membengkak sehingga antibiotik terpaksa dimasukkan terus menerusi urat tangan. Sakitnya ...huhuhuhu mengalir juga air mata menahan sakit.
Selain saya yang demam fahim juga turut batuk dan demam. Mujur dia tidak meragam. Dua malam di hospital bersama saya. fayyadh juga malam sebelumnya sudah demam mujur sekejap saja. Dua malam dia dijaga pengasuh Mak Ida. Alhamdulillah sabtu tengah hari dah dibenarkan keluar hospital tetapi perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Ampang Puteri dengan pakar jantung.
Isnin saya ke Ampang Puteri, pertama kali menjalani rawatan di sini...sepatutnya dengan Dr Ismail tetapi disebabkan bercuti ganti dengan Dr Thiru.
Pertama kali juga menjalani rawatan echotheraphy . sama seperti scan ultrasound...tetapi di bahagian jantung untuk mengetahui sebarang keganjilan pada jantung. Alhamdulillah semuanya ok...tiada masalah jantung. Lega sangat...
Sekarang saya masih dalam cuti selama seminggu ...so minggu depan Isnin baru bekerja. Saya memang jarang demam tapi demam kali ni mmg Tuhan suruh saya berehat sepenuhnya. Lupakan sekejap kerja-kerja di pejabat tuh.
Dengan revemp lagi huhuhu tu yg berserabut kepala. Ditambah pula dengan tak cukup tidur disebabkan menyelesaikan kerja-kerja pejabat di rumah pada waktu malam. Minggu ni pula Rabu-Jumaat sepatutnya pengasuh saya minta cuti mmg pening juga kepala memikirkan ke mana mahu diletakkan anak-anak saya disebabkan cuti semua staff dibekukan sepanjang Disember ni. Itulah penambah kepada keadaan kesihatan yg tidak baik. Nampaknya perancangan Allah mengatasi segala-galanya....diberi demam supaya saya berehat sepenuhnya....diberi demam supaya saya tidak perlu memikirkan ke mana mahu diletakkan anak-anak 3 hari ni. Perancangan Allah lebih bagus drp apa yang kita fikirkan..DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk saya. AMIN.
1 comment:
take care yaa ...
Post a Comment