Sunday, December 30, 2012

persekolahan baru gambar pun baru

 Mulakan tahun baru, persekolahan baru mesti sediakan dengan gambar-gambar baru. Jadi dah siap gambar pasport anak-anak. Termasuk juga gambar si kecil nak juga hehheheheh

.
 Gambar kakak. Abahnya tanya nape pakai sepit tu...alahai mamanya lupa nak tanggalkan. hehhehe tak apa kot cikgu untuk simpanan jerkan. huhuhuhu...

 gambar Fahim untuk simpanan di tadika dan buat kad. Sebelum nak ambil gambar dia tanya mama nak senyum macam mana ni Fahim tak tahu. Lastnya jadilah gini yer...



Ohh nie pula gambar si kecik Fayyadh. Good boy pandai bergambar...


Terjumpa gambar lama Fahim masa 5 bulan....sama tak muka macam fayyadh???



Wednesday, December 26, 2012

Tak sabar pakai uniform sekolah

Alahamdulilah dah selesai membeli barang keperluan kakak untuk masuk tahun satu 2013 nanti. Mula-mula beli kat laman Seri Bangi kedai yang jual pakaian & barang sekolah tapi baju saiz kakak semua dah habis. Jadi hanya beli kain, kasut, stokin, kain sekolah agama dan alat tulis.

 Nielah hasil bershopping petang tadi. Ehh boleh tahan juga RM bershopping untuk sorang anak.

 Kakak Durrani dah tak sabar sangat nak sekolah. Balik terus cuba baju. Suka..suka katanya. Lepas tu terus minta nak kapurkan kasut sekolah pada hal dah putih pun. Saja  nak mencuba jer tu. Teruja tgk kapur kasut agaknya.

Close up sikit. Tudung susah sikit nak cari sebab banyak yg besar. Ni ada kat PKNS Bangi. oklah untuk dia.
 Kakak dan adik Fayyadh.

 Senang bawa si kecik ni jalan. Ramai nak tolong pegangkan dia...hehehhe..

lepas dah penat tido dalam kereta. Mmg penat sangat nampaknya sambil jalan pun dah tertidur dah.

p/s: 31 Disember ni ada orientasi untuk ibu bapa dan anak. Mak bapak pun tak sabar bila anak masuk tahun satu. Kejap jer rasanya masa berlalu.


Saturday, December 22, 2012

gambar baru

Wajah-wajah kesayangan...beginilah yer kalau ada anak kecik setiap masa nak diabadikan gambar dlm blog supaya jd tatapan dia bila besar nanti paling penting gambar tak hilang. maklumlah zaman digital ni manalah sempat nak cuci semua gambar. kalau tak ada blog alamat hilanglah gambar-gambar semua.
Simpan gambar-gambar terbaru Fayyadh dan anak-anak dalam blog supaya tak hilang hehheheh...layan jerlah...eekkk


riak wajah yg berbeza...

mau ke mana....


rileks dulu

senyum senget

cak...aaa

naper tu??

serius nampak??
 PS: semua ni di masa usia 5 bulan....

pelancaran Mamee Chef baru

Rabu kepas menghadiri pelancaran Mamee baru perisa tomyam..MAMEE CHEF...

Inilah bungkusannya..cantikkan? jarang makanan menggunakan bungkusan hitam selalunya kuning, merah dan warna-warna ceria. Nampak lebih eksklusif dan Internationaly. Mamee Chef ni menggunakan resipi yg dihasilkan oleh chef Ismail.


Ok..apa bezanya ya....ada 3 bungkusan di dalamnya sayur& udang, soso tom yam dan perisa. Bg penggemar makanan segera ni mgkin boleh nikmati rasanya yg berlainan. Serius..rasa tom yam ni mmg macam yg kita buat sendiri kat rumah..ada umphhh kata org.
Saya sendiri bukan penggemar makanan segera sangat tapi bila rasa mamee tom yam ni eehhmmm oklah anak-anak saya yg tak suka makan makanan segera ni pun terus suka makan semangguk kejap jer habis.
lepas tu " mama esok buat lagi tak" hehheheheh...nasib baik dapat percuma bolehlah...buat lagi.
Saya kata tak elok tau budak2 makan banyak2...mama dulu dah masuk U baru makan tau...

lepas tu ada sayur-sayuran dan udang di dalamnya....inilah bezanya dengan makanan segera jenama lain. Yg penting sedap.....oh tahap kepedasannya pun ok maksudnya budak2 pun boleh makan dengan jayanya hehhehhe...


Thursday, December 20, 2012

Hadiah dari pengasuh

 Minggu lepas 3 hari pengasuh minta cuti sebab nak pergi bercuti dengan famili dia. Mmg setiap tahun bulan 12 adalah masa dia bercuti. Kebetulan pula masa tu saya MC dua minggu so dapatlah pengasuh pun bercuti lebih seminggu.

 Tahun ni bila ditanya pergi mana....utara tanahair jer..ke Pangkor, Pulau Pinang sehingga ke Perlis. Bila balik macam2 dibelikan untuk budak-budak. Di antaranya makanan kat atas nie.


 baju untuk budak-budak mesti ada kalau pergi bercuti. Kali ni untuk mama pun ada juga tambah untuk Fayyadh.


Setiap sorang dapat dua pasang baju. Terima kasih yer  Mak Ida sebab belikan baju budak2. Fahim kata," Mak Ida bg baju cantik. Jomlah mama pergi Pangkor mama. Sonok...."

p/s: belum dapat bawa budak-budak ke mana-mana lagi cuti pun dah nak habis nie. Cuti dibekukan pula tuh. Alahai...


Sunday, December 16, 2012

Fayyadh

Susah bebenor nak ambil gambar Fayyadh meniarap..nie baru dapat. hehhee tu pun puas kejap jer dah nangis.

 Tengok gambar sudahlah yer...Ni dah penat sebab tu nangis.

 Masa ni ok lagi maintain...cun..

 Alahai....anak mama Dahin Fayyadh.

 Sekarang ni bila ajar tidur buai bangun tengah-tengah malam tiba-tiba nangis macam tak puas tidur. Selalu ok jer...tapi tidurkan juga di bawah sebab tak nak biasakan malam tidur buai. Melalak jugalah tengah-tengah malam.


Yeah...dah 5 bulan fully breastfeed..chayok-chayok...untuk capai target 6 bulan dan setahun.


Friday, December 14, 2012

baki stok susu Fayyadh


 Stok susu yang masih berbaki setakat ni. Ini pun ada yang saya sudah buang sebab dah lebih drp 3 bulan.sayang mmglah sayang tapi dah lebih drp tarikh yg sepatutnya.

3 malam di wad inilah susu penyelamat..nasib baik banyak simpan stok yang boleh diberikan kepada Fayyadh sepanjang di rumah mak Ida.
Dua hari di wad juga saya tidak menyusukan Fayyadh selepas mendengar nasihat doc. Katanya antibiotik terlalu kuat ditambah kuman di dalam badan terlalu banyak menyebabkan susu tidak boleh diberikan kepada bayi akhirnya saya hanya mengepam dan membuang saja sebanyak 4 botol pada hari pertama. Akibat tindak balas antibiotik susu tu juga berubah warna sedikit kebiru-biruan. Pada hari kedua juga saya membuang sebanyak dua botol susu.

Pada hari ketiga barulah saya berani menyusukan secara direct itu pun sebelum diberikan antibiotik terakhir pada malamnya. Mujur Fayyadh tidak menolak dan menyusu seperti biasa.
Sepanjang kat wad juga susu sedikit kurang mgkin juga kesan ubat-ubatan yang terlalu kuat. Sekarang ni alhamdulillah back to normal walaupun masih lagi meneruskan ubat alahan, cairkan kahak dan sedut untuk asma. Kadang-kadang fayyadh macam menolak juga untuk menyusu rasa lain barang kali...tapi lama-lama dah lapar dia menyusu juga.
Stok susu untuk Disember mmg sangat kurang ...rasanya cuma dalam 2-3 paket saja...huhuhuhu...mmg tak sempat untuk menyimpan dan perlu menghabiskan susu untuk Oktober kalau tidak samalah....kena buanglah nampaknya.


Thursday, December 13, 2012

Fayyadh 5 bulan

Hari ni bawa Fayyadh timbang dan cucuk 5 bulan wpun dah lewat seminggu. Sebabnya minggu lepas saya tak sihat dan masuk wad jadi tak sempat nak bawa minggu lepas.

 Alahai gambar terbalik ler pulak. hehehhehe...
Menangis ler juga kena cucuk..ala-ala sikit jer...


 Berat pun tak naik banyak sangat 6.5 kg untuk 5 bulan.


 tengah lasak sekarang nie...dah boleh meniarap tapi malasnya dia nak meniarap.

 sayang bucuk mama....

hari ni juga cuba-cuba masukkan dia dalam buaian. Tak meragam pun tapi disebabkan asyik terjaga-jaga jer kalau tidur bawah. Nak dapat 1 jam tidur pun susah. Kalau masuk buai ni dapatlah juga 2 jam  lena sikit.

Seronok tengok Fayyadh lena dalam buai. Tapi abang Fahim pula asyik kacau bila dia nak tidur.

follow up di Azzahrah Bangi



Semalam buat follow up check up di Pusat Rawatan Islam Azzahrah Bangi. Alhamdulillah dah ok cuma masih batuk dan masih ada bunyi  kat paru-paru. Doc kata kuman tu masih ada sebab itu masih ada asma.
Jadi dapatlah ubat sedut untuk asma, batuk, cairkan kahak dan alahan paru-paru. Dah tua-tua ni pula kena asma dulu kena masih kecil jer.
Minggu depan Isnin ada follow up lagi kalau masih ada bunyi mungkin kena buat chest x-ray lagi. Nampaknya doc mmg betul-betul nak pastikan semua ok..tiada batuk, tiada asma lagi.

Alahai badan cepatlah sihat.




Tuesday, December 11, 2012

3 malam di wad

 Macam-macam berlaku sejak 2 minggu lepas. Alhamdulillah sekarang ni kesihatan semakin baik. Syukur Tuhan masih memanjangkan usia dan memberikan kesihatan yang baik. Amin...amin.
Sebelum ni risau dengan kesihatan mak di kampung yang sudah 2 minggu demam tak kebah-kebah. Nak dibawa ke hospital tuan punya badan sendiri tidak mahu. nasib baik ada adik dan kakak yg menjaga di kampung.

 Balik dari melawat mak di kampung badan masih ok. Mungkin juga kerana terlalu penat dengan kerja dan asgment setiap hari hari Ahad dan mula batuk dan pening kepala. Tapi gagah juga bekerja kerana ada asment. malas kiranya mahu menukar kepada tarikh lain. Faham sajalah...apabila sudah membuat temu janji yang membabitkan org lain. Tapi Isnin tu demam semakin teruk tambah pula apabila kena hujan pada waktu petang menyebabkan kepala semakin berat dan badan semakin panas. Akibatnya esoknya suhu badan mencecah sehingga 39 darjah celsius sehingga diberikan injection oleh doc dan MC 2 hari.
Kata doc jika tidak kebah Khamis perlu menjalani ujian darah...tapi belum masuk khamis petang rabu badan sudah mula menggigil. Sejuk sampai ke tulang diikuti sesak nafas di bahagian dada. Mmg perit dan sakit, ditambah pula dengan muntah. mgkin sebab angin tak makan sepanjang hari.
Akhirnya suami membawa ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah di Bangi.
selepas ujian darah dilakukan didapati platlet darah sangat rendah dan berkemungkinan denggi. terpaksalah dimasukkan ke wad.


 tambah air sehingga 2 botol diikuti 2 botol keesokan harinya. Esoknya sekali lagi darah diambil alhamdulillah bebas denggi dan efluenza A. Cuma mmg disebabkan demam, batuk dan asma.

 Hingga hari terakhir 6 botol air dimasukkan...sepatutnya ada lg sebotol tetapi kedua-dua belah urat tangan sudah membengkak sehingga antibiotik terpaksa dimasukkan terus menerusi urat tangan. Sakitnya ...huhuhuhu mengalir juga air mata menahan sakit.

 Selain saya yang demam fahim juga turut batuk dan demam. Mujur dia tidak meragam. Dua malam di hospital bersama saya. fayyadh juga malam sebelumnya sudah demam mujur sekejap saja. Dua malam dia dijaga pengasuh Mak Ida. Alhamdulillah sabtu tengah hari dah dibenarkan keluar hospital tetapi perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Ampang Puteri dengan pakar jantung.


Isnin saya ke Ampang Puteri, pertama kali menjalani rawatan di sini...sepatutnya dengan Dr Ismail tetapi disebabkan bercuti ganti dengan Dr Thiru.


 Pertama kali juga menjalani rawatan echotheraphy . sama seperti scan ultrasound...tetapi di bahagian jantung untuk mengetahui sebarang keganjilan pada jantung. Alhamdulillah semuanya ok...tiada masalah jantung. Lega sangat...


Sekarang saya masih dalam cuti selama seminggu ...so minggu depan Isnin baru bekerja.  Saya memang jarang demam tapi demam kali ni mmg Tuhan suruh saya berehat sepenuhnya. Lupakan sekejap kerja-kerja di pejabat tuh.
Dengan revemp lagi huhuhu tu yg berserabut kepala. Ditambah pula dengan tak cukup tidur disebabkan menyelesaikan kerja-kerja pejabat di rumah pada waktu malam. Minggu ni pula Rabu-Jumaat sepatutnya pengasuh saya minta cuti mmg pening juga kepala memikirkan ke mana mahu diletakkan anak-anak saya disebabkan cuti semua staff dibekukan sepanjang Disember ni. Itulah penambah kepada keadaan kesihatan yg tidak baik. Nampaknya perancangan Allah mengatasi segala-galanya....diberi demam supaya saya berehat sepenuhnya....diberi demam supaya saya tidak perlu memikirkan ke mana mahu diletakkan anak-anak 3 hari ni. Perancangan Allah lebih bagus drp apa yang kita fikirkan..DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk saya. AMIN.




Graduation day Smart Reader Kids

28 Nov lepas Graduation Day Smart Reader Kids Bandar Baru Bangi. Tahun ni excited sikit sebab nak tengok kakak buat persembahan coral speaking dan dia terima hadiah.

 tempat di GMI bandar baru bangi. Majlis bermula jam 10 pagi tapi datang pun dah lambat sikit tapi masih belum mula.
 banyak persembahan kanak-kanak...tarian...pintomin, sajak. Comel jer bila tgk budak-budak menari.

 tahun ni persembahan banyak yg berunsurkan Islamik. sangat bagus...compare tahun lepas.

 tarian ...
 coral speaking 1 Malaysia

 tarian lagi...
 fahim yang dah bosan..

 persembahan kakak...coral speaking we love our teachers

kakak durrani dua dr kiri...

 close up sikit...


tahun lepas menari kali ni lain sikit...


 upacara penyampaian hadiah..dapat no 2 dalam kelas...

 ini jerlah gambar yg sempat snap.

 tahniah yer kakak durrani..