Saturday, August 6, 2011

ISU GEREJA METHODIST - APA DAH JADI DENGAN ORANG MELAYU ISLAM HARI INI?

APA DAH JADI DENGAN ORANG MELAYU ISLAM HARI INI?




(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup mencari makan di gereja!)

Dulu aku pernah menemuramah seorang wanita yang digantung tidak bertali lantaran suami meninggalkannya. Dia mempunyai 4 anak dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Pernah satu ketika dia menyelongkar bakul sampah untuk mencari sisa makanan buat mengalas perut. Dia pernah turun naik beberapa jabatan untuk mendapat bantuan namun tidak dilayan.
Kemiskinan menyebabkan dia hampir-hampir kufur apabila dia mendapat bantuan drp pihak gereja dengan syarat harus mengikuti aktiviti di gereja. Namun wanita ini berhati kental biarlah miskin biarlah terpaksa makan sampah namun tidak sesekali dia menerima sumbangan daripada pihak gereja dan tidak akan mengikuti aktiviti di gereja.

Aku hampir menitiskan air mata mendengar kata-kata wanita ini yang mempunyai semangat kuat dalam mempertahankan kesucian agama Islam.

Kisah ini bukan yang pertama malah ada beberapa keluarga yang miskin terutama ibu tunggal, yang aku temui amat mudah menerima bantuan kewangan daripada pihak Kristian lantaran mereka mempunyai wang yang banyak dan amat mudah memberikannya kepada orang Islam. bagi ibu tunggal yang sangat memerlukan wang sudah tentu mereka bersetuju dengan syarat diberikan asalkan mereka mendapat wang.

Sebab itu aku tidak hairan dengan jawapan diberikan beberapa pengikut beragama Islam dalam serbuan Gereja Methodist di Damansara oleh pihak JAIS baru-baru ini yang memberitahu dia sudah menerima bantuan bernilai RM20,000 sejak setahun lalu. Malah lebih 100 ibu tunggal beragama Islam menghadiri setiap majlis anjuran kumpulan ini.

Benarlah kata orang kemiskinan boleh menyebabkan seseorang itu kufur, namun walau miskin sekalipun janganlah sehingga sanggup menggadai agama. Walau apa juga pendapat atau alasan diberikan semua itu tidak dapat diterima.

Apakah rasionalnya mengikuti majlis di gereja yang pastinya adalah majlis keagamaan Kristian?? dan dibuat dalam bulan Ramadan yang mulia ini??? mereka ini dikatakan menghadiri majlis berbuka puasa di gereja??? tidak adakah tempat lain sekiranya NGO bukan Islam ini ingin membantu??? Ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan.

Janganlah dijadikan alasan bahawa kehadiran seseorang Islam ke sesuatu majlis anjuran bukan Islam bukan bermaksud untuk memurtadkan orang Islam. Kita faham dan kita bukannya bodoh untuk memahaminya! Soalnya sekarang ialah antara "12 orang Islam" - dalam bulan Ramadan" - "gereja".

Agama Islam tidak boleh diperdolak dalikkan...
Jika orang Islam yang tidak menjaga kesucian agama Islam siapa lagi???
Buangkan rasa untuk mempolitikkan sesuatu perkara terutama Agama Islam kerana ianya adalah perkara yang sangat penting dan patut didahulukan melebihi semua perkara. Jangan pula lebih ramai umat Islam terpesong akidahnya dek kerana gelap mata dengan duit.


P/s: sedih dengan nasib org Islam ini sendiri. Lebih menyedihkan apabila perkara yg sepatutnya disanggah atau dihalang namun disokong pulak sesetengah pihak demi menyelamatkan kerjaya politik mereka. Orang Melayu Islam pula janganlah terlalu bodoh sehingga dipandu orang bukan Islam….Biarlah kita bodoh dalam urusan pengurusan dunia tetapi janganlah bodoh sehingga tidak tahu membezakan mana yang perlu dilakukan dengan mana yang tidak dalam hal kepentingan beragama.

6 comments:

kasihibu said...

rynas, bulan lepas akak berurusan dgn orang asli, bila tanya pasal agama kan
org tu jawab " dulu islam sekarang dah murtad"

sedih sangat, entah berapa ramai yg dah jadi macam tu kan?

Yan said...

err tu gambar edit ke betul2 kak???

mintak2 dijauhkanla perkara2 sebegini dari ahli keluarga, saudara mara mahupun rakan raulan kite semua..

Anonymous said...

Menyedihkan dan menakutkan! Nauzubillahiminzalik..

rynas said...

sayangibu: aahhh sedih sangat tapi mmg ramai pun org masuk islam kemudian murtad.

yan: gambar tu betul tapi bukan kat malaysia negara jiran kita jer. tulah mintak simpang malaikat 44 kata org...

Eis: menyedihkan masa baca paper..rasa sebak pun ada..nipisnya iman kita sebagai Islam.

wahida said...

ish...nauzubillah..jauhkan lah drp anak2 dan keluarga kita...

astaghfirullah..

salam kenal...

FRAYZER DA GREATZ said...

Memang menjadi suatu ketakutan mana2 pihak apabila perkara sensitif seperti ini dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Namun demikian, berfikir wajar dan adil akan lebih aman dan tidak ada unsur yang tersirat di sebalik bantuan yg diberikan terhadap golongan yang papa... mempersalahkan satu2 pihak tidak menguntungkan malahan seperti menyimbah minyak di api sahaja... Kristianiti bukan suatu yg menakutkan tetapi isu yg dipanaskan sahaja menyebabkan ramai pihak terutama Melayu rasa tergugat... Islam suatu agama suci bagi penganutnya..ianya sama juga bagi Kristian adalah suci bagi penganutnya... Memandang serong mana-mana agama tidak akan membawa kepada kebaikan malahan boleh meruntuhkan iman pribadi sendiri.. Perkuatkan dan perteguhkan iman sendiri dgn agama masing2 tidak akan tergugat.... Kasih itu Besar maknanya.. saya tidak mahu menyokong mana2 pihak tp sendiri mau ingat saja... semuanya adalah rencana Tuhan dalam diri kita