Sunday, September 5, 2010

kenangan raya dulu-dulu


Dulu masa kat kampung lagi seminggu nak raya tak sabar sangat rasanya menunggu,
Masa tu mak dah buat kerahan tenaga....adik-beradik yang ada kat rumah time tu dibahagikan tugas. Kena lap semua cermin tingkap atas dan bawah. Kalau ada 20 tingkap semuanyalah kena lap. Guna sabun okey..sampai berkilat. Lepas tu kena bersihkan sawang-sawang kat siling dan dinding rumah. Bersihkan semua bilik tidur, lipat semua baju cantik-cantik. Mop lantai sampai berkilat, kat halaman rumah sapu sampai bersih, sampaikan satu rumput pun tak ada yang tumbuh. Pendek kata masa inilah rumah dihias cantik dan bersih daripada kotoran.

Untuk sesi membuat biskut raya pulak, start dari minggu terakhir tu dah siap tulis bahan-bahan untuk dibeli dan bermulalah sesi membuka buku resipi. Biasanya sampai 10 jenis kuih. dibuat bermula pagi sampai ke malam dan bersambung ke sahur pula. Kadang-kadang sampai 14-15 jenis biskut belum masuk kerepek dan maruku lagi. Kalau jiran-jiran tanya dengan bangganya berkata," adalah dekat 10 jenis dah siap kuih," bangga di situ. Memang sangat risau kalau biskut raya tak buat. Sambil buat biskut sambil dengar lagu raya pergghh bertambah lagi semangat nak raya.

Dulu juga 'gila'menghantar kad raya kepada kawan-kawan. Walaupun kawan2 sekolah dan sekampung. Kalau posmen datang mulalah meninjau-ninjau ada atau tak kad raya. Lagi banyak kad raya diperoleh makin 'kembang kuncuplah hidung'. Macam artis pulak...tapi sekarang nak dapat kad raya satu pun susah...semua kad dikirim menerusi SMS dan Emel sahaja.

Bila malam 27 likur menjelang mulalah kumpulkan semua pelita, isi minyak tanah dan dipasang di semua pokok keliling rumah. Ditambah pula dengan lampu lip lap...seronok sangat. Masa tu memang tak sabar nak beraya nak tunggu lagi 3 hari rasanya macam tiga minggu.

Bila malam raya, yang paling seronok bila dapat main mercun dan bunga api. Lepas tu ada pulak budak2 main meriam kabat berdentam dentum bunyinya bila dicucuh pada batang paip besi. Tapi masa dulu walaupun main meriam buatan sendiri mana ada kes tangan dan jari putus seperti sekarang. Main ler sepuas-puasnya. Tak ada saper nak larang atau polis yang datang.

Malam raya juga paling sibuk menukar langsir dan sarung kusyen baru. kalau boleh semuanya ditukar baru atau dibersihkan menjadi seperti baru.

Tetapi sekarang hari raya dah sedikit berubah, sekarang ni bukan ditanya berapa jenis biskut dah siap, tapi banyak ke beli biskut raya. Baju raya dan beli berapa pasang. Lampu pelita pun dah jarang dipasang di kampung-kampung diganti dengan lampu elektrik sahaja. Anak-anak pun tak tahulah sama ada masih merasa semangat nak beraya seperti mana kita dulu. Kalau hari raya pertama tu pusing satu kampung berjalan sendiri jer..kumpul duit raya....walaupun nilai diterima dulu hanyalah 20 sen tapi sangatlah besar. Tapi anak-anak sekarang, berjalan hanya dengan ibu bapa sahaja atau pun ada yang lebih suka menonton TV daripada beraya.

Masa semakin berubah, kesibukan bekerja tidak sedar ehh..ehhh dah 25 hari puasa minggu depan nak raya.. kejapnya masa berlalu," memang tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Ramadan semakin mengakhiri dan Syawal akan menjelma. Bila dikenangkan zaman kanak-kanak dan remaja di kampung ketika menyambut raya langkah indahnya. Zaman yang tak akan berulang sampai bila-bila, hanya menjadi kenangan terindah, sepanjang hayat.


12 comments:

Izan Ishak said...

hi rynas...mmg tak sama raya dulu ngan sekrg kan.
kenangan rynas ngan izan lebih kurang sama...seronok sgt bila teringatkan momen raya masa kecik2...

rynas said...

yer Izan sampai sekarang ni dok teringat2 lagi zaman raya dulu2 best sangat. Tapi anak2 kita tak dapatlah merasa moment gitukan

Ena said...

betul la kan skrg feel raya dah lain sangat2.. nasib baik pernah merasa bertapa seronoknya bulan puasa dan excited nya nak raya.. skrg pulak bila nak raya perisapan tu memg la kita buat tapi feel tu mcm tak beria mcm dulu.. huhu..

rynas said...

ena betul tuh..feel tu dah kurang tak macam dulu2kan..menunggu hari raya tu cam menunggu bulan jatuh ke riba cewahh

kasihibu said...

suasana sekarang dah berubah..
kadang tak sedar pun dah nak raya, dan sedang menyambut raya selepas sembahyang raya tu kan?

en_me said...

selamat menyambut aidilfitri akak rynas ittewww..

♥MAMASYAZA♥ said...

zaman kanak2 dulu memang meriah kalo nak beraya, tp sekrg ni, kad raya pun dah tak banyak dijual.
akak dah buat kerahan tenaga pun, en. abah kena cuci semua kipas, vacuum umah n tukar langsir.
anak2 kena kemas bilik masing2 biar nampak kemas..hehehe

MummySuri said...

zaman sekolah dulu paling best dapat kad raya artis...hehehe. skang ni nak tengok artis pon dah malas...

ibu wawa said...

zaman semakin berubah, harapnya kita pun berubah ke arah yang lebih positif...

rindu nak pasang pelita panjut.

mak encik | SZ said...

walaupun penat masa tu, bila diingat memang kenangan manisss sgt kan...

psst: ada e-kad raya utk cik rynas, sila la amik ye :)

Zaidah said...

klu bleh memang nak balik mcam zaman dulu...seronokkan dapat beraya satu kampung...klu sekarang nie gie raya sesorang taku plak kena culik..

LYaFRINA said...

rYNAS...
betul tu..skrang dh x semeriah dulu.. cth.. kalo dulu2 kat kaw perumahan penuh org pasang pelita.. ni kat kg pon susah nk tgk org psg pelita.. tp bru2 ni lya tnmpak kat sebuah kg mak sedra.ada beberapa buah rmh y psng pelita...

n lg satu.. skrang dh xde org berebut nk beli kad raya mcm dulu.. tbiar sepi jer...

SALAM AIDILFITRI BUAT RYNAS N FAMILY..
MAAF ZAHIR & BATIN