Thursday, September 23, 2010

aduhai lappy..


Hidup rasa tak sempurna jer sejak cik lappy@ Dell berada di klinik. Hampir empat hari berada di sana. Rasa sunyi jer hidup tanpa bertemankan lappy. Bilalah nak sembuh cik Lappy oohh..dan paling penting dan menggusarkan jiwa berapakah agaknya bayaran sepanjang rawatan dikenakan. Ohh tidak..berhabis duit lagilah nampaknya ya. Tak mengapalah demi untuk cik lappy tersayang.

Lepas ni akan dipastikan supaya si kecik dua orang tu tidak lagi mempergunakan cik lappy sewenang-wenangnya..dengan mengetuk keyboard, menutup dengan kuat dan duduk di atas lappy ohh tidak lagi. Semuanya gara-gara mereka lappyku terlantar di klinik..dan salah aku juga kerana membiarkan lappy di meja dan meninggalkan begitu sahaja....dan kesudahannya badannya mula sakit dan rosak.

Di rumah terpaksa pula berkongsi menggunakan lappy husband. Tetapi sudah menjadi haknya...24jam lappy ditangannya..tanpa memberi peluang isterinya menggunakannya. Ni pun sempat curi sekejap nak update blog huhuhuhu..

Tak mengapalah menurut kata doktor yang merawatnya..mungkin esok atau lusa lappy siap sepenuhnya...sediakan duit sahaja ya..alah tak mahal anggaran RM250 lebih sedikit atau terkurang nanti akan diberitahu kemudian.

9 comments:

Yan said...

samela ngan qis...
suke ati dia jek nak pijak2..
pastu tutup bukak tutup bukak..
ntah lame ntah tidak hayat lappy kite ni.. utangpn lum abis bayar heheh

rynas said...

Yan..tulah budak2 mmg pantang tgk laptop macam2 dia org nak explore.

Mama Rizqullah said...

Hehehe...Rynas,samalah ngan cik hubby saya,klu lappy kita leh je dia pakai anytime...klu lappy dia..susah betul kita nak gunakan...

Rizziela said...

samalah mcm kes saya..tapi lappy saya masih sihat...lepas ni kena xtra jagalah..kalau dah masuk klinik..memang payahlah

suhida said...

haa kak.klu saya,mmg razi izzat tu dah kena sedas kat tgn.tak berani kak..laptop suami.hehe..kang rosak..sy jugak yg kena..huhu..

Cikgu Liza said...

Beli yang baru..yang tgh sakit tu bagi kat anak2...cadangan bernas dari sahabatmu...

♥MAMASYAZA♥ said...

pc akak pun dah mula buat hal, gara2 bebudak kat umah d/load game, kena hantar baiki gaks tu

ckLah @xiiinam said...

Tak ada netbook ckLah ni...boleh meroyan!

:)

ibu wawa said...

apapun lappy tu memang tahan lasak kan???

semoga dirimu ceria kembali berblog bersama lappy kesayangan.