Sekarang ni lepas raya masing-masing nak update pasal berat badan yang terlebih. Macam aku juga timbang hari tu..alahai naik banyak ni. Rasa pun bila jalan macam dah berat jer nak bawa badan jer. Haruskah berdiet..walaupun ada yang kata, " mana ada berisi..maintain jer" tapi bila timbang naik 2,3 kg tu beb. Dan paling buat aku rasa nak berdiet sikit (sikit jer) sebab Durrani dah pandai bg tau, " MAMA..MAMA dah BONCIT yer????"
Korang bayangkan bila anak yang baru berusia 3 tahun mengatakan dengan jujur yang mamanya dah buncit..apa perasaan anda?
dengan malu-malunya sambil cover perut..."ALAH..MANA ADA BUNCIT...
pastu dia dok ulang lagi, "mama boncit...mama boncit...." ishhh..dah ler skang ni dia rajin bercerita...kalau dia cerita kat baby sitter aku tak ke malu aku oiii...haruslah nak kurangkan lemak2 sikit bahagian perut nie. Ttp yang susah ni aku kan bersalin csert tak penah pakai bengkung, bertungku semua sebab itulah faktor telah membuncitkan perutku. dah try pakai gedle ttp tak bolehlah..lemas..pastu bila makan senak perut jer.
jadinya untuk berdiet secara senyap dan tidak keterlaluan terutama mengempiskan perut..aku elakkan ler makan nasi malam. ker..sebab malas nak masak..ada jugaklah gitu. jadi sebelum balik kerja tu minum petang ke kat opis atau makan yang ringan-ringan jer. Jadi bila malam dah kenyang...adakah ini berkesan tunggu dan lihat...
Friday, October 23, 2009
happy birthday Durrani Fatihin
Hari ni 23 Oktober 2009, genaplah usia Durrani 3 tahun. Cepat jerkan dah tiga tahun.
"selamat hari jadi Durrani Fatihin, moga panjang umur, cepat besar dan jadi anak yang bijak dan solehah. AMin"
Pagi-pagi lagi bila bangun ...dia tanya "mama nak kek" aisey men...anak aku ni buat aku terkelu sebentarlah...bukan apa cadangnya nak balik kampung PD nanti barulah nak beli kek sambut dengan anak buah kat sana ramai-ramai sonok sikit. jadinya idoklah kami membeli kek untuk dia hari ni...ker patut beli??? cam kesian ler pulak...
sebenarnya dia teruja sebab minggu lepas sepupu dia kat Selayang tu sambut birthday tiup lilin. Bila balik rumah dia sebut-sebutlah...nak kek dan lilin macam kakak. Ohh aku kata tunggulah bila birthday nanti...jadi bila kami dok sebut-sebut birthday dia Jumaat hari ni..dia ingat ler.
Citer sikit perkembangan bila dah 3 tahun ni. Sekarang nie dah pandai main dengan adik, kalau dulu asyik nak gaduh jer bila main sekarang ni dah kawan elok-elok, baik-baik..main sama-sama. Agaknya dia rasa dah besar kot. kalau naik lift tu cepat2 pegang tangan adik..takut adik keluar dulu, jatuh ke apa ker. Dah nampak sifat seorang kakak. Dah bahasakan diri dia pun kakak sekarang nie. Makin rajin bertanya itu dan ini, sampai letih nak menjawab...mama ni apa..mama tu apa..mama apa nie...kenalah jawab satu2 bg clear kalau tak dok tanya itu jer.
Rajin pulak mengadu pasal adik, "mama fahim kan..buat kakak, gigit kakak, "mama tadi fahim buat" "mama fahim buat baby Azam (baby kat umah baby sitter)" rajin dah mengadu minah ni. Kalau nak tanya apa-apa kat umah baby sitter..tanya dialah. Sangat suka baca buku walaupun tak pandai baca lagi..akhirnya aku yg kena baca.
Itulah saja nnati update pasal birthday pulak yer...
p/s: nak kembalikan kerajinan menulis blog selepas 'semuanya' selesai sudah!!!!!
Wednesday, October 14, 2009
sunyi tanpa TV
Dah lama tidak merasa rumah sunyi drp suara televisyen. Semalam selepas pulang ke rumah seperti biasa Durrani bersuara, "mama TV osak lagi ekkk??" kata Durrani sambil memandang wajah aku dengan penuh confident.
"Ehhmm..rosak lagi. Abah tak sempat nak hantar baiki. malam ni tak ada Fukuchan, tak ada Hagemarulah yer," kata aku. Kasihan pula melihat wajahnya yang seakan hampa untuk menonton kartun kegemarannya. Mujur dia faham..."Aim bg TV osak kan mama?" katanya berulang kali apabila aku jelaskan yang TV di rumah rosak tidak sempat dibaiki.
Baru 2 hari TV rosak hidup sudah tidak keruan... Terasa malam agak panjang, tambah2 anak-anak yang sering merengek minta dilayan. Jika tidak biarkan sahaja mereka melayan TV. Bagaimana orang miskin yang tiada Tv kan???? masih ada lagi ker..di rumah orang yang tiada peti bersegi empat itu sedangkan TV sudah menjadi barang keperluan.
Oleh kerana tiada TV, semalam aku terpaksa melayan mereka bermain basikal, membaca buku, melihat video game di laptob..si adik pula tidak habis2 memanjat. Tv rosak juga kerana kerja tangan comelnya yang sangat kreatif. Sejak sudah pandai menekan remote control dan menekan punat setiap hari di on dan di off nya Tv. Dikuatkan volume dan diperlahankan, ditukar chanel sepanjang masa sehingga menimbulkan pergaduhan dua beradik itu. Disimpan remote ditekan punat manual pula. Akhirnya sebulan sebelum itu TV mula meragam. Tapi masih boleh ditonton sakitnya tidaklah sehingga perlu dimasukkan ke ICU.
Dan sejak Fahim boleh berjalan dan bijak memanjat rak TV; walaupun sebenarnya kakinya masih belum sampai ke atas, tetapi dia bijak...dibukanya laci paling bawah lalu dipanjat menerusi dari dlm laci ke satu laci....dan akhirnya sampai ke atas rak.
Apa lagi aktivitinya jika tidak mengetuk-ngetuk TV dgn apa sahaja barang di tangan. Jika di letak ke bawah..naik semula begitulah setiap hari..sehingga akhirnya TV yang dibeli hampair 4 tahun lalu putus nyawanya dek kerana tangan kecil itu.
Semalam Fahim selepas agak bosan bermain basikal, sambil menghulurkan remote TV, dan berkata "IVI..." dengan harapan dia boleh menonton TV seperti biasa. Alahai anakku...

Wednesday, October 7, 2009
makan di rumah kak long
Ini makan-makan kat rumah kakak Ahad lepas. jemputan adik beradik jer Majlisnya petang sampai le ke malam.
Sebelum tu aku ngan kak tija pegi kenduri dulu di Keramat, cucu kepada Tokteh yang kahwin. Kuar rumah jam 1.30 dan sampai rumah kenduri jam 3 petang. hehhehe penat mencari rumah disebabkan tak dapat map yg lengkap tersesat ler...nasib baik sampai juga.
Lepas dah makan2 jumpa tuan rumah sedara mara...barulah gerak ke rumah kak long. lebih kurang jam 5 petang gitu. sampai jam 5.30..
ni antara menu yg disediakan kak long.

Dia masak mee kuah. Ini kuah mee rasanya...
jamuan raya jelita
Cerita yg dah agak basi ttp nak masuk jugak. sebab masih dlm mood raya. Minggu lepas makan-makan anjuran majalah Jelita. jadinya pembahagian membawa makanan telah dilakukan dan aku spt biasa kena bawa nasi himpit dgn kuah kacang ler.
Sebenarnya tak ler nak menjemput org lain ttp cam tak best pulak kan jadinya Jabatan lain pun join sekali meramaikan majlis.
Sesi bergambar yer bersama warga kerja Jelita..
Sebenarnya tak ler nak menjemput org lain ttp cam tak best pulak kan jadinya Jabatan lain pun join sekali meramaikan majlis.
Sesi bergambar yer bersama warga kerja Jelita..
Monday, October 5, 2009
Durrani jumpa doc gigi
Minggu lepas bawa Durrani pergi klinik gigi. hampir sebulan jugalah dia mengadu sakit bila makanan masuk dalam geraham bawah yg dah berlubang sikit tuh. nak bawa tapi asyik tak menjadi jer..sibuk dan risau kalau dia tak nak jumpa doktor. aku hari-hari cakap dengan dia jumpa doktor best nanti doktor bg bersih gigi nampak cantik. Dah hari-hari dengar dia pun teruja juga...
Bila ada kelapangan tu terus lah bawa dia. Wahh excited rupanya nak jumpa doktor. Bila doktor suruh duduk atas kerusi tu pun ok. Bila doktor suruh buka mulut pun ok...
tapi bila dah lama sgt buka mulut agaknya dah lenguh kot dia tutup mulut balik. Susahlah sikit nak minta dia buka mulut balik..pastu doktor kata banyak cacing lah dlm mulut kakak ni terus cepat2 dia buka mulut hehhehehe.

Ni ha doc sedang memproses gigi. Actualy taklah teruk sangat..ttp kalau dibiarkan nanti lama2 terus rosak tu yg bawa pegi tampal tuh. Doc kata kalau jaga boleh tahan sampai usia dia lapan tahun. Gigi depan dia masih ok tak ada satu pun yang rosak.
Ni masa nak tampal...dia rasa macam ada benda kat gigi. Mula2 tak selesa sikitlah lepas tu asyik suruh kita orang tgk gigi dia. "Cantik tak gigi kakak?" "cantikkan" dia tanya dia yg jawab. lepas dah tampal kan dia sendiri ingatkan pagi2 gosok gigi. bagus-bagus!!!!
Lepas ni nak bawa dia jumpa doktor gigi tiap 6 bulan. bukan apa nak biasakan dia..nanti bila besar tak takut jumpa doktor gigi. Macam mama dia ni haa...doktor lain ok..doktor gigi hehhehe takut sikit.
Sunday, October 4, 2009
Fahim melawat kg
Sejak Fahim dah boleh berjalan dengan lancarnya dan berlari dengan megahnya alangkah susahnya nak mengawal pergerakkannya. Tambah-tambah kalau pintu terbuka...terkedek-kedek dia berjalan tanpa mempedulikan sesiapa. Kalau ternampak tangga memanjatlah dia hingga ke atas. kalau nampak tanah habis dijelajahinya tanpa mempedulikan panas, semak-samun dan air.
Pulak tu langsung tidak mahu didukung...boleh kurang ler berat badan kalau menjaganya sedang main. Ni aktiviti masa balik Perak hari tu...
Ni masa kat PD..samalah juga. Main kat jalan besar tu suka-suka jer nak jalan tanpa dipegang. Dahlah laluan kereta dan motorsikal. First time petik bunga ni...
Pulak tu langsung tidak mahu didukung...boleh kurang ler berat badan kalau menjaganya sedang main. Ni aktiviti masa balik Perak hari tu...
Memang suka sangat kalau dpt main kat laman dengan tali air besar depan rumah tuh. Nyaris-nyaris ler nak terjun parit besar tuh selamber jer dia berjalan ingt kolam dlm bilik mandi ler tuh.
Ni masa kat PD..samalah juga. Main kat jalan besar tu suka-suka jer nak jalan tanpa dipegang. Dahlah laluan kereta dan motorsikal. First time petik bunga ni...
Kesukaannya masuk batu dalam mulut. Ayo-yo kalau tak betul2 tengok habis masuk batu atau pasir dlm mulut. Itu yang tak boleh lepas barang sesaat pun. Karang tertelan batu pulak anak aku nie.
Friday, October 2, 2009
Fahim botak
Oleh kerana rimas dengan rambut Fahim yg tumbuh tak sekata, jadinya suami aku ambil keputusan untuk membotakkan kepalanya. Jadi petang sebelum raya dia telah membawa fahim ke kedai gunting rambut. Ingatkan tak nangis rupanya..melalak ler masa tgk India tu pegang gunting....ttp mujur kepala ok jer tak gerak cuma mulut jer bersuara. kalau tak susah juga nak potong.
Nampak nakal bila botak...Mak Ida (bb sitter) pun dh tak kenal dah lah botak katanya hitam cuti seminggu. mana tak hitam main panas, main tanah, main batu, main pasir.
Thursday, October 1, 2009
Raya pertama di PD
gambar2 kat bawah ni ketika raya pertama di PD. Lepas jer sembahyang raya ( aku tak pegi pun huhuhu jaga anak) bermulalah sesi beraya di rumah jiran dan sedara mara sebelah suami. Memandangkan semuanya dekat2 jer..jadi senanglah nak beraya drp satu rumah ke satu rumah. Ada 4 kereta semuanya...dr jam 11 pagi sampailah jam 6.30 petang baru balik rumah. makan nasi mandi mandalah sekali kat umah sedara tuh..sib baik tak tido jer lagi.
Penatnya usah cakap ler tambah pulak Fahim ni tak boleh nampak tanah mesti nak jalan..kalau dibiarkan habis satu rumah dia jelajah...uhhh mmg penat mengejar dia...aku mmg tak duduk dlm rumah ler..gilir2 jaga dia kat luar..berpeluh ketiak hhehehhe
Dapat juga bergambar sekali..sebenarnya cadang nak bergambar di kedai ttp almaklumlah sibuk2 tu kat rumah sahajalah. Jadilah drp tak ada langsung. Lepas dan bersalaman semua barulah gerak ke rumah jiran sebelah.
Rumah kedua dituju dan rumah wajib adalah rumah atok. Jadi semua sepupu2 akan datang sini dulu termasuk juga mak sedara. Ramailah jadinya..

Inilah antara yang datang beraya. beraya PD ni senang sebab jamu kuih raya jer tak adalah mee, bihun, nasi himpit berbagai...tak susah2 nak masak untuk tetamu. Makan sendiri jer.
Subscribe to:
Posts (Atom)