Saturday, September 28, 2013

Pengurusan susu ibu ketika ke luar negara

Kerisauan saya ketika outstation ke luar negara adalah mengenai pengurusan susu ibu. Sebelum ke Macau dan Hongkong lagi saya sudah mendapatkan maklumat menerusi Internet bagaimana nak membawa susu balik ke Malaysia. Kalau diikutkan dalam masa 4 hari di sana tentu banyak susu yang sudah dipam, bayangkan kalau semuanya dibuang. Sayangkan. 


 Jadi saya pastikan membawa pam Medela FS ni lengkap kesemuanya. Bersama beg cooler dan ice pack. Mujur jadual tidak begitu padat biasanya atau setiap hari saya keluar dr hotel dalam jam 10 pagi dan kembali semula jam 3 petang dan keluar semula 6 petang sehingga kembali ke hotel 10malam. Begitulah rutin setiap hari. Jadi waktu mengepam susu saya adalah pada waktu subuh jam 6 pagi, kemudian 5 petang dan malam sebelum tidur 11 atau 12 malam.
Hari pertama 13 September saya tiba di hotel, Macau pada waktu petang dalam jam 5 petang dan ia adalah sesi pengepaman yg pertama. Mujur peti sejuk di hotel agak sejuk dan saya tidak ragu-ragu menyimpan susu di dalamnya.

Ini antara susu ketika berada di Macau. Oleh kerana selepas 2 hari saya transit ke H. Kong menaiki bot dengan perjalanan mengambil masa 3-4 jam saya pastikan ice betul-betul sejuk. Saya juga menghantar sms kepada perunding penyusuan Suraya Lunatots untuk mendapatkan maklumat jelas adakah susu saya masih elok atau sebaliknya sekiranya hanya disimpan di chiller selama 4 hari. Alhamdulillah dia memberikan respond positif dan mengatakan memang masih elok.

Selepas sampai di H.Kong saya simpan semua susu di dalam peti sejuk hotel pula. Masalah kedua apabila saya kehabisan plastik penyimpanan susu kerana saya membayangkan susu saya tidak sebanyak itu. Setiap kali mengepam saya memperoleh anggaran 10-12 auns (tentulah banyakkan sebab anak tiada bersama)  dan memerlukan 2 plastik simpanan.
Oleh kerana pada hari ahad saya kehabisan plastik saya menyimpan di dalam botol air mineral. Saya juga bertanya kepada kitchen hotel dan mereka memberitahu , Ya memang susu boleh disimpan di dalam peti sejuk beku di hotel. Namun oleh kerana ragu-ragu dan saya tidak membawa tuperware yg besar untuk meletakkan semua plastik susu, jadi saya hanya meminta mereka menyimpan (sejuk beku)  ice pack saya di dalam peti sejuk mereka semalaman bagi memastikan semua susu saya sejuk sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia.

Semua susu saya hampir 90  auns, saya masukkan di dalam cooller bag bersama ice yang sudah dibekukan. Saya balut dengan plastik beg simpan di dalam luggage.  Ketika itu apa yg saya bimbangkan adalah:
-Takut sekiranya palstik pecah dengan tekanan di tempat tinggi
- Sekiranya susu tidak boleh dibawa pulang
- Luggage yg penuh dengan susu (air)

 Ini luggage saya ya. Mujur saya membawa beg kedua jadi ruang peyimpanan adalah mencukupi untuk menempatkan cooler bag yang padat.


Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Tiada sebarang halangan untuk membawa susu ibu kembali ke Malaysia. Malah perjalanan memakan masa 3 jam 25 minit, dengan saya keluar dari hotel jam 6 pagi dan sampai ke rumah 1.30 tengah hari lebih kurang 7 jam 30 minit, kesemua susu saya dalam keadaan baik, sejuk dan segar. Alhamdulilah rezeki Fayyadh yang masih menyusu badan.

Nasihat saya bagi ibu yg masih menyusu dan ingin memastikan susu dapat dibawa pulang ke Malaysia:

1. Dapatkan maklumat sebelum pergi adakah susu boleh dibawa pulang di dalam luggage. Mgkin ada negara dengan peraturan masing-masing. Cthnya Australia memang tidak membenarkan membawa sebarang produk diary milk atau cereal dan perlu declare, susu ibu saya kurang pasti.
2. Bawa kelengkapan secukupnya dan pastikan plastik penyimpanan mencukupi kerana anda tidak perlu membeli di luar negara.
3. Pastikan suhu peti sejuk di hotel  mencukupi untuk menyimpan susu.
4. Paling penting tanya hotel adakah boleh menyimpan susu di dalam peti sejuknya. Bagi hotel 5 bintang saya rasa tiada masalah.
5. Jika anda berada di luar negara tidak melebihi 5 hari simpan susu di dalam chiller saja dan bukan di bahagian frozen bg memastikan susu masih elok. Kalau dah frozen nanti sampai malaysia cair kena gunakan pulakkan dah tak boleh dibekukan. Mungkin sekiranya melebihi 5 hari  ia perlu dibekukan.
6. Paling penting ice pack sama ada jenis plastik atau block perlu disejuk beku terlebih dulu, minta kerjasama hotel untuk menyimpan ice anda. Ini bg memastikan susu yg disimpan dan dibawa pulang dlm keadaan sejuk apabila sampai di rumah.

Sekian.


3 comments:

Siti Hamidah said...

Info yang bagus untuk kaum ibu.
Teruskan menulis, puan.

rynas said...

insyaAllah kita kongsi sama-sama

shahida sahimi said...

Terima kasih puan berkongsi info ini..amat membantu sy yg akan outstation ke korea 8 hari..smoga Allah permudahkan urusan sy mbawa balik susu nanti..aaminn.