Wednesday, October 9, 2013
Hong Kong
Jika ke luar negara perkara pertama yang membuatkan saya teruja adalah melihat suasana bilik di hotel. Begitu juga ketika kali pertama ke Hong Kong apabila diberitahu kami akan menginap di Hotel W sudah terbayang akan dekorasi bertaraf bintang serta layanan kelas pertama. Di Hong Kong Hotel W sangat terkenal dan sering menjadi pilihan untuk pelancaran produk atau pertemuan media.
Sangkaan saya benar belaka. Menjejakkan kaki ke sini terasa seperti berada di sebuah galeri apabila bahagian lobi menempatkan ruang menunggu serta lukisan yang cukup menarik.
Lukisan berlatarbelakang kotak menarik perhatian.
menempatkan kerusi menunggu.
Bahagian lobby hotel.
Ok kita lihat bahagian dalam pula. Sesuai bagi mereka yang ada urusan perniagaan.
Bilik air yang besar dengan cermin memenuhi segenap ruang.
Bahagian hadapan bilik air.
Katil berkonsepkan moden berbeza dengan hotel di Macau yang berkonsepkan klasik.
Ruang menonton TV
Dapat melihat keindahan H Kong menerusi balkoni hotel
kapal-kapal berlabuh masuk
Labels:
kerja oh kerja,
melancong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment