Saturday, September 21, 2013

Macau part 1

Saya ke Macau dan Hong Kong pada 12-16 September lalu menghadiri pelancaran RiRi Cosmetics di bawah Mac Cosmetics. Ini kali pertama ke negara yang dipenuhi kasino ini, tempat perjudian paling besar dan paling banyak kasino.
Perjalanan dari KLIA memakan masa 3 jam 20 minit saja ke airport Hong Kong dan perlu menaiki Turbojet ke Macau yang memakan masa 50 minit. Mulanya saya ingatkan Turbojet yang laju sehigga membuatkan pening dan muntah (mmg saya bekalkan ubat muntah takut sekiranya pening di dalam bot). Namun sangkaan saya meleset kerana pergerakan begitu smooth sehingga tidak terasa berada di dalam bot.

 Permandangan dari jeti Macau. Kebanyakan yang ke Macau adalah orang Cina dan kebanyakan penduduk ada berbangsa Portugis yang kebanyakan mereka fasih berbahasa Kantonis. Dua hari di sana tidak pernah bertemu orang Melayu.

 Saya bersama lima yang lain menginap di Hotel Venitian, Macau. Hotel ini sangat besar kerana di bawah dipenuhi kasino yg dibuka 24 jam. Apabila berada di sini terbayang seperti berada di genting Highlands.


 Permandangan di kawasan hotel. Dinding warna keemasan, mgkin menggambarkan kemewahan dan kekayaan.


 Bilik penginapan lima bintang. Saya suka dekorasinya yang sangat mewah dan klasik. Katil queen, dengan dua televisyen.


 Ruang menonton TV dan bersantai.


Bilik yang besar boleh menempatkan sehingga 2-4 orang.


 Hotel Venitian bersambung dengan pusat beli-belah yg terletak di bahagian atas. Saya hanya sempat melawat satu tingkat saja oleh kerana kesuntukan masa. Kagum melihat dekorasi yang unik dan maha cantik. Sungguh!! pencahayaan dengan ditengah laluan gondola begitu menarik sekali. Tidak puas berjalan dan memandang sekeliling.


 Di sini terdapat butik-butik mewah saja, jarang kelihatan jenama-jenama biasa. Jadi bagi kami yang datang untuk bekerja hanya memandang saja. Mungkin ada... kerana saya tidak sempat berjalan hingga ke semua tingkat.

 Sempat bergambar sebelum ke konsert Rihanna.

 Macam real kan? Bahagian atas awan itu adalah buatan ya bukan semula jadi. Tapi nampak seperti awan sebenar.

 Cantik sungguh.


1 comment:

Rizziela said...

Bestnya..

Bila la sy nak sampai kat sana yer