Thursday, September 20, 2012

cerita mengenai pam susu medela frestyle

 Ini hasil pemerahan semalam untuk 15 minit sebab nak cepat nak pergi asgment terpaksalah dipendekkan masanya. Biasanya saya akan buat dalam 20-25 minit untuk kedua-dua B. Inilah yang bestnya pakai FS sebab dual pumping so senang dan menjimatkan masa terutama orang-orang macam saya nie. Dan lebih penting kenapa saya guna FS sebab ada handsfree konon2 boleh pump di mana saja. Di rumah tengah iron baju dan sambil menaip kat labtop. senangkan???

hasilnya menggunakan pump medela FS
 Tapi malangnya (ceewah cam menyesal jer beli) tidaklah menyesal sebab mmg dah lama teruja pun nak pakai pump ni. Selepas cuba kat rumah handfree ni saya rasa sangatlah tidak praktikal ataupun saya yg tak tahu guna saya rasa tak selesa mungkin sebab tak ketat dan rasa macam nak jatuh jer dan susu akan meleleh keluar (rugikan???...) Puas saya google kat youtube tapi tak jumpa juga cara nak guna hfree FS yg betul. So terbiarlah begitu saja...saya mmg tak pernah pakai pun hands free FS nie.


hasil susu terkini dah penuh peti sejuk

  Jadinya perah macam biasa jerlah..pegang botol susu. Apa kes kan beli mahal2 tapi guna cam pum lain juga. Baik pakai medela swingjer atau pum-pum yang lain.
tapi yang bestnya medela FS ni sebab suckingnya slow dan tidak menyakitkan. Lebih penting cepat..20 minit dah siap kedua-duanya. Biasa saya ambik masa 30 minit jer untuk keluar pum susu. So tidaklah rasa bersalah sangat kat bos. Wpun saya tahu dia sangat-sangatlah ok dan tak kisah pun.

Sebelum ni masa anak pertama dan kedua (tak ada bajet dan kurang pengetahuan ) saya hanya pakai pureen manual tu jer. Masa tu pun maklumlah peti sejuk pun hanya satu pintu susu hanya tahan 2 minggu saja. jadi kais pagi makan pagi jerlah...pump hari ni cukup untuk esok jer. Di opis pun pump tidak konsisten ikut suka hati makcik jer...kalau rasa dah bengkak sangat baru pump lama-lama kering sendirilah susu.

Lepas tu mulalah rasa nyesal eeehhh naper susu kering cepat sangat???
 Sempat setahun gitu jer nyusu. Itu pun mmg dah campur FM. Sekarang ni saya tidak mahu mengulangi kesilapan lama...bajet pun dah ada, tekad jer...moga dipermudahkan. Wpun mulanya nampak susah juga...tapi alhamdulillah setakat ni masih ok dan berjalan lancar. Apa cabarannya??? kalau org yang kerja di opis mgkin tak ada masalah...sampai waktunya pump jer susu.

Tapi jadual kerja saya tidak menentu jadi sesi mengepam pun tidak menentu juga. Kadang2 ada asgment jam 10 pagi saya terpaksa skip waktu mengepam selepas habis asgment kadang2 jam 12, kadan2g jam 1 baru dapat pam. Sampai bengkak cik B saya habis nak buat macam manakan??? begitu juga dengan waktu petang pun sama juga. Kalau ada asgment jam 2..mmglah terpaksa skip juga tapi biasanya saya pump awal sebelum keluar asgment.Kalau boleh mmg nak pam 3 kali sehari di pejabat tapi setakat ni kalau saya tak ada asgment luar mmg dapat 3 kali tapi kalau ada asgment 2 kali saja yang sempat. Balik rumah malam mmg saya tambah lagi sesi pam kadang2 rajin buat 3 kali kalau malas 2 kali jer pam.

Inilah cabarannya sebab itu ler saya perlukan handfree ni untuk memudahkan saya juga. malangnya tak tahu nak guna pula sehinggalah di bilik pam susu di pejabat ada rakan saya menggunakan FS dengan bra menyusu handsfree. Wahh saya sungguh teruja terus tanya di mana dia beli sebab rasanya kat Malaysia tak ada lagi. Nanti saya buat entry khas ya mengenai bra menyusu ni. Sangat praktikal, menjimatkan masa dan selesa. Wa cakap lu!!!! hehhehe best best memang best dan menambah semangat saya untuk mengepam.

Kawan saya kata dia minta abang dia belikan di US dan dia masih ada satu di rumah yang hendak dijual. Terus jer saya sambar satu.


Ini stok susu saya yang terbaru selepas keluar masuk susu. tak tersusun sikit. Nnatilah saya susun balik yang mana awal dan akhir. Patutlah ada orang sampai tak muat peti sejuk kena beli deep freezer. 



Setakat ni saya cuma guna di rumah saja dan belum sempat lagi praktikkan di luar. Saya cuma risau kalau ada agsment pagi dan petang yang memerlukan saya tidak masuk opis terpaksalah cari surau untuk pam susu.


p/s: Sekarang ni mmg dah jadi obses dengan penyusuan susu ibu dan pam susu. Semoga dipermudahkan sebab perjalanan masih jauh yer Fayyadh.

 pic terbaru Fayyadh berusia 2 bulan lebih.

 Wajah kesayangan hamba...

7 comments:

Syikin Zahir said...

teruskan menyusu baby..kite samela..anak2 yg dulu tak reti.ni baru nak reti.tp zaman skg semua bleh gugel je kan..chaiyokkk

lili norlaili said...

teruskan usaha murni tu...seronok dapat menyusu anak ni :)

Aku dulu pun, ya ya ooo je beli brand Avent..sekali lecehnya nak guna, banyak sgt accesories nya...masa nak guna kena ambik masa sedikit untuk pasang dan bila dah sudah, banyak nak kena basuh...faham2 la kalau kat opis kan, takkan 40 minit utk tu saja. alih2 aku beli pureen manual pump...senang je guna cuma pengeluaran susu tu jadi sedikit la...

ieja amieja said...

rasa macam nak cubit2 je pipi montok fayyadh tuh..seb baik jauh, klu tak dah selamat dah dia..hehe

Tengku Muzlina Hanim said...

Salam kenal.

Alaa sayangnya tak guna handsfree kit.saya antara yg xboleh kalau xde.sbb dah terbiasa.hehe awal2 je rasa leceh tp lps tu sng je.dab saya mmg jenis multitasking. Tak reti duk diam time pam.hehe..

Tengku Muzlina Hanim said...

Salam kenal.

Alaa sayangnya tak guna handsfree kit.saya antara yg xboleh kalau xde.sbb dah terbiasa.hehe awal2 je rasa leceh tp lps tu sng je.dab saya mmg jenis multitasking. Tak reti duk diam time pam.hehe..

Marsella Hafiz said...

nak tahu rahsia susu banyak??
siapa kata ibu menyusu tak boleh slimmm..jom layann


Blog Title : Cantik Langsing..UmmiBiz
Blog Link : http://www.ummibizonlineshop.com/


Ummi Biz
email:mcamy.ummibizonlineshop@gmail.com

Arinie Ghazali said...

awal2 mmg susah nak guna handsfree medela freestyle ni. tapi kalau dah biasa nnt, senang sangattt.hehe. yg penting kedudukan tu kena betul =)