Thursday, September 6, 2012

Hari pertama di rumah pengasuh

 Hari ni saya cuba hantar Fayyadh ke rumah pengasuh. Saja nak tahu macam mana sama ada serasi atau tak, menangis ke tidak dan lebih utama nak tahu berapa jumlah oz susu yang perlu dibawa dari jam 9 pagi hingga 7 petang.
Petang tu dah beli apa yang patut untuk dibawa ke rumah bb sitter senang nanti Isnin bawa baju jer lagi. Malamnya saya keluarkan stok susu dari dalam freezer untuk dicairkan. Bukan apa senang baby sitter nanti terus jer panaskan. saya cuma ambil 2 dari freezer dan 3 yang fresh (saya perah malam dan subuh).
Bila bangun pagi saya labelkan susu begini. No 1 fresh, 2 frozen, 3 fresh dan 4 frozen dan 5 fresh. jadi kalau yg ke 5 Fayyadh belum minum jadi boleh simpan balik dalam peti untuk esok hari. Saya masukkan dalam botol 3-3.5 oz saja. jadi kalau tak habis tak ler ralat sangtkan sebab tak banyak. Lagipun baby minum sikit jer.


 Belum beli label secara proper lagi. Nampak tak cantikkan? nantilah saya beli label baru nampak kemas gitu.

 Lepas dah berlabel saya masukkan dalam cooler bag bersama ice pack dan 5 botol susu dan puting susu jgn dilupa. Saya terus tinggalkan di rumah pengasuh senang dia terus jer ambil dari cooler bag tu. Tak payah masuk peti sejuk pun tak apa. Tak lah menyusahkan dia.

 Inilah stok susu saya setakat minggu lepas. kalau tambah hari ni dah penuh dah bahagian atas dengan plastik susu. Palstik pun dah nak habis dah. Setiap hari kalau perah dapatlah dalam 12-15 0z dan tadi saya tanya baby sitter Fayyadh hanya minum 4 botol saja. Botol ke 5 masih ada. saya simpan kat freezer baby sitter jer. Maksudnya cukuplah kalau nak bg yang fresh tapi saya rasa nanti dah start kerja ingat nak bekalkan 4 botol jer tapi isi dalam tu ada yang 3 oz dan ada 3.5 oz. Ni merujuk kata bb sitterlah bawa 4 pun dah cukup.

Meragam atau tidak? ehhm meragam juga tambah bila nak menyusu. Maklumlah tak biasa sangat dengan puting tu wpun dah cuba kat rumah. Lama atau dah lapar sangat barulah dia hisap botol. Sian anak mama yer....

harap-harap bila dah start kerja minggu depan dah serasi dan oklah dengan baby sitter. Selalu bila malam nak tidurkan dia selalu pesan jgn nakal-nakal, jangan meragam, baik-baik saja dengan mak Ida.


3 comments:

Angah said...

ala comei,mcm tula seorang ibu ,risau segala bila nak hantar anak kepengasuh,tmbah pulak baru mula nak htr,samala mcm saya....

kasihibu said...

Alala comeellll...

biasa dik, akak masa dlm pantang dah ajar guna puting

Izan Ishak said...

harap2 lepas ni fayyadh selesa dok ngan babysitter ye... suka tgk kecomelannya kak!