Budak kecik ni dah jadi abang sekarang. Nasib baik manjanya pun dah kurang dah pandai jaga dan sayang sangat dengan adiknya. Masa raya hari tu dialah jadi pengawal kat sebelah adik. saper jer datang melawat melekat jer kat tilam adik. Orang nak angkat pun dia jeling2 tak bagi.
|
kusyhuk main game |
Oh Khamis dan Jumaat saya hantar fayyadh kat bb sitter. Ingatkan dia nak duduk sekali tak nak katanya. Nanti mama kerja baru dia pergi sekali. Jam 4 petang dah suruh kita orang ambil adik kat bb sitter. "Aim rindu baby," sambil mata dah merah dah.
Alo..lo anak mama ...rindu adik rupanya. Kakak maintain jer, " tunggulah kol 6 baru ambil. Apalah Aim ni. Adik duduk rumah mak Ida jer bukan orang lain."
Langsung tak senang duduk kat umah. Tgk kartun pun cam tak kusyhuk jer. Sesekali dia kata "Aim rasa tak sonoklah mama,".
saya tanya kenapa. "Sebab baby tak ada,"
pastu siap suruh saya call abah nak minta amik. Tahu pula sunyi dan rindu yer...
|
ohhh...menang |
Jumaat pun sama juga ...jam 3 petang dan sibuk suruh ambil adik dia. Nanti kat rumah pengasuh macam mana agaknya. Dialah jd pengawal kot jaga adik.
|
dah jadi abang yer fahim |
Macam nilah kekdahnya kalau kat umah. tenung-tenung, pandang-pandang..bilalah dapat main kete dgn adik.
Kalau pergi shoping mall lagi best..dia nampak mainan sekarang nie..."Aim nak beli untuk adiklah mama,"
Ayat bestkan...tapi sebenarnya untuk dia saja bg alasan untuk adik dia boleh main dulu.
"bila adik nak besar ni tak sabar nak main kereta sama-sama"
2 comments:
selalu komen x lps2 kat wv tuh..tension betul..
x pe aim lps ni leh jg bby puas2 kat umah mak ida..sure org lain x leh dkt ngan bby dia..abg mithali betul lah aim ni
rasa dah besar je fahim bila dah ada adik fayyadh ni kak... mesti dia pun tak sabar nak tunggu adiknya main sama2 ngan dia.
Post a Comment