Bila dah ada anak tiga ni mmg automatik jadual berubah. kalau dulu bersenang lenang lagi sebab Fahim dah 4 tahun dah boleh buat sendiri tapi sekarang kembali sibuk. Tambah pula dengan aktiviti mengepam susu di rumah dan dipejabat serta jadual kerja yang tidak menentu.
Sekarang ni jam 5 pagi mmg sudah wajib bangun. Dimulakan dengan mengepam susu kemudian keluarkan susu dari fridge dan masukkan ke dalam botol, labelkan siap-siap. Dah setle barulah iron baju (malam mmg tak sempat). Kemudian jam 8 keluar rumah sekarang ni mmg keluar hantar berdua dengan suami. Risau juga guna car seat baby nangis tengah jalan tapi dah pernah cuba ok jer.
Pagi keluar rumah mmg penuh dengan beg. beg tangan, beg pam susu, beg susu ke rumah pengasuh dan beg baju Fayyadh. Baju Durrani dan Fahim mmg dah letak seminggu siap2 jadi taklah banyak beg nak bawa begitu juga dengan susu dan pampers mmg letak satu pek kat sana.
Di pejabat pagi jam 10.30 saya start pam sesi pertama kemudian lepas solat Zohor dalam jam 2 petang kemudian masa nak balik kerja 5.30 petang. Time ni akan berubah kalau ada asgment kat luar. Biasanya jam 3 ada asgment saya siap-siap pam susu awal kemudian lepas habis asgment terus balik ke rumah.
Bila dah balik rumah tu mulalah kemas botol2 susu yang banyak tuh. Kat rumah baby sitter pun dah 5 botol campur lagi 4 botol di pejabat dengan botol-botol lain. Haiii dah jadi kilang botol susu dah kekdahnya. Dalam sibuk-sibuk tu ambik kesempatan juga memasak. Tapi yg simple2 jer ada sayur dan ikan goreng/ ayam goreng dah cukup. Tak kuasa nak masak bersantan-santan bagai.
Dah siap masak dan makan sekali lagi kemas kini susu dalm fridge yang nak dibawa ke rumah baby sitter. Masukkan susu dalam plastik storage dan simpan kat freezer.
Ini susu fresh yang tak habis minum saya masukkan dalam plastik simpan dalam freezer. Saya baru jer guna plastik jingle jungle ni. Sebelum ni guna suri dari Lunatots. Puas hati ada ruang yang besar untuk simpan susu.
Ini pula susu yang saya keluarkan dr fridge dan cairkan guna air paip kemudian saya masukkan dalam peti bersama sebekas air. Biar cair sendiri. Esok pagi tranfer saja ke botol.
Kadang-kadang bila buat kerja sedar-sedar dah jam 12 malam, mmg beginilah setiap malam.
kalau ditanya memanglah penat tapi alhamdulillah seronok sangat bila tengok stok susu keluar masuk dan habis diminum di rumah pengasuh. tambah pula bila mengepam ada rezeki untuk Fayyadh walaupun tak meriah cam org lain boleh dapat berbelas oz sekali pam tapi saya bersyukur sangat sebab susu sentiasa ada. kalau keluar satu dari frozen mesti saya masukkan balik dua botol. Jadinya stok susu memang tak berkurang.
9 comments:
penat mmg penat tp berbaloi utk fayyadh..semoga fayyadh membesar bagai johan dan jd ank yg baik mcm kakak ngan abg aim ye..
Angah...InsyaAllah..semoga masin ler mulut tuh Amin..amin..amin
gitu la kan kak.. penat tp berbaloi2.. heheh..
makin bam bam dah hah.. geram tgk..
Ena..mmg pun bila fikir berbaloi2 untuk anak dan khasiat susu ibu penat ke apa ker letak tepi dulu. Yg penting dapat susukan dia.
yaa bermulalahhh rentak ibu beranak kecil .. ;)
slow2 lah dik .. memang aturan dah berbeza bila kita ada anak kecil , kerja bertambah , tidur malam x akan lena .. lumrah dahh ;)
salam kak rynas...
maaf ye sbb izan baru sempat nak tinggal komen ni. alhamdulillah... meriahnya susu utk fayyadh. dah makin bam2 pun dia skrg nih. geram izan tgk!
lya ank sorang ni pon rasa cam x cukup masa .apatah lagi kalo ank lebih drp 1 ni..tp inilah pengorbanan kan
lya: mmg pun rasanya semua ibu-ibu macam nie kan..penat tapi demi untuk anak...sanggup semuanya. Pengorbanan seorang ibu...
Izan..alhamdulillah masih dapat full Bf anak...
Post a Comment