Thursday, August 30, 2012

doktor kecik

Tengah hari tadi sedang asyik leka di dapur, tiba-tiba si kecik tu merengek. terus jer jenguk dari dapur rupa-rupanya inilah kerja si abang Fahim yer. Ala-ala nak jd doktor gitu sedang merawat adik dengan mainannya tu. Haissh...tak boleh ditinggalkan lama nasib baik ada kakak yang boleh diharap tengok-tengokkan si kecik.

Pernah masa dalam pantang, time kakak ke sekolah dan tinggal berdua saja, dia dengan rasa tidak bersalah telah menyelak bajunya untuk memberi susu kepada si kecik. Aduhh nak tergelak pun ada...nak marah pun ada juga. Inilah peniruan yang biasa dilihat...


 tengoklah tu adik dan menangis selamba jer dia cek dada adiknya. (abaikan rumah yg bersepah tu yer)

dah nampak keprihatinan pada adik tapi kdg2 suka mengacau adik pun ada juga.  Gambar masa di rumah angah di SpringHill

Dengan kakak..kawan baik di rumah.Bila kakak pergi sekolah asyik tanya jer pukul berapa kakak balik sekolah.


Wednesday, August 29, 2012

cerita terbaru Fayyadh

Hari nie usia Fayyadh dah masuk 56 hari kejap jer dah masuk 2 bulan. Alhamdulillah sejak dilahirkan sampai sekarang sihat walafiat. Menyusu pun makin kuat, sama kuat dengan tidur hehhe. Tak per bagus untuk mengembang dan memontelkan badan.


kalau dulu time pantang banyak ragamnya nak diriba dan mengamuk sebelum tidur sekarang dah makin kurang. Senang jer tidur. alhamdulillah harap-harap begitulah bila di rumah baby sitter nanti. Masa raya hari tu ( 46 hari) dah pandai nak berborak..dan nak diagah...alhamdulillah perkembangan yang cepat. kalau makin dilayan makin sukalah dia,. Tapi yg tak tahannya bila tengah malam bangun menyusu nak berborak..alahai penat ler mama kurang tidur.


 Tidur pun senang sekarang nie..kenyang tidurlah dia.

 Layan jerlah gambar-gambar Fayyadh yer..

 macam-macam ragam bila tidur...

 ini masa nak cukur rambut kat kampung hari tu. rambut pun tak berapa lebat sangat senang nak cukur.Seksilah saya...

Diakhiri dengan gambar Fayyadh dan kakak dalam kereta masa balik dr kg Parit Buntar ke KL. Nasib baik lena jer tidur dalam kereta. Cuma bila nak nyusu tu ngamuk sikit mgkin tak selesa sebab bergerak dan gelap kot. Fahim pula dah jadi penumpang hadapan..tidur sebelah abahnya. Dah jadi peneman abah...


cerita raya di kampung

Tahun ni tak ada gambar raya keluarga guna kamera sendiri. Semua guna kamera anak buah. Cerita raya tahun ni biasa saja maklumlah baru habis pantang. Jadi tidaklah bereya sangat. Lagi pun banyak makanan yang masih saya pantang lagi termasuk juga menu kegemaran ketupat, lemang dan laksa. Sabo yer semua itu penyebab angin dan sakit urat.

Raya pertama seperti biasa aktiviti berkumpul bersama ahli keluarga. Lepas balik solat raya terus jer menjamu selera dengan juadah disediakan. Ada nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, kari ayam, ketupat, lemang, kuih raya dan mi rebus. Cadangnya nak masak mihun sup tapi disebabkan masalah air yang sangat kurang terus jer ditunda keesokan harinya. Lepas dah makan sesi bermaaf-maafan dan memberi duit raya. Bermula drp tok dan tok wan sehingga kepada anak buah yang dah bekerja. tahun nie bertambah sorang lagi anak buah Fayyadh hehhehe..bertambah duit raya anak.

Lepas tu sesi mengambil gambar ahli keluarga. petang barulah beraya ke rumah mak sedara..dapatlah dalam 4 buah rumah.

raya kedua aktiviti tahunan ialah BBQ.
antara hidangan ayam, kambing, ikan siakap, udang, nugget, kentang, dan sosej. Sesi membakar diserahkan kepada kaum lelaki. yang anak dara menggoreng nuget dan kentang di dapur mak-mak budak menunggu makan jer.


 kambing yang sudah siap dibersihkan. Sedap juga sebab tak berbau sangat. Makan dengan sos lada hitam mantap...


 Udang..tak banyak sangat pun. aku tak sentuh pun takut gatal...

 Ikan siakap yang menjadi pujaan ramai. Manis isinya makan dengan sambal kicap panas-panas... pergghhh...


 Ayam jgn dilupa...antara menu yang ada untuk dibakar.


 Oh anak-anak aku yang sedang makan ayam.

 Ayam BBQ yg dah sedia dimakan.Semuanya habis dimakan malam tu. Alhamdulillah semua kekenyangan.

 Ni gambar raya anak buah Along dan kakak Mirah.

 Anak-anak buah generasi pertama. 2 orang dah habis belajar yang lain masih belajar lagi. Tak lama lagi boleh kahwin.


 Kakak kecik dan kakak besar...heheheh

Raya ke-3- beraya di rumah kakak di Kulim, Kedah  dan dan abang di Parit Buntar. Kemudian raya keempat barulah ke Bukit tengah, Penang rumah abang di sana. Lengkaplah raya tahun ni...Fayyadh dah jalan jauh nampaknya Dari KL- parit buntar- kedah-penang- Port Dickson nasib baik dia ok jer tak meragam . Good boy...


Friday, August 10, 2012

berkurung di bilik

Masuk hari ni dah 3 hari dapur saya dalam progres pembinaan. Jadinya agak susah juga dengan baby lagi terpaksalah berkurung di bilik saja. Bosan usah ceritalah hari-hari budak-budak ni tanya bilalah nak siap dah bosan.  Patutnya hari ni siaplah semua. Harap-haraplah sebab banyak baju tak berbasuh dengan nak mengemas barang-barang lagi.


 Sebenarnya sinki tu dah bocor jadinya terus pengurusan kuaters tukar baru sekali dengan kabinet bawah. Ingatkan lambat lagi lepas raya ker sekali minggu ni.


 Inilah bahagian kabinet bawah yang hampir nak siap. penat wehh lepas ni nak mengemas barang-barang balik.

 tengok ler barang kat bahagian ampaian.

harap-harap hari ni siap semuanya dah tak sabar nak lalui kehidupan cam biasa. huhuhuhu..


Wednesday, August 8, 2012

Fayyadh dah sebulan

Hari ni ada check up Fayyadh sebulan sepatutnya 5 Julai hari tu tapi disebabkan Ahad so bawa ke hari Rabu. Check up pertama ni bawa ke klinik kesihatan sebabnya hari tu nurse ada datang rumah jadi terus buat temujanji untuk sebulan.

 Sekarang ni dah pakai buku. Tebal bukunya dulu masa Fahim cuma pamplet biasa jer untuk tulis perkembangan anak. Dalam buku pula lengkap semuanya. Siap ada cara penyusuan dan cara simpanan susu.

 Ada senarai perkembangan anak-anak start dr sebulan sampailah 6 tahun.

 Yang ni pula graf untuk melihat perkembangan anak tinggi dan berat.

 Oklah banyak ilmu boleh dapat dr buku nie.

Tapi rasanya mungkin lepas nie nak pergi klinik panel kot. Maklumlah kerja susah pula nanti nak kena ambik cuti atau separuh hari tiap bulan.

Oh tadi timbang berat Fayyadh dah 4.05 kg untuk sebulan. Berat lahir 2.9kg alhamdulillah bertambah berat badan. Cucuk untuk sebulan juga hari nie.

Lega dapat tidur selepas kena cucuk.



Sunday, August 5, 2012

belum ada baju raya..huhuhu

Cantikkan design baju raya Jovian Mandagie nie. Kalau tak silap dah kembali kepada rekaan 60-an dan 70-an dulu-dulu kan dah ada design macam nie. Baju kurung moden. Tapi kalau yang tinggi lampai dan kurus tu cantiklah pakai.

 Warna pun menarik...jingga dengan kain berbeza.
Ini pun rekaan Jovian juga. rasanya kebanyakan designer menghasilkan rekaan baju kurung moden dengan baju dan kain berbeza.
Berminat ke nak baju raya macam nie? Persoalannya badan tu dah kurus ke???  huhuhuhu..tak apa ada tempoh sebulan lagi untuk kurus.


Dalam tak sedar mengira hari berpantang sedar tak sedar sudah 16 hari berpuasa. Malangnya tahun ni tidak diberi kelebihan untuk berpuasa. Tak tahulah entah dapat entah tidak berpuasa walaupun sehari. Bak kata suami tak apalah nak buat macam mana tahun ni Tuhan bg kelebihan untuk berehat sepenuhnya daripada berpuasa. Sampuk saya pula ,"yerlah tak berpuasa tu ok tapi nak membayarnya nanti.
"Tak apa jadikan motivasi untuk diet dan kurus nanti. Orang lain dapat makan sedap-sedap masa raya awak tak dapat. Lepas raya orang lain badan berisi...Nanti dah habis raya awak berpuasalah," kata dia pula.
Ya saya sudah tetapkan akan menggantikan puasa setiap bulan nanti. Sedikit-sedikit, sehari dalam seminggu atau hanya mengambil Isnin dan Khamis saja supaya tidak terasa mahu menggantikannya apabila sampai Ramadan tahun depan. Chayok...chayok...

Bercerita mengenai persiapan raya, tahun ni dari awal lagi dah buat persiapan raya anak-anak. Rasanya masa masuk kandungan minggu ke 36 jenuh juga berjalan sana-sini mencari baju raya  anak-anak. Mulanya nak mencari juga baju raya sendiri tapi tangguh punya tangguh akhirnya sampai lah bersalin tak beli lagi. Kalau tak mesti dah beli yang dah siap tapi tahun ni belum ada pun lagi. Tak tahu bila agaknya dapat shopping sekejap atau pakai baju tahun lepas saja huhuhuhu. Kemudian baru teringat kasut raya pun tak ada..sepanjang 9 bulan mengandung  pakai sandal saja...kasut kerja pula entah ke mana.

Hari tu cakap dengan en  suami kemudian dia memulangkan paku buah kerasnya pada saya pula,
"kan dah ingatkan hari tu beli sekali baju raya. Pakai baju lamalah jawabnya".
Saya pula tidaklah bereya-eya masa raya...asal ada sepasang baju sudah cukup tapi biasanya dapat juga membeli dalam 3-4 pasang sebabnya masa raya saja saya tempah baju atau beli baju kurung sedia pakai. Kalau masa hari lain jgn haraplah sebabnya pakai baju kurung hanya pada Jumaat saja atau sekali seminggu.

Masih tidak berpuas hati saya menjengah pula blog online yang menjual baju kurung cotton. cantik..teruja saya meilhatnya namun persoalannya muatkah? Dengan baru habis pantang 44 hari menjelang raya dengan badan yang belum slim sepenuhnya dapatkah saya memakai saiz M...atau kena tukar kepada L. Oh Tidak...badan cepatlah kurus.

p/s: Minggu depan rabu ada check up Fayyadh harap-harap dapatlah menjengah butik di sekitar Bangi sekejap dapat sepasang baju pun jadilah. Harap en suami tak keberatan. Dia pun cuti hari tu. 







Saturday, August 4, 2012

berpantang hari ke 31

Alhamdulillah hari ni dah masuk 31 hari tinggal lagi 13 hari untuk habis pantang. Sekejap saja rasanya pejam celik-pejam celik dah nak masuk kerja balik. Huhuhu..sekali rasa seronok nak kerja sebab dah lama tak menulis sekali rasa cam malas pun ada juga. Tak apa kita biarkan perasaan itu di situ.

Di sini aku nak berkongsi pengalaman berpantang sendirian di rumah bersama anak-anak dan hanya ditemani oleh suami saja. Mulanya memang tak confident juga maklumlah dengan bersalin csert dan nak uruskan anak-anak-anak lagi tapi memikirkan kakak sekolah sayang pula nak pontengkan jadi kuatkan semangat jerlah semoga semua berjalan lancar.

Eleh kalau ikutkan ada orang anak kedua dah berpantang sendiri dah. Yer memang benar kalau bersalin normal rasanya kurang sikit bebanan dan masalah kerana biasanya minggu pertama semuanya dah kembali normal dan ok kan? Berbeza dengan bersalin csert kerana mengambil masa untuk pulih. Jadi tawakal sajalah...

Minggu pertama memang tak ada masalah sebabnya mak temankan di rumah. Jadi minggu pertama mmg aku ambil masa betul2 untuk berehat. Bangun, menyusu, makan dan tidur saja. Lipat baju sekali pun aku tak buat. Anak-anak juga mak yang uruskan buat susu mereka, mandikan (biasanya Fahim lah kalau datang manja dia tuh).

Bila masuk minggu kedua mmg agak kekok sikit nak sesuaikan diri tambah pula suami dah bekerja.. Bab nak mandikan Fayyadh tu macam susah sikit. Alhamdulillah boleh walaupun org kata mandi ala kadar saja. Lagi pun baby lagikan takkan nak mandi bereya-eya pulakkan.Bila hari pertama dah ok barulah aku susun jadual biasanya bangun menyusu dalam jam 6.30 pagi terus tak tidur dan ke dapur untuk kemas apa yang patut, kemudian terus masak untuk budak-budak. Senang bila dah bangun nak urus Fayyadh pula kan.

Jam 9 pagi  gitu baru mandikan Fayyadh dan siap tidurkan dia. Kemudian baru dapat berehat sebelum menyediakan makanan untuk aku pula. Biasanya aku masak simple jer ikan goreng dengan sayur sawi, tak pun ikan kerisi halia atau ikan masak lada hitam. Tengah hari sediakan makanan budak-budak kemudian makan. Petang barulah boleh baring dan tidur tapi biasanya tak dapat lelap pun sebab budak-budak dah bising. Jam 5 ptg barulah aku mandikan Fayyadh dan siapkan dia.

Alhamdulillah daripada minggu kedua dapat lalui tempoh berpantang  dengan jayanya. Tetapi sebenarnya kondisi aku selepas bersalin banyak membantu untuk kekal sihat dan kuat. Aku rasa kalau pengalaman masa bersalin anak pertama dan kedua mmg aku tak mampu nak berpantang sendiri. Tapi kali ni alhamdulillah diberi kesihatan yg sangat-sangat baik oleh Allah. Sepanjang berpantang mmg rasa ngilu, sakit atau berdenyut mmg tak rasa langsung.Sebab itu aku boleh melakukan kerja rumah yg ringan-ringan. Kalau yg berat tu aku tak berani nak buat lagi..biasanya sampai setahun pun masih tak berani angkat benda berat. Lagi satu pemakanan suplement juga sangat membantu untuk recovery balik sepanjang tempoh berpantang  supaya badan  sihat, rasa ringan, tak letih dan lesu.

 Apa yg paling penting adalah amalan masa mengandung,  bacaan ayat al-Quran memang banyak membantu untuk kekal sihat selain diberikan kemudahan dan kesenangan oleh Allah bukan saja untuk bersalin malah ketika berpantang dan menjaga baby. Alhamdulillah.


Inilah dia anak-anak yang menjadi peneman mama sepanjang berpantang. Macam-macam peel mereka berdua. Kena banyak bersabarlah time pantang ni.



Wednesday, August 1, 2012

susah tidur malam

 Sama tak?

 Fahim masa usia sebulan



 Fayyadh masa usia 27 hari..

Sekarang ni  Fayyadh dah pandai berjaga malam. Samalah macam Fahim dulu menangis malam susah nak tidur tapi nasib baik berpantang kat kampung ada mak yg tolong ganti-ganti riba. Selalunya berjaga lepas magrib sampailah dah dekat  nak masuk subuh baru tidur lena.

Fayyadh sejak seminggu ni memang nak tidur malam selalu mengamuk, ingatkan lapar bagi susu pun sama juga, Ingatkan kembung perut tapi tiap malam takkan kembung kan. Nasib baik berjaga lepas maghrib sampailah jam 1  paling lama. Tapi ngantuk juglah maknya nak meriba jer kalau letak jer menjerit-jerit nangis. Lepas jer jam 12 atau 1, bila dah penat berjaga barulah dia akan tidur lena sampai susah nak kejut menyusu.

Memang semua anak-anak saya begitu masa pantang memang susah sikit nak tidur malam tapi semuanya akan ok bila habis pantang. Harap-harap Fayyadh pun macam tu juga ler.


 adik dan abang