Friday, October 28, 2011

mencari ayam penyet di Singapura

Sehari sebelum Deepavali saya ke Singapura untuk majlis pelancaran rancangan masakan antarabangsa. Rasanya tahun ini sudah 3 kali ke Singapura. Tapi kali ini sedikit berbeza kerana semuanya perlu sendiri. Biasanya saya akan ditemani rakan media lain atau paling tidak pegawai perhubungan awam drp syarikat itu.
Memang cuak juga maklumlah saya ni jenis yang penakut sebenarnya, tapi kata saya dlm hati,"alah Singapore jer...apa nak takut. bukan jauh pun lainlah kalau kat negara lain. Hilang pun boleh lari kat Johor hehhehe,"

Ok setelah urusan tiket dan bagasi selesai saya berjalan-jalan di KLIA sambil mengisi perut dengan Mc Donalds. Penerbangan jam 5.15 petang dan sampai 6.15 petang takut juga nanti lapar di atas kapal.

Sambil itu menelaah novel yang dibawa. Alah poyo jer..tak habis pun baca disebabkan kemalasan yang sangat tinggi. Sempatlah selak dua,tiga muka surat...dan selebihnya berkubur di dalam beg.

Tiba di Airport Cangi jam 6.30 so bermulalah mencari teksi untuk ke Hotel Mandarin Orchard yg terletak di Orchard Road. Dr airport ke hotel hanya 30 minit saja tapi disebabkan jam hampir 45 minit.

Lega akhirnya sampai di hotel dengan selamat. Selepas berjumpa dengan PR agensi yg membawa saya ke sana. SEtelah urusan check in bilik selesai tidak sabar rasanya mahu berehat. Perkara pertama dilakukan haruslah mengambil gambar bilik hehhehe

Bilik mandi...
Ruang menonton televisyen. Rasanya antara 3 hotel yg saya pernah pergi di Singapura St Regis adalah hotel paling istimewa dan bertaraf 6 bintang.


Usai mandi dan solat saya pun berjalan-jalan di luar yg menghubungkan dengan Mandarin Gallery. Tanpa arah tujuan maklumlah seorang diri kalau ada kawan kan best. Niat di hati mencari roti atau biskut untuk makan malam. Maklumlah perut masih kenyang dengan Mc Donalds di KLIA tadi.

jadi saya berjalan-jalanlah tanpa arah tujuan di sekitar shoping kompleks yang maha mewah itu. Pandang kanan Prada, pandang kiri Gucci, pandang depan LV ohh semuanya saya tidak mampu. Banyak shopping kompleks di sekitarnya yg saya ingat Takashimaya, Ion, Paragon, Isetan, dll....

Di jalan terjumpa pula dengan orang ini. Bukan patung ya ini manusia...siap dengan muzik dan patung ini bergerak perlahan-lahan. Kelakar pun ada kerana dia sanggup badannya disalut dengan cat putih dan kaku seperti patung.....Bg yg ingin menderma ada peti di sediakan di hadapannya.

Ok habis cerita malam dan saya pulang ke hotel jam 10.30 malam membawa secawan milo panas Starbucks dan sebungkus biskut buat mengalas perut. Bila dah penat dapat tidur dengan lenanya...Tapi biasalah jam 6 pagi sudah terjaga.


Esoknya jam 10 pagi saya sudah keluar..oh function saya start jam 3 petang jadi masih banyak masa bersantai. Kalau ada kawan mesti banyak tempat dijelajahi. Paginya saya keluar di sekitar Lucky Plaza kerana saya sudah biasa di sini (sudah 2 kali ke sini) mencari cenderahati untuk keluarga dan baju anak-anak. Cenderahati mmg sangat murah...
Selepas penat berjalan perut mula berkeroncong minta diisi dan saya masih mencari kedai makan yang sama di mana saya pernah datang dulu...ya semestinya ayam penyet. Nasi putih bersama ayam goreng, kangkung, tempe, tauhu dan sambal yg sangat pedas. Tapi sedap eehmmm nyum..nyum nyum...

Inilah buktinya yang makanannya menepati selera saya dan saya juga adalah sangat lapar. Nampak juga kedai2 makanan segera seperti Mc Donalds tapi takut sekiranya tidak halal wpun sebenarnya makanan segera di sini sudah mendapat pengiktirafan Halal tapi rasa was-was itu masih ada. Lebih baik mencari kedai yg mmg confirm halal kan...


Kemudian saya menyambung lagi perjalanan...jalan jer tak masuk mana pun sebabnya saya sudah mendapat apa yg dicari. Jam 1.30 baru pulang ke hotel...baru terasa lenguh kaki dan tangan menjinjit plastik bag.

Ya inilah majlis pelancaran untuk The Marverick Chef bersama chef Alvin. Menu yg sudah diubahsuai sup tulang menjadi begini...rasanya??? eehhmmm sedap bangat...

Ini pula ais krim nasi lemak...mana nasinya??? nasinya tidak ada. Ais krim diperbuat drp santan disaluti kacang dan ikan bilis bersama sos karamel merah. Rasanya sangat enak menepati cita rasa..
Selepas habis interviu saya terpaksa bergegas pulang ke bilik kerana penerbangan jam 9.15 malam.

Bergerak dr Hotel jam 6.30 petang dan sampai 7.15 malam chek in semua simpan bagasi dan masa untuk berjalan-jalan. Walaupun dah lenguh kaki sebenarnya tapi masih bersemangat untuk mencari milo panas secawan buat mengalas perut di dalam penerbangan nanti.


ya inilah yg dicari. Roti bakar kaya bersama milo panas. Lega dapat minum...

Di Toast Box Airport Cangi..pelbagai jenis roti dijual di sini...

Bila perut dah kenyang barulah boleh berjalan semua. Di sini banyaknya kedai perfume dan kosmetik yg saya rasa harganya murah sedikit drp Malaysia. Tapi saya...tak beli apa pun...hehhehehe.

ps: kunjungan kali ini juga tidak berkesempatan di Mustafa Mall teringin sebenarnya tapi memikirkan seorang diri dan terpaksa mengambil teksi hasrat itu terpaksa dibatalkan. Kan saya dah kata saya ni penakut dan saya bukanlah seorang yg berani untuk melancong seorang diri dengan bag packers. Saya kagum dengan seorang rakan di pejabat lama yg sangat berani melancong seorang diri ke luar negara Eropah dan kini berada di Korea pula.

1 comment:

ckLah @xiiinam said...

Kerja yang menyeronokkan, walaupun penat. Suka ckLah tengok...