Sunday, October 30, 2011

karipap-karipap cinta namanya...

Petang-petang bila anak-anak sudah tidur mulalah bosan tak tahu nak buat apa. Lastnya cari kentang, potong-potong untuk dibuat inti karipap. Sebenarnya teringin nak makan karipap buatan sendiri drp semalam lagi tapi malas nak buat so bersambung ke hari ni. Lepas dah masak intinya uli tepung pula menggunakan minyak panas dan marjerin.


Inti karipap yang sudah siap diberi nama karipap-karipap cinta.


Proses membuat karipap...senang saja lenyek tepung yg dah diuli kemudian lipat dan kelepekkan tepinya mengikut kreativiti sendiri. Nak kecil buat kecil nak besar buat besar. APa susah masuk mulut sendiri jugakan??


Ok beginilah bentuknya bila dah siap dapatlah dalam 20 biji karipap. Kemudian masukkan dalam tuperware untuk disimpan dalam peti sejuk. Esok boleh goreng dan bawa bekal ke tempat kerja. Itulah tujuannya sebenarnya. Hari-hari beli karipap kat depan rumah baby sitter tapi intinya sangatlah tidak berkenan.


P/s: ini bila rajin jer uols....

susah nak rajin macam ni.

Saturday, October 29, 2011

tonton bola sepak sambil makan jemput-jemput

Menonton bola sepak Piala Malaysia N.Sembilan VS Terengganu sambil makan jemput-jemput bersama sambal ikan bilis.


Siapa yg kami sokong?
Tentunya pasukan Negeri Sembilan.

Fahim jg turut menonton bola. Tapi bila kami menjerit gol dia berkata," mama...diamlah. Bisinglah."

Kakak yg minta diambil gambarnya.


Friday, October 28, 2011

mencari ayam penyet di Singapura

Sehari sebelum Deepavali saya ke Singapura untuk majlis pelancaran rancangan masakan antarabangsa. Rasanya tahun ini sudah 3 kali ke Singapura. Tapi kali ini sedikit berbeza kerana semuanya perlu sendiri. Biasanya saya akan ditemani rakan media lain atau paling tidak pegawai perhubungan awam drp syarikat itu.
Memang cuak juga maklumlah saya ni jenis yang penakut sebenarnya, tapi kata saya dlm hati,"alah Singapore jer...apa nak takut. bukan jauh pun lainlah kalau kat negara lain. Hilang pun boleh lari kat Johor hehhehe,"

Ok setelah urusan tiket dan bagasi selesai saya berjalan-jalan di KLIA sambil mengisi perut dengan Mc Donalds. Penerbangan jam 5.15 petang dan sampai 6.15 petang takut juga nanti lapar di atas kapal.

Sambil itu menelaah novel yang dibawa. Alah poyo jer..tak habis pun baca disebabkan kemalasan yang sangat tinggi. Sempatlah selak dua,tiga muka surat...dan selebihnya berkubur di dalam beg.

Tiba di Airport Cangi jam 6.30 so bermulalah mencari teksi untuk ke Hotel Mandarin Orchard yg terletak di Orchard Road. Dr airport ke hotel hanya 30 minit saja tapi disebabkan jam hampir 45 minit.

Lega akhirnya sampai di hotel dengan selamat. Selepas berjumpa dengan PR agensi yg membawa saya ke sana. SEtelah urusan check in bilik selesai tidak sabar rasanya mahu berehat. Perkara pertama dilakukan haruslah mengambil gambar bilik hehhehe

Bilik mandi...
Ruang menonton televisyen. Rasanya antara 3 hotel yg saya pernah pergi di Singapura St Regis adalah hotel paling istimewa dan bertaraf 6 bintang.


Usai mandi dan solat saya pun berjalan-jalan di luar yg menghubungkan dengan Mandarin Gallery. Tanpa arah tujuan maklumlah seorang diri kalau ada kawan kan best. Niat di hati mencari roti atau biskut untuk makan malam. Maklumlah perut masih kenyang dengan Mc Donalds di KLIA tadi.

jadi saya berjalan-jalanlah tanpa arah tujuan di sekitar shoping kompleks yang maha mewah itu. Pandang kanan Prada, pandang kiri Gucci, pandang depan LV ohh semuanya saya tidak mampu. Banyak shopping kompleks di sekitarnya yg saya ingat Takashimaya, Ion, Paragon, Isetan, dll....

Di jalan terjumpa pula dengan orang ini. Bukan patung ya ini manusia...siap dengan muzik dan patung ini bergerak perlahan-lahan. Kelakar pun ada kerana dia sanggup badannya disalut dengan cat putih dan kaku seperti patung.....Bg yg ingin menderma ada peti di sediakan di hadapannya.

Ok habis cerita malam dan saya pulang ke hotel jam 10.30 malam membawa secawan milo panas Starbucks dan sebungkus biskut buat mengalas perut. Bila dah penat dapat tidur dengan lenanya...Tapi biasalah jam 6 pagi sudah terjaga.


Esoknya jam 10 pagi saya sudah keluar..oh function saya start jam 3 petang jadi masih banyak masa bersantai. Kalau ada kawan mesti banyak tempat dijelajahi. Paginya saya keluar di sekitar Lucky Plaza kerana saya sudah biasa di sini (sudah 2 kali ke sini) mencari cenderahati untuk keluarga dan baju anak-anak. Cenderahati mmg sangat murah...
Selepas penat berjalan perut mula berkeroncong minta diisi dan saya masih mencari kedai makan yang sama di mana saya pernah datang dulu...ya semestinya ayam penyet. Nasi putih bersama ayam goreng, kangkung, tempe, tauhu dan sambal yg sangat pedas. Tapi sedap eehmmm nyum..nyum nyum...

Inilah buktinya yang makanannya menepati selera saya dan saya juga adalah sangat lapar. Nampak juga kedai2 makanan segera seperti Mc Donalds tapi takut sekiranya tidak halal wpun sebenarnya makanan segera di sini sudah mendapat pengiktirafan Halal tapi rasa was-was itu masih ada. Lebih baik mencari kedai yg mmg confirm halal kan...


Kemudian saya menyambung lagi perjalanan...jalan jer tak masuk mana pun sebabnya saya sudah mendapat apa yg dicari. Jam 1.30 baru pulang ke hotel...baru terasa lenguh kaki dan tangan menjinjit plastik bag.

Ya inilah majlis pelancaran untuk The Marverick Chef bersama chef Alvin. Menu yg sudah diubahsuai sup tulang menjadi begini...rasanya??? eehhmmm sedap bangat...

Ini pula ais krim nasi lemak...mana nasinya??? nasinya tidak ada. Ais krim diperbuat drp santan disaluti kacang dan ikan bilis bersama sos karamel merah. Rasanya sangat enak menepati cita rasa..
Selepas habis interviu saya terpaksa bergegas pulang ke bilik kerana penerbangan jam 9.15 malam.

Bergerak dr Hotel jam 6.30 petang dan sampai 7.15 malam chek in semua simpan bagasi dan masa untuk berjalan-jalan. Walaupun dah lenguh kaki sebenarnya tapi masih bersemangat untuk mencari milo panas secawan buat mengalas perut di dalam penerbangan nanti.


ya inilah yg dicari. Roti bakar kaya bersama milo panas. Lega dapat minum...

Di Toast Box Airport Cangi..pelbagai jenis roti dijual di sini...

Bila perut dah kenyang barulah boleh berjalan semua. Di sini banyaknya kedai perfume dan kosmetik yg saya rasa harganya murah sedikit drp Malaysia. Tapi saya...tak beli apa pun...hehhehehe.

ps: kunjungan kali ini juga tidak berkesempatan di Mustafa Mall teringin sebenarnya tapi memikirkan seorang diri dan terpaksa mengambil teksi hasrat itu terpaksa dibatalkan. Kan saya dah kata saya ni penakut dan saya bukanlah seorang yg berani untuk melancong seorang diri dengan bag packers. Saya kagum dengan seorang rakan di pejabat lama yg sangat berani melancong seorang diri ke luar negara Eropah dan kini berada di Korea pula.

Thursday, October 20, 2011

poligami: madu atau racun?


Saya berbual dengan seorang lelaki yang memilih untuk berkahwin dua. Dia begitu terbuka dan melihat drp sudut pandangan berbeza. Katanya isteri pertama langsung tiada bantahan malah membenarkan apabila hasrat itu disampaikan. Malah mereka boleh menjadi rakan yang baik dan saling memahami.
Saya bertanya bagaimana kedua-duanya tiada masalah sedangkan madu itu menjadi musuh bg wanita? Wanita mana sekalipun pasti akan menolak apabila suaminya ingin berkahwin lain. Noktah.

Saya pandang lagi wajahnya. Ya dia nampak biasa saja berusia dalam lingkungn penghujung 40-an, tidaklah terlalu tampan tetapi bijak berbicara dan pandai memberikan buah fikiran. Ya situ lah kelebihan lelaki ini.

Katanya lag, " sejak berkahwin saya tidak pernah menipu isteri. Jika saya keluar minum tengah malam saya akan beritahu padanya saya minum. Jika saya keluar mengorat juga saya akan bg tahu pada isteri yg saya keluar mengorat begitu juga apabila keluar dengan wanita lain. Malah saya menjadikan isteri sebagai sahabat karib, tempat luahan masalah gembira mahupun duka.

"APabila membuat keputusan berkahwin itu adalah pilihan saya sendiri. Saya tidak pernah sesekali memburuknya isteri pertama malah apabila org bertanya saya akan katakan, isteri pertama adalah yg terbaik bg saya. Saya tiada masalah langsung kerana dia sememangnya sempurna. Tetapi ini adalah salah saya, saya yg gatal untuk berkahwin lain. saya akui kekurangan diri pada isteri pertama dan pada sesiapa yg bertanya mengapa saya ingin berkahwin lain," katanya.

Katanya lg salahnya sekarang mengapa bermadu itu dianggap sesuatu yang menakutkan bg wanita adalah kerana salah lelaki itu sendiri yg tidak tahu memandu bahtera perkahwinannya. Jika drp awal lagi sudah berbohong bagaimana isteri ingin memberi kerelaan. Ditanya isteri, adakah suaminya ada perempuan lain pelbagai helah jawapan dicari, pelbagai putar belit diberi sedangkah hakikatnya keluar memadu kasih dengan wanita lain. Begitu juga apabila ditanya kepada suami adakah dia ingin berkahwin lain? Jawapan yg sama diberi, alih-alih suami sudah berkahwin di Siam. Bagaimana perasaan isteri pertama apabila mendengarnya? Bukankah itu satu penipuan yg sangat sukar diterima mereka.

Berkatalah benar walaupun ianya pahit. .
Wanita adalah permaisuri lelaki selayaknya dihormati. Jika lelaki itu tidak tahu mengucapkan ucapan terima kasih kepada isteri bermakna dia tidak layak untuk berkahwin lain. Jika lelaki itu sering berbohong dia juga bukan lelaki dan suami sejati dan jika dia mengasari isteri dengan herdikan atau diperlakukan secara fizikal sama ada ditampar, disepak atau diterajang dia tidak selayaknya bergelar suami.

Hargailah isteri-isteri kamu kerana disitulah munculnya taman dan kebahagian.

Wednesday, October 19, 2011

alhamdulillah sudah boleh membaca

Alhamdulillah dah hampir setahun di tadika Durrani sudah boleh membaca dengan baik, walau ada perkataan dengan suku kata yg panjang dia masih teragak-agak namun sudah cukup baik pada saya. Saya cuma melatih untuk memperkenalkan perkataan baru yang agak sukar dieja dan disebut supaya dia serasi dan tahu menggunakannya.

Sekarang komik Upin Ipin adalah teman baru bgnya. Biarlah sekurang-kurangnya melatih untuknya supaya minat membaca. Begitu juga dengan buku cerita farish dan farah, yang dikeluarkan dalam beberapa siri. saya rasa buku cerita ini sangat bagus kerana disertakan gambar yang memudahkan pemahaman untuk kanak-kanak seusia empat dan lima tahun.

Begitu juga buku dalam edisi bahasa Inggeris. walaupun pada mulanya agak sukar kerana dia menyebut menggunakan suka kata bahasa Melayu, sangat kelakar apabila perkataan Inggeris dieja mengikut sebutan Melayu namun lama-kelamaan apabila kerap kali dibaca dia sudah mampu mengenal. Buku B. Inggeris juga disertakan gambar yang memudahkan kanak-kanak memahaminya. Jadi apabila membaca dlm bahasa Inggeris mereka sendiri memahami cerita itu.


Oh ini cerita berbeza, saya suka, melihat gambar ini anak-anak bersama sepupu-sepupu mereka Afiq dan Fikri ketika berkunjung ke MidValley dua minggu lepas. ketika ini ibu-ibu sibuk bershopping jadi tugas menjaga anak diserahkan kepada mereka. Main di sekitar kawasan ini saja. Lokasi di Jusco Midvalley.

Moga mereka membesar dan rapat seperti mana sekarang.

Tuesday, October 18, 2011

anak-anak zaman sekarang..siapa yg salah?

Dia duduk di hadapan saya dengan wajah yang malu-malu. Sepasang baju kurung kain kapas dipadankan tudung bersengkuap menambahkan kecomelan wajah anak gadis ini yang sedia comel. Lesung pipit pada pipi kirinya terserlah tatkal dia tersenyum paksa.
"Sudah berapa lama di sini?, tanya saya memulakan bicara.
"Sudah 6 bulan. Selepas dihantar ibu," katanya.
"Kenapa ibu hantar di sini," tanya saya lagi seakan tidak tahu pada hal saya sudah tahu kisahnya menerusi penjaga yang dipanggil umi oleh mereka.
"Saya mengandung 6 bulan kemudian ibu hantar saya sehingga sekarang," katanya.
Saya perhatikan susuk tubuhnya memang wajahnya masih keanak-anakan. Suci kata orang. Baru berusia 15 tahun tetapi sudah dewasa berbanding usia sebenar. Bergelar ibu tanpa gelaran isteri. Waduh-waduh anak zaman sekarang, sangat expert, sangat maju ke hadapan, sangat moden dalam zaman modenisasi ini.

saya tanya lagi tanpa malu-malu kerana hakikatnya anak ini sudah lebih tahu luar dan dalam cuma bezanya dia belum diakad nikah.
"Di mana adik buat 'projek' ya?
"di dalam kelas. kadang-kadang di rumah teman lelaki ketika ibu dan bapa tiada di rumah," katanya tertunduk malu.

Baru tahu malu. kata saya dalam hati. Seakan mahu marah dan menyampah pun ada. Tapi saya akur apalah yang ditahu pada anak yg baru saja menginjak usia baligh. Semuanya tahu seronok...seronok...seronok. Cuba..cuba..cuba dan cuba.

"Mak dan ayah sibuk dengan kerja sehinggakan tidak ambil tahu. Saya pula ramai kawan. Bila pulang ke rumah mak asyik membebel suruh belajar. Saya bosan...

katanya lagi," mak dan ayah bekerja sebagai guru di sekolah. Dia org pun susah nak kontrol saya sebab itu dia orang biarkan dan malas nak ambil tahu. Saya bukanlah bodoh sangat tapi tulah semua kawan-kawan saya dah pernah buat seks...jadi saya terpengaruh kalau tidak tak boleh masuk kumpulan dia orang,"

"mereka tak tahu saya mengandung sampailah usia 6 bulan. Tu pun sebab perut dah besar,"
Saya geleng kepala. Bagaimana ibu yang biasa ada di rumah bersama anak gadisnya tetapi tidak tahu perrubahan anak gadis mereka di rumah? Pelik....takkan langsung tidak sedar mengapa anak gadis mereka gemuk dan semakin montel? Walaupun adakala org mengandung tiada simpton morning sickness tapi pasti ada perubahan ketara pd susuk tubuh anak ini kerana dia sudah mengandung 6 bulan. Bayangkan betapa naifnya anak ini kerana dia sendiri juga tidak tahu dirinya mengandung.

saya tanya lagi dan lagi sehinggalah berpuas hati dengan jawapannya...
itu kisah pertama dan banyak lagi kisah sebegitu yg berlaku pada masa sekarang.
Kasihan melihat anak-anak gadis pada zaman sekarang yang terpaksa memikul beban akibat drp keterlanjuran mereka. Tersalah memilih jalan... hitam seluruh kehidupan.
Sukar untuk ditelah kemahuan mereka...sukar untuk dijangka apa yg bermain dalam fikiran mereka. Semakin disediakan semua keperluan semakin diberi kelebihan dan kesenangan begini pula ceritanya.
Siapa yg harus dipersalahkan...anak gadis ini???? ibu bapa??? kawan-kawan??? internet???? media massa???

Pasti semua org tiada jawapan tepat untuk itu.
Menurut seorang prof yg saya temui katanya berusahalah menjadi sahabat karib kepada anak seperti mana mereka berkawan dengan rakan-rakan yg lain. Jadilah seperti layang-layang yg dipegang dan dipantau talinya. Apabila layang-layang itu terbang tinggi, tarik sedikit demi sedikit, kemudian lepaskan tali biarkan layang-layang dia terbang, kemudian apabila terlalu tinggi tarik talinya perlahan-lahan begitulah seterusnya sehingga kita berpuas hati.

Menjadi ibu pd zaman moden cabarannya terlalu besar.
kata prof itu lagi bayangkan gelombang di lautan terlalu besar, dan kita tidak mampu lagi menggunakan hanya sampan kecil kerana pastinya sampan itu akan pecah dipukul ombak. Jadi gunakan perisai yg besar. Kapal berbenteng teguh...berpapan tebal dan kuat supaya biar apa saja melanda kapal kita tetap kuat dan teguh untuk sampai ke destinasi. maksudnya untuk mendidik anak ibu bapa terlebih dulu harus ada ilmu yg tinggi bukan ilmu hanya di dalam kelas kerana itu tidak menjamin.... kerana anak yg beribu bapakan imam, uztazah, bilal, pensyarah, doktor, lawyer belum tentu lagi berjaya akhlaknya.

Wallahhualam...
sekadar berkongsi cerita dan rasa untuk renungan buat diri sendiri. Semoga mendapat manfaat dan terhindar daripada perkara yg tidak sepatutnya AMin.

Sunday, October 16, 2011

selamat pergi dan kembali moga mendapat haji yg mabrur

Petang tadi menghantar kakak sulung saya, Noor Zakiah Hj Sahib dan suami nya Mazlan Hj Hamid yang ingin menunaikan haji ke Mekah. Semua bakal jemaah berkumpul di Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor. Ramai orang usah cakaplah walaupun yg ramai adalah org yang menghantar berbanding jemaah haji sendiri.


sempat bergambar sebelum masuk ke dalam. Kakak sudah masuk ke dalam. Tak sabar dah nak berangkat.

Oleh kerana saya hanya bertemankan anak-anak saja (suami ada kelas) jadinya risau juga takut anak-anak buat perangai. Maklumlah di celahan ramai dengan keadaan yg panas dan tanpa tempat duduk takut pula sekiranya Fahim dan Durrani buat perangai. ALhamdulillah...ok dari jam 5.30 bertolak (menaiki bas TNB) sehinggalah waktu pulang 9.30 malam, sebabnya ramai anak buah melayan.


Kak Long & abg long sebelum masuk ke bilik perlepasan.

Inilah Hanif anak ketiga kakak yang rajin melayan Fahim. Asyik berdukung jer...

K.Long bersama anak sulungnya, Zafirah dengan pesanan jaga rumah elok-elok yer.

Sedang menunggu sebelum masuk ke dewan bersama beg besar yg akan dibawa ke sana.

Bergambar bersama. Kak tija, anak-anak buah kak ngah, angah, kak Fauziah, Fahim, Durani ...dll

Penat, mengantuk dan lapar tapi tahan jer mata budak-budak ni. Nasib baik Fahim sempat makan di Kafeteria kalau tak haruslah buat perangai. Kenyang perut senanglah hati

Semua jemaah akan melalui pintu ini sebelum dibawa ke dewan untuk penerangan seterusnya. Kemudian mereka dibawa ke KLIA menaiki bas disediakan sebelum berangkat jam 1.30 pagi.

Ratusan jemaah ditambah org yang menghantar.

Dapat port baik jadilah dapat main.

kakak bersama Angah (anak kedua) yg akan pulang ke Mesir bulan depan. Tak sempatlah jumpa yer.

penat berdiri duduk....penat duduk berlari.

Pandai ler bawa diri sendiri yer...

29 November depan kedua-dua jemaah akan pulang ke Malaysia, semoga selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yg mabrur. AMin.

P/s: seronokkan dapat menunaikan haji sebelum usia mencecah 50 tahun. Kala ini badan masih kuat, sihat dan bertenaga. Moga diberi peluang juga untuk menunaikan haji ke sana. AMIN...

santau dan cara mengelak



air kelapa muda juga adalah ubat untuk santau

Satu hari saya berpeluang berbual dengan seorang rakan yg pernah disantau. Katanya dulu dia teruk dibuat orang sehingga mahu mati. Badan yang kurus hanya tinggal tulang dan isi saja. Daripada seberat 56 tinggal 40kg saja. Malah tidak dapat bekerja, terpaksa cuti sehingga 2-3 bulan lamanya.

Peliknya apabila ke hospital doktor memberitahu dia tidak sakit apa, cuma mungkin gastrik dan angin saja. Ada pula doktor mengatakan kemungkinan dia terkena HIV apabila melihat mulut yg sudah berkulat dan sukar bernafas sehingga terpaksa dipakaikan gas. Daripada situ dia terus mendapatkan rawatan tradisional, bermula ke Darul Shifa barulah teman saya ini tahu yang dia disantau orang. Selanjutnya pelbagai sesi rawatan diterima, sebut saja di mana ada orang yang pandai berubat dia akan pergi, walaupun jauh dia sanggup berhabis duit asalkan penyakitnya dapat diubati.

Lebih menyedihkan ketika itu dia sedang mengandung, tetapi demi anak dia gagahkan juga melawan penyakit yang ada. Dengan kudrat yg tidak seberapa, makanan yang langsung tidak boleh dijamah, mujur anaknya membesar juga di dalam rahim.
Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu melawan genap lapan bulan, anaknya meninggal di dalam perut kerana lemas. Reda dengan ketentuan Ilahi, menurut ustaz yg merawatnya lebih baik bayi itu meninggal kerana jika hidup mungkin dia tidak senormal bayi lain.

Selepas menjalani pelbagai rawatan dan berpantang makan akhirnya dengan izin Allah, santaunya dapat disembuhkan. Namun sehingga sekarang dia sangat berhati-hati pada makanan terutama pemberian rakan-rakan. Walaupun rakan yg boleh dipercayai. Walaupun dibekalkan pendinding namun peristiwa hitam itu sangat menghantui dirinya. Katanya walaupun dia mengetahui siapa yang memberi santau, namun dia hanya berdoa moga suatu hari Tuhan tunjukkan jalan dan hidayah kepadanya supaya berubah.

Kadang-kadang tidak percaya di zaman moden ini kerja-kerja meng'ilmu hitam'kan orang ini masih banyak berlaku. Malah yang melakukannya biasanya bukanlah orang yg jahil mengenai agama tetapi ada sesetengahnya bergelar imam dan ustazah. Menurut teman ini lagi ketika dia berubat ada seorang lelaki disantau Imam disebabkan imam itu tidak mendapat kenaikan pangkat. Ada pula suami disantau isteri bergelar ustazah sehingga meninggal dunia disebabkan suaminya berkahwin lain.Benarlah keimanan seseorang itu bukanlah diwarisi berdasarkan siapa mereka tetapi sesiapa juga boleh melakukannya sekiranya iman tidak kuat dan kental.

Dalam dua tiga minggu lepas saya membawa kakak ipar yang juga terkena santau. Mujur dia dapat mengesan awal dan santaunya masih mampu diubati. Ketika membawanya ke Darul Shifa begitu ramai sekali orang yang ingin berubat, bayangkan jam 10 pagi, nombor gilirannya sudah mencecah yg ke-100 namun yg masih menunggu mungkin dalam 100 orang lagi. Betapa banyaknya jin dan syaitan berleluasa sama banyaknya dengan manusia bertopengkan syaitan. Ingatkan di zaman moden manusia semakin moden namun tidak kerana mereka kembali semula ke zaman jahiliyah. Moga kita dan kaum keluarga terhindar drpnya Amin.

Drp info yg saya dapat santau wujud disebabkan:

a)Niat orang yg dengki dan ingin menjatuhkan org lain. Dengan harapan semoga dia sakit, tidak boleh bekerja dan ada sehingga mati.
b) Pengamal-pengamal yang ada ilmu menyantau ni pula kena sentiasa mengamalkannya supaya ilmu mereka tetap power dan berkesan.

Bahan-bahan yg biasa digunakan:
1) miang buluh
2) serpih kaca
3) rambut mangsa
4) kulit telur
5) jarum,
6. paku
7Pencuci pinggan

Antara jenis-jenis:
1) Makanan dan minuman yg sudah disantau
Biasanya di warung, kedai makan sama ada santau dilepaskan oleh penyantau yang dengki pada owner kedai atau pun kerana penyantau sekali sekala perlu membuang santau untuk memastikan ilmunya berkesan. so siapa yang kena nasiblah.
2) Santau angin
Santau paling bahaya kerana pengirimnya bertujuan untuk menyantau supaya yg terkena akan sakit atau meninggal dunia.

CARA ELAK
1. Sebelum makan atau minum di luar pastikan baca bismillah 27x, dan selawat.(ada mengatakan cukup sekadar mengucap, selawat dan baca doa makan)
2. Kalau pesan air sejuk (ais), pegang bawah gelas, sekiranya panas bermakna ada santau, dan kalau pesan air panas pegang bawahnya kalau sejuk maknanya ada santau.
3. Sebelum keluar umah ambil air sembahyang dan baca ayat kursi.
4. Banyakkan amal ibadat dan membaca Al-Quran.

*** biasanya orang-orang yang belajar ilmu santau kena melepaskan racun santau tu setahun sekali pada bulan-bulan tertentu orang yang dia tidak kenal dan nasiblah pada sesiapa yang kena. Sebab itu ada orang dulu-dulu berkata mmg ada bulan yg ramai org akan terkena santau***


Wednesday, October 12, 2011

Oh bajet ...gaji naik...barang naik...

Bestnya kalau ayat-ayat di atas ini dapat diamalkan.

Semalam pulang dari kerja sempat singgah pasar malam Bandar Baru Bangi. Hajatnya membeli barang-barang basah sebagai stok mingguan di dapur. Lately ni mmg lebih suka memasak drp membeli atau makan di kedai. Kadang-kadang tu kita merasakan di pasar malam makanan adalah lebih murah tapi tanpa sedar boleh berbelanja sehingga RM30 untuk makanan saja yang entah apa-apa.

Apa tidaknya biasanya untuk sekeping murtabak kecil (untuk seorang makan) harga ketika Ramadan dalam RM2 sekeping sekarang sudah RM2.50. Roti John pula semuanya sudah berharga RM3.50 begitu juga dengan ayam goreng Bosnia (rangka ayam) ada yang mencecah RM3.50 seekor yang dulunya hanya dijual sekitar RM1.80-RM2 saja. Nasi ayam yg dulunya berharga RM3 untuk harga pasar malam sekarang sudah mencecah RM4 malah nasi kerabu (lengkap dengan telur, ikan dan cili bersumbat kelapa) berharga RM6.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan bajet 2012, nampaknya ramainya tersenyum terutamanya kakitangan kerajaan atas imbuhan kenaikan gaji, serta bonus tahunan.

Alhamdulillah dengan kenaikan ini bermakna semakin selesalah kehidupan. Namun tanpa sedar kenaikan gaji juga akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang dan juga makanan. Tak percaya tengoklah sedikit masa lagi barang-barang dapur akan naik dengan sendiri begitu juga makanan. Walaupun hanya sepuluh atau dua puluh sen namun kenaikan ini akan menyumbang kepada pertambahan perbelanjaan harian. Jadi apa guna kenaikan pendapatan sekiranya lebihan pendapatan yg diperoleh terpaksa pula digunakan untuk membayar kenaikan barang-barang.

Jika sekarang berbelanja di pasaraya besar seperti Giant, Carefour, Tesco dengan nilai RM200 seperti tiada apa. Tanpa sedar nilai wang semakin mengecil, mungkin pada tahun hadapan 2012 dijangka semakin menyusut lagi apabila jangkaan kemelesetan ekonomi dan inflasi berlaku.

Jadinya saya dinasihatkan untuk berbelanja secara berhemah, membuat tabungan dan simpanan wang untuk kemelesetan ekonomi yg dijangka berlaku pada tahun depan. Kurangkan perbelanjaan untuk apa saja yg boleh dikurangkan.
Jika biasa memakai baju berharga RM100 apalah salahnya membeli ketika sale baju berharga RM30 begitu juga kasut berharga di bawah RM50. yg penting bijak menyuaipadan supaya nampak mahal.

Mengikut penganalisa ekonomi cara berjimat cermat mungkin dengan:

1. Mengurangkan membeli pakaian mahal atau berjenama (kadang-kadang saya teringin juga sekali-sekala bila dapat rezeki terpijak ok kot)
2. Mengurangkan makan di luar dan memasak ( saya sedang melakukannya)
3. Mengurangkan membawa anak-anak ke pusat beli-belah kerana di sinilah biasanya pembaziran berlaku.
4. Beli barang keperluan dulu melebihi keinginan (rumah..kereta??? pakai kereta kecil pun ok..jimat bayor bulan. Tapi kalau mampu apa salahnya)
5. Kurangkan penggunaan kad kredit (dah tutup kredit kad) kerana menggalakkan berhutang. Beli cash (ohh kalau mampu kalau tak hutang mana nak dapat barang der....)

dan banyak lg cara untuk berjimat cermat.
Mgkin barang2 seperti susu, pampers, minyak kereta ke tempat kerja agak sukar dikurangkan kerana menjadi keperluan setiap bulan. Kalau ada banyak duit bolehlah membeli emas kerana nilainya tidak pernah jatuh malah semakin naik.

p/s: duit...duit...duit makin bertambah makin banyak pula susutnya.