Wednesday, June 29, 2011

novel oh novel


Dah lama tak baca novel. dah lama tak baca karya Norhayati Berahim. Apa agaknya novel terbarunya?
Ketika berkunjung ke MPH baru-baru ni mak aiii..ramainya penulis novel baru dan muda hinggakan rambang mata memilihnya dan akhirnya aku tetap memilih karya Norhayati Berahim dan satu lagi kombinasi Kusyi Hirdan dan Norhayati Berahim.
Bila nak mula baca ni??

Oh itu usah ditanya..InsyaAllah akan dibaca dan akan ditamatkan segera sekiranya cerita menarik. Dulu dan sekarang jauh berbeza, dulu pada bila-bila masa saja novel dalam genggaman. Beli esok lusa dah tamat dibaca. tapi sekarang baru saja mahu memegang novel datang si kecil duduk di riba sambil bertanya, "mama baca apa tu?"
Akhirnya novel ditutup tanpa mengetahui kesudahan cerita.

Tuesday, June 28, 2011

kasihan

Aku melihat ada titik-titik air mata pada wajah kanak-kanak itu. Berkaca..jatuh satu persatu pada pipinya yang mulus.
Masakan kanak-kanak sekecil itu dimarah, sedangkan dosanya hanya kerana menumpahkan air ke meja.
Kasihan!.
Ibunya masih tidak berhenti-henti membebel.
Itu dan ini hinggakan perkara lama terus terungkit. Sekali lagi kasihan datang bersinggah. Terus terbayangkan wajah anak sendiri.
Adakala kita terlalu emosi.
Tambah pula apabila bebanan kerja mula menyesak dada. Dan anak-anak menjadi mangsanya.
Korban nafsu amarah, hingga kadang kala terlupa mereka juga punya jiwa dan rasa.

Sunday, June 26, 2011

satu permulaan membanggakan

Minggu lepas semua ibu bapa diminta mengambil rekod peperiksaan pertengahan tahun anak-anak di sekolah. Maklumlah baru tadika 5 tahun jadinya tidaklah rasa excited sangat pun, dan tidak menjangkakan Durrani mendapat keputusan yang baik. "Alah rasanya dapat dalam nombor 5 atau 6 kot'


Sehinggalah suatu pagi Durrani berkata, 'mama bila nak jumpa cikgu kawan-kawan semua dah jumpa" alamak baru teringat dan teruslah pergi jumpa teacher dia sebelum ke tempat kerja.
Masa itu ler baru rasa berdebar, ehhh..macam nak ambil result UPSR anak ler pulak padahal baru 5 tahun hehheheh.

Ada 5 kertas semuanya Bahasa Melayu, Smart Science, Smart Maths, Smart English dan Fardhu Ain. Wahh boleh tahan juga Exam dulu-dulu tak adalah macam ni pun. Menurut kata guru tu ketika exam masing-masing ditukar tempat dan tidak boleh melihat kawan atau buku. Guru hanya membaca tajuk soalan saja kemudian mereka melakukan sendiri.

Untuk semua kertas pencapaian yang memuaskan dan boleh dibanggakan...cuma Fardhu Ain kena usaha lebih sikit terurama lemah dr segi menulis huruf Jawi. Yang lain-lain tu so far semua ok. (alah baru 5 tahun cikgu...kata aku dalam hati....)

Kegemarannya sekarang adalah mewarna. Kalau boleh semua gambar dia nak warna

"Durrani ok..rajin...bila bg kerja dia buat sungguh-sungguh tak main-main. Dia pandai warna dan cantik," (puji-pujian drp cikgu yg menyebabkan mama dia kembang semangkuk hahhahah).

"Dalam kelas Durrani dapat No. 2,"
"Nombor berapa cikgu," tanya aku macam tak puas hati.

"Nombor 2, Haykal no. 1," katanya lagi dgn lebih kuat.

"wah..wah..sungguh tak sangka, sorrylah mama low expectation kat Durrani ingatkan dapat nombor 5-6, rupa-rupanya no. 2, ok permulaan yang bagus dan membanggakan,"

Bila balik rumah, bg tahu yg dia dapat no. 2, terus dia tanya "no. 2 tu apa mama....untuk apa no.2 tu,"
tengok???? ada DIA KESAH????


P/s: walaupun macam tak kisah tetap tetap minta hadiah nak teddy bear Barbie yang boleh tukar-tukar baju tu.

Wednesday, June 8, 2011

aduh pening!!!...


jangan pening-pening semuanya bisa diselesaikan

Bermula daripada minggu lepas lagi sibuknya tak terkata. Pulang saja dari Singapura sepatutnya aku sudah mula bercuti bermula 6 jun sehingga 10 Jun. Bos pun sudah meluluskannya. Ingatkan boleh terus bergumbira melupakan segala kerja. Namun tidak juga..
Apabila aku menerima panggilan telefon drp pegawai perhubungan awam PDRM mengatakan temujanji untuk bertemu Ketua pengarah Datok Robiah akan diadakan pada 6 Jun. Alamak!!! terus aku tepuh dahi. Macam mana ni?

Untuk menukar kepada tarikh lain ehhmm ..nahi..nahi ..masakan peluang menunggu hampir enam bulan hendak dilupakan begitu saja. .terus aku berkata ya...
Dan aku mengubah cuti kepada 8hb sehingga 13 hb.
Ingatkan hari ini boleh terus pulang ke kampung...namun nampaknya ada lagi kerja yg masih belum selesai. Interviu yg sepatutnya 6hb ditukar kepada hari ini...ehhmm..kemudian selepas itu aku bercadang mahu terus menghantar baju ke butik untuk majlis anugerah hari ibu kepada tukang jahit di Setapak KL yang sepatutnya aku lakukan petang semalam tetapi tidak menjadi juga disebabkan masih ramai kawan-kawan belum menghantar baju contoh.

dan sepatutnya selepas menemuramah datok aku boleh terus menghantar baju di butik, malangnya aku terlupa mengambil sehelai baju contoh di pejabat...huhuhu terpaksa singgah di pejabat dulu mengambil baju kemudian baru ke setapak. inilah yang dikatakan apabila perancangan tidak menjadi...kita hanya merancang

P/s: "mama...mama esok jerlah pagi-pagi (khamis) kita bertolak balik kg," kata suami apabila melihat aku pening-pening lalat dan kelam kabut dengan semua kerja. Baju pun belum sempat kemas lagi ni- Alahai...

Saturday, June 4, 2011

ke Singapura lagi...

Kunjungan kali kedua ke Singapura kerana memenuhi undangan untuk pertunjukan fesyen Islamik yg kali pertama diadakan di sana.
Kami menginap di Hotel York yang terletak di Mt Elizabeth Singapore berhampiran Jalan Orchard. Event hanya bermula pagi Khamis dan berakhir jam 12 tengah malam, jadi kesempatan yang hanya ada pada rabu petang (sampai di York Hotel kira-kira jam 3 ptg) digunakan sebaik mungkin untuk berjalan-jalan.

Bilik menempatkan dua katil queen.

Hotel bertaraf empat bintang di Singapura.

Hanya berjalan kaki saja untuk ke Jalan Orchard menempatkan pusat beli belah seperti Takashimaya, Ion, Tang, Isetan dan butik mewah seperti Gucci, Prada, Dior dan Louis Vuitton. Manusia?? usah cakap memang terlalu ramai kerana ketika itu Mid Year sale hampir semua pusat beli belah memberi potongan harga sehingga 50% tapi aku kira masih mahal jika dibandingkan harga di Malaysia. Mungkin untuk alat solek, perfume masih dibawah harga murah.


Gambar di hadapan butik Dior, tengok saja ya. Nak masuk tak mampu...


Suasana waktu petang hampir jam 7 malam rasanya. Masih di Orchard Road di hadapan butik LV.


Agak lengang di hadapan butik LV kerana hari sudah beransur malam

Bergambar di hadapan butik Prada. Unik dengan replika manusia pelbagai warna.

Kagum melihat deretan butik mewah yang hanya terletak berhampiran saja. Untuk ke satu-satu butik tidak perlu menaiki teksi, berjalan kaki saja atau boleh menaiki MRT (keretapi bawah tanah) anda sudah boleh ke semua butik-butik ini. kawasan ini juga menempatkan banyak hotel bg memudahkan anda bershopping. Antaranya Hyatt Hotel , Elizabeth dan York Hotel .
Kata seorang rakan memang agaknya orang Singapore kerjanya hari-hari adalah bershopping jika tidak masakan terlalu banyak butik mewah disediakan.

Kali ini aku tidak melepaskan peluang ke Far East Plaza, yang rasanya sama seperti Bukit Bintang di Malaysia menempatkan butik-butik kecil, murah dan tidak berjenama. Untuk sepasang kasut cuma berharga $10 dollar singapura. Begitu juga dengan baju pelbagai gaya dan warna.

Jika ke Lucky Plaza pula banyak perfume murah dijual tapi menurut org Singapura itu tidak original. Patutlah harganya murah sekali ganda. Juga banyak menjual gajet seperti telefon, dan kamera pada harga yg sangat murah. Bayangkan Samsung Galaxy S hanya berharga $300 saja (RM732) jika di Malaysia masih berharga RM2000.

Namun masalah di Singapura adalah untuk mencari makanan halal. Spt yg pernah aku tulis dulu walaupun banyak restoran makanan segera namun dikhuatiri tidak halal. Pada hari pertama kami makan di restoran Indonesia Ayam Penyet yang berharga RM$10 termasuk air (RM24.40). Manakala pada esoknya Jumaat kami bersarapan di Restoran Punggol Nasi Padang. walaupun namanya nasi padang tetapi penjualnya berbangsa Cina jadi akhirnya aku hanya makan roti prata telur bersama milo suam berharga $3. 60 (RM8.80) kata seorang rakan, "Mak aiii...mahalnya dengan harga itu boleh makan 2 pinggan nasi goreng bersama air."

Jadi kesimpulannya jika mahu bershopping atau makan di Singapura jangan bandingkan harga kerana semestinya apa yg ingin anda beli akan terbantut apabila melihat harga ditawarkan.

Terus terbayangkan Malaysia, berkali-kali bersyukur dengan harga makanan dan barang di Malaysia walaupun dikatakan mahal tapi masih murah berbanding negara jiran. Mungkin juga gaji mereka tinggi tetapi jika diikutkan kos lain seperti rumah, petrol, makanan, barangan asas mungkin lebih mahal berbanding Malaysia.


Ini menu malam itu..






Diakhiri dengan gambar sendiri.

Apa yang aku beli? Hanyalah pakaian anak-anak sebabnya nanti Durrani pasti bertanya, "mama beli baju kakak tak,? soalan yang sudah pasti ditanya apabila melihat aku membuka beg.
Juga tiada dalam perancangan untuk bershopping sakan.