Sunday, February 27, 2011

yang mana satu pilihan kalbu?


Blackberry...


Nokia N8

Samsung Galaxy Tab



iphone 4


Yang mana satu pilihan hati????
kalau anda pilih yang mana yer???


Friday, February 25, 2011

pergi U untuk belajar bukan berdemo




Lihat gambar di atas adakah ini yang menjadi perjuangan mahasiswa universiti?

Sanggup memecahkan pintu masuk bangunan pentadbiran yang menempatkan bilik TNC HEP, UPM semata-mata inginkan apa yg dikatakan keadilan. Apakah budaya keganasan yang cuba dibawa oleh golongan mahasiswa yang dianggap intelektual ini?


Apakah pula perjuangan mereka..demokrasi bagaimana yang sangat mereka inginkan sehingga sanggup membelakangkan undang-undang. Tidak cukupkah selama ini kebebasan yang dimiliki pelajar...bukankah pelajar universiti sendiri sudah cukup bebas...bebas daripada belenggu ibu bapa, bebas ke sana sini menunggang motosikal atau memandu kereta sambil membawa teman wanita di sebelah atau membonceng bersama teman lelaki?


Tidak cukup dengan itu mereka diberi kebebasan untuk keluar ke mana saja, pulang tanpa mengira waktu. Bebas menggunakan wang pinjaman untuk membeli telefon bimbit, komputer riba atau gajet-gajet IT di pasaran sesuka hati tiada sesiapa menghalang...itu bukankah juga atas nama kebebasan???


Justeru kebebasan bagaimana lagi yang mereka inginkan??

Katanya, "kami mahukan demokrasi..kembalikan suara pelajar. Biar pelajar yg membuat keputusan untuk pelajar sendiri tanpa campur tangan pihak pentadbiran"


uhhh..jelek dan pelik sekali mendengarnya. Loya tekak rasanya...

Bukankah matlamat anda dihantar ke universiti adalah untuk belajar??

Bukankah anda perlu menunaikan cita-cita diri sendiri atau impian ibu bapa dahulu?

Mahu kebebasan yang bagaimana???
Lihatlah apa jadinya sekiranya pelajar diberi kebebasan???

hanya kebebasan yang sedikit..berapa ramai pelajar universiti tergelincir mengandung anak luar nikah, melahirkan anak haram, terlanjur bersama teman lelaki...tak percaya cuba pergi ke rumah perlindungan wanita dan lihat sendiri siapa mereka. Tanyakan kepada doktor yang pernah membuat kerja haram menggugurkan kandungan siapa pelanggan mereka?? bukankah pelajar universiti dan kolej???

Jadi bukankah itu dinamakan kebebasan??? dan kebebasan bagaimana lagi yang mereka mahukan. Dalam hidup mesti ada undang-undang..kebebasan perlu ada hadnya. Dalam ada peraturan pun masih ramai pelajar tergelincir inikan pula jika diberi kebebasan sepenuhnya.

Jika mahu memperjuangkan sesuatu isu biarlah yg releven...kenapa mereka tidak memperjuangkan mengenai pelajar universiti melakukan maksiat, pelajar universiti menjadi GRO, pelajar universiti menjadi GAY dan banyak lagi masalah sosial pelajar itu sendiri. Perjuangkan isu bagaimana mengurangkan masalah sosial di kampus, bagaimana meningkatkan jati diri bukankah itu lebih memberi makna. Ini tidak sibuk berkempen...dan membuat demonstrasi yang langsung tidak mendatangkan faedah.

Mereka belajar untuk menjadi penentang, belajar untuk menjadi ganas dan bukannya bersyukur dengan keamanan yg dimiliki kini. Perasaan atau rasa untuk bersyukur itu perlu ada dan bukannya disemarakkan lagi dengan sifat tidak berpuas hati ..ini kerana lama-kelamaan apabila ianya disemai di dalam hati akan menjadi nanah dan darah. Bayangkan apabila kita tidak tahu bersyukur dan asyik menyalahkan orang lain. Tidak pernah menilai kelemahan sendiri dan sentiasa mencari salah orang lain. Belajar untuk mencari damai, mencipta keamanan, kemakmuran dan bukannya mencetuskan keganasan.

Ingat matlamat ke universiti adalah untuk belajar... belajar menjadi insan berguna kepada agama dan bangsa. Apabila tidak mendapat tawaran sibuk melalak ke sana sini, membuat pelbagai rayuan dan apabila diberi peluang...bukan saja tidak menghargai malah menentang pula. Bayangkan apabila seorang anak yang diberi peluang belajar, bantuan wang ringgit tetapi menentang bapa??? tentu si bapa akan marah bukan??? Jadi fikir-fikirkanlah...


p/s: ketika zaman belajar dulu pernah juga terbabit dengan demonstrasi pelajar tetapi ketika itu bertugas sebagai wartawan kampus. Melihat sendiri bagaimana pelajar ini mengaturkan demonstrasi demi memperjuangkan sesuatu isu dan akhirnya ke mana mereka??? dan di akhir pengajian apakah yg akan dinilai? bukankah CGPA dan ijazah kelas berapa? Adakah perjuangan atau berapa kali menyertai demonstrasi pelajar dinilai oleh pihak luar terutama apabila memohon kerja. Jika tidak bernasib baik nama akan disenarai hitamkan...siapa yang rugi???


Friday, February 11, 2011

ada apa dengan kampung

perbualan cucu dan nenek (pic lama masa Durrani umur 3 tahun)

Ada rakan sepejabat bertanya ke mana saya bercuti seminggu tahun Baru China baru-baru ini. Saya katanya kepadanya, “balik kampung saja, melawat mak dan ayah di kampung.”

Dia bertanya lagi, “ Balik kampung saja tidak ke mana-mana?”Ya memang begitulah saya dan suami apabila tiba cuti panjang yang biasanya disambung bersama cuti public Holiday selepas berhempas pulas bekerja di pejabat, terpaksa diganti dengan hari sabtu kami jadikan balik kampung sebagai medium untuk merehat juga melepaskan segala tekanan serta bebanan kerja di pejabat.

Biasanya cuti panjang ini dihabiskan di rumah saja, biarkan anak-anak dilayan datuk dan nenek, biarkan mereka merasai suasana kampung melihat kucing berlari, mendengar kicauan burung pada waktu pagi atau bermain tanah dan pasir. Biarkan mereka merasai bedanya dengan suasana bandar yang hanya seminggu sekali saja dapat bermain di taman atau pulang ke kampung di Port Dickson namun masih tidak sama kerana di sana juga sudah tiada datuk dan nenek.

Apabila pulang ke kampung suasana yang sangat saya rindui apabila mak bersedia menyediakan makanan yang pastinya jarang didapati di sini.

“Nak makan pulut durian tak?” tanya mak

sudah tentu saya tidak lepaskannya. Kemudian baki pulut itu dicampur ragi lalu dilipat kemas di dalam daun pisang untuk dijadikan tapai.

“Lagi dua hari boleh makan, sempat lagi sebelum balik KL,” kata mak bereya-eya pada hal dulu dia jarang membuat tapai sendiri.

Kemudian apabila tiba makan tengah hari, dia mencari ulam-ulaman pucuk ubi kayu dan jantung pisang dijadikan hidangan. Kemudian ikan keli yang dibeli di pasar dibakar manakala ikan kayu disumbat dengan sambal nyior kepala. Kecur liur apabila dicicih bersama sambal belacan dan disulam ulam-ulaman yang dikutip di belakang rumah. Lebih enak nasi dimakan bersama hidangan air kepala atau cendol.

Ya semua itu pastinya menjadi kerinduan kuat pada saya tatkala lama tidak menjengah mereka di kampung.

Melihat kudrat abah yang semakin hilang sedikit demi sedikit, namun dia masih kuat walaupun usianya bakal mencecah 80 tahun juga mak yang semakin dimamah usia namun masih kuat ke bendang bercucuk tanam membuatkan saya semakin kerap ingin pulang ke kampung. Kalau boleh setiap bulan atau dua bulan sekali namun kejauhan dan jarak yang memakan masa sehingga 400km serta cuti yang agak terhad, membataskannya. Tambah pula apabila Durrani sudah bersekolah tadika perlu memikirkan waktu persekolahannya pula.

Kata suami, “ pulanglah sementara masih ada ibu dan ayah. Jangan jadi seperti dia pulang ke kampung sudah kurang bererti kerana tiada apa yang ingin dicari. Mak dan ayah yang sudah tiada menyebabkan kehidupan tidak bermakna.”

Ya saya akur dan bersetuju dengan katanya. Apa lagi yang ingin dicari seorang anak ketika pulang ke kampung melainkan berjumpa dengan orang tuanya. Memang berbeza sekiranya tiada ibu dan bapa seperti mana keluarga suami yang rumahnya sunyi saja yang tinggal hanya adik-beradik. Itu pun mujur setiap minggu mereka berkumpul di kampung disebabkan masing-masing tinggal di kawasan berdekatan. Bayangkan sekiranya jauh...pasti masing-masing membuat hal sendiri.


Wednesday, February 9, 2011

aktiviti CNY moh... ke Zoo kita

Ke mana cuti Tahun Baru China selain balik kampung. Oh sempat ke Muzium dan Zoo taiping walaupun dah pernah pergi tapi tetap pergi lagi sebabnya anak-anak yang tak pernah puas tgk binatang.

Sebenarnya tak plan pun nak ke Muzium..tapi disebabkan hujan lebat jadi berteduh di Muzium dulu sementara menanti hujan berhenti.

Antara yang sempat dilihat makanan tradisi Melayu

Pakaian tradisi perkahwinan zaman dulu

yang ini pula kediaman orang Asli. Teruja budak-budak bila tengok maklumlah tak pernah tengok.
Sempat bergambar dalam Muzium Taiping. Fahim, Durrani dan Afiq

Selepas Muzium tutup jam 5 petang hujan pun berhenti. Jadi kami menuju ke Zoo taiping. ramainya manusia maklumlah time cuti.

Oh gajah yang menjadi haiwan favourite untuk dilihat. Comel jer tgk keluarga gajah ni.

Aksi spontan..nasib baik Fahim nak jalan..tapi time dia letih lenguh tangan nak dukung.


Bergambar berlatar belakangkan gajah..

Masa melihat singa semua berhenti lama di sini sebabnya singa ni macam teruja melihat terlalu ramai manusia memerhatikan gelagatnya. Kata kakak singa ni teringin nak menyeberangi sungai sebab nampak banyak daging manusia.

Kakak yang takut tengok beruang

Itu sajalah gambar yang ada. Aktiviti yang sangat ringkas namun berjaya mengembirakan Durrani dan Fahim. Sampai sekarang masih ingat pergi zoo dan lihat binatang.

Wednesday, February 2, 2011

maaf ya...saya ada prinsip

Wajarkah kita meletak ke tepi prinsip atau pendirian hanya kerana inginkan imbuhan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau pangkat?
sama ada dalam dunia pekerjaan atau kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada membuat pilihan. Pilihan di tangan kita sama ada A, B atau C. Setiap pilihan dipengaruhi oleh setakat mana kita berpegang kepada prinsip yang sudah dibentuk dalam diri. Mungkin daripada didikan keluarga, persekitaran serta suasana bekerja. Kekuatan prinsip ini bukanlah satu kubu yang kuat selama-lamanya. ia akan menjadi layu, lembut dan longgar disebabkan oleh cabaran-cabaran yang mendatang yang tentunya lebih kuat untuk menggoncangkan hati kita dalam membuat pilihan.
Sebab itu ada orang mudah saja menerima sogokan atau habuan hanya kerana inginkan sesuatu yang berkepentingan untuk diri sendiri. Ada orang walau sebanyak mana sekali pun ditawarkan akan menolak kerana merasakan dia sudah melanggar prinsip yang dibina selama ini walaupun ada yg memberi atas dasar 'sedekah' dan ada juga menerima atas dasar 'sedekah'.

Ada pula berkata semua itu bergantung kepada niat. Cuba bayangkan anda memberi sesuatu kepada si miskin, ibu tunggal atau sesiapa saja dengan harapan dia boleh menjalani hidup seperti orang lain makan dan minum. Tentunya anda tidak mengharapkan apa-apa balasan drp si peminta sedekah bukan??? cuma harapan mungkin drp Allah agar dimurahkan rezeki kita pula.
dan cuba bayangkan pula sekiranya ada memberi sesuatu yang dinamakan' sedekah' tetapi ada niat lain di dalamnya seperti mengharapkan mendapat sesuatu projek atau apa saja yang boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri dan bukannya balasan drp Allah semata-mata. Adakah itu boleh dikatakan sedekah????

dan apabila situasi ini berlaku tentunya pegangan atau prinsip akan menjadi benteng paling hadapan. Berpeganglah kepada prinsip atau pendirian yang telah anda bina kerana ini akan memandu anda menjalani kehidupan sempurna sehingga ke akhir hayat. Jangan merosakkannya hanya kerana inginkan sesuatu yang mana tidak pun boleh mengkayakan anda di dunia pun...
di akhirat apatah lagi.

**** Maaf ya...saya ada prinsip***

Tuesday, February 1, 2011

alahai cik G


Hari tu masa pergi satu kawasan yang langsung tidak pasti aku sudah menggunakan perkhidmatan cik G (singkatan pd GPS). Mula-mula memang aku follow jer apa yang cik G cakap..
Kemudian dia bawa aku ke satu jalan yg memang aku tak sure langsung ke mana dan berbeza spt mana diberitahu oleh pemberi alamat. Memasuki kawasan perumahan, kemudian lorong belakang bangunan. Kata hati," ehhh...rasa macam jalan salah jer ni," mulalah aku bercakap dengan cik G, "kau nak bawa aku ke mana ni, betul ke jalan nie, eehh..salah jalanlah...are u sure??
Macam nak marah pun ada kejap right..kejap turn left...yg kelakarnya bercakap sorang-sorang dengan GPS. Lepas tu bila aku tak ikut apa yang disuruh u-turn balik. hampir satu jam setengah mencari asyik di kawasan yg sama. Lama -kelamaan bila dah fed up aku pun call orang tu dan dia minta tunggu di satu kawasan.
Ok setengah jam kemudian dia datang dan membawa aku melalui jalan belakang.
Apabila sampai di kawasan itu..alamak!!!! inilah jalan yang cik G bawa aku tadi...ayoo..yooo..betullah kamu cik G..aku yang silap. Rupanya cik G ikut jalan hadapan dan lagi dekat kot dah set situ near road lagi mahu tanya!!!!! huhuhuhu...itulah akibat tak percaya pada cik G kan dah sesat hampir 2 jam.

Yerlah aku pernah dengar org bercerita walaupun ada GPS kadang-kadang GPS ni bawa kita melalui jalan jauh. Jadi aku pun macam tak yakin betul ke tak. Sekali betul...apa daaa..
aku pernah cuba ke Puchong dan kawasan yang mmg langsung tidak tahu. memang berpandu 100% pada cik G...yess lepas tu 20 minit dah sampai. terus tekan butang i Like!!!

sukalah kamu cik G sekarang ni dah tak payah nak google map... set saja nak ke mana. duduk diam-diam dalam kereta ikut jer arahan cik G, lepas tu sampai. Senangkan teknologi...pada orang-orang yang buta jalan macam aku ni.