Wednesday, December 29, 2010

lunch at Chili's MidValley

Agak lama sudah tidak makan di Chili's MidValley. Rasanya kali terakhir ketika bekerja di Jelita dekat 2 tahun rasanya kot.
Oleh kerana rasa nak makan tu macam memanggil-manggil cewahhh...jadinya aku sudah menjemput kengkawan lama di jelita untuk lunch bersama-sama Selasa tadi. Nasib baik semuanya free cuma kak Azeda saja yang tiada kerana ada tugasan luar. (lain kali dengan akak pula ya)


ambil gambar chili's dulu sebelum order makanan ya.

ni wajib order kalau ke Chili's Nachos..mmg terbaik...

perasa untuk dimakan dengan roti pita. Maaf roti pita tiada dalam gambar.


beef dan chicken grill. Oleh kerana portionnya besar jadi kami order dan kongsi makan saja. Janji sedap dan habis...tidak membazir.


menu seterusnya...chicken fried..bersama kentang dan jagung..



diakhiri dengan desert yang sangatlah marveless...ice cream bersama kek coklat panas. sedap sangat wehhh desert ni..dan besar makan 4 orang pun tak habis.


ya inilah lah dia..yang menghabiskan makanan tadi. Kak ema, anis, Hazirah dan tentu ler aku hehhehe...


Gambar lagi...sebelum pulang ke rumah. Bestnya dapat jumpa. uols...sembang-sembang kenangan itu. Akhirnya dapat juga tunaikan janji..selepas setahun bekerja di tempat baru (dah tak dernya baru dah setahun pun).

p/s: nanti jumpa lagi ya...kengkawan...

ke pesta sajor...

Oh ke mana aku bercuti minggu lepas?
Tak ke mana-mana pun..biasanya kalau cuti panjang akan balik kampung saja. Maklumlah bukan senang nak balik kampung lama-lama selain drp cuti hari raya. Masa nilah saja nak bersama mak dengan ayah di kampung.
Plan nak ke pesta Pulau Pinang saja, dah lama tak pergi rasanya last dekat 4 tahun lepas kot. Teringat masa 3 tahun di Usm boleh dikatakan tiap tahun ler pergi dalam sebulan tuh dua tiga kali juga. hehhehe walaupun tak ada best sangat tapi dapat jalan-jalan kira oklah...


Last pergi bawa Durrani tu pun dia baru umur setahun kot..sekarang dah bawa Fahim dan dia dah pandai tengok itu dan ini terpegun jugalah bila tengok permainan yang banyak tuh. Juga rumah hantu yang menyebabkan dia takut. Sempatlah bawa dia naik keretapi..hahhaha...menjerit nak turun. Fahim ok jer relaks siap bangun lagi nak tgk kat bawah.

Bila nampak Upin Ipin terus minta belikan...kagum pada gambar upin dan Ipin ni.

Muka kepenatan. tapi mmg ramai orang sangat masa 25hb tuh. parking penuh. Nak jalan terpaksa berhimpit. Mmg tak best sebab ramai sangat orang. Lastnya tak jalan sangat dalam 1 jam terus keluar cari makanan.


sama jerlah kot seperti tahun-tahun sebelumnya.
tapi naper ntah kalau balik kampung bulan 12 tak sah ler kalau tak berkunjung ke sini. walaupun bukan ada daya penarik sangat pun. Saja nak bersesak-sesak dengan orang...tapi kalau ada anak kecil jgn ler bawa...menyeksakan jer. sian kat budak. Aku bawa durrani dgn fahim pun kasihan..separuh jalan dah penat minta dukung. Kita pun letih juga dukung anak...tapi nak jalan punya pasal..sanggup.
p/s: sempat pergi Sungai petani rumah sepupu kahwin dan terus ke Alor star Kedah.
Itu jer percutian hujung tahun ni.

Sunday, December 19, 2010

cuti, bonus dan beli rumah...

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog, semuanya kerana sibuk (org lain pun sibuk juga wehhh) dengan pengurusan kerja di pejabat dan juga di rumah.
Dua minggu lepas suami tidak sihat, kerisauan aku juga berganda disebabkan dia sering mengadu badannya banyak angin sehingga muntah-muntah. Puas berubat sama moden atau tradisional. Doctor memberitahu keadaannya sihat cuma mengalami penyakit 'kerisauan' yang terlebih. Seringkali juga dia menyebeut, "abang ni dah nak mati kot,"
aku membalas juga dengan gurauan, "selalunya orang nak mati dia tak akan cakap yang dia nak mati biasanya terus jer meninggal gitu,".

Sekarang setelah bertemu dengan ramai ustaz daripada di Bangi, Kajang, Melaka, Bagan Datuk dan Seremban keadaannya sudah semakin pulih. Semangatnya juga sudah semakin baik, selera makan juga sudah semakin bertambah...Alhamdulillah...
Jadinya keinginan aku untuk menulis di blog juga semakin menurun apabila memikirkan keadaan suami.
Sebab kedua bermula minggu ni aku akan bercuti selama seminggu dan akan kembali bekerja pada 29 Dec ni. Jadinya aku gunakan ruang yang ada untuk menyimpan stock, terutama column sendiri sehinggakan bos berkata, "Ct ...awak nak bagi stock sampai tahun baru ke?" hahhaha aku cuma membalas dengan senyuman. "Tak apa bagi lebih kak, jangan tak cukup nanti pening kepala akak."
Sememangnya sudah terbiasa sebelum bercuti aku pastikan tidak akan menyusahkan kawan-kawan dan juga memudahkan urusan editor memilih story.

Alhamdulillah tahun ini aku dapat bercuti panjang selepas setahun bekerja di Harian Metro..syukur Alhamdulillah kerana akhirnya aku mendapat kerja di tempat lain yang jauh lebih baik persekitaran sama ada suasana bekerja, bos mahupun gaji. Dan setahun ini banyak pengalaman yang aku kutip, pengalaman yang bertambah apabila bertemu ramai golongan manusia daripaya yang kaya dan mewah sehinggalah tinggal di bawah jambatan juga menjadi pelacur di lorong gelap. Semuanya memberikan kesedaran dan keinsafan untuk terus mensyukuri nikmat Tuhan.
Tahun ini juga aku bakal merasai bonus pertama setelah hampir lebih 5 tahun rasanya tidak pernah merasai bonus. (sepanjang 10 tahun bekerja pernah mendapat bonus hanya sekali). Itu sudah rezeki dan bersyukur juga dengan bonus itu.

Alhamdulillah sekali lagi...dan diakhiri dengan berita gembira apabila telah berjaya mencari rumah untuk dijadikan aset...ya membeli rumah setakat kemampuan saja, untuk disewakan dan bukan tempat tinggal sendiri.
Harap-harap semuanya berjalan lancar untuk pengakhiran tahun 2010 dan kedatangan 2011 semoga memberi lebih sinar sama ada dalam kerjaya mahu pun keluarga. AMIN.

p/s: petang ni mahu pulang ke kampung di Perak, cadangnya mahu ke Penang, ada Pesta Pulau Pinang di sana dan kalau sempat mahu ke Sungai Petani Kedah.

Monday, December 6, 2010

eehh kejapnya...

Salam pagi Isnin..

ehhh sekejap jer masa berlalu hari ni dah 6 Dec 2010 tak sampai 30 hari nak sambut tahun 2011. Pejam celik pejam esok dah tahun baru hijrah ...dua hari lepas juga Ulang Tahun perkahwinan yang ke-5, rasa macam baru jer lagi kahwin, baru jer lagi bersanding...cewahh..
Bulan Dec ni mmg bz sikit..sebab tu blog pun tak berup date..dengan nak cuti seminggu hujung bulan ni, dengan nak setlekan kerja nak buat stok untuk cuti seminggu dengan nak siapkan projek buku yang dah pun bermula minggu lepas dan akan disambung ke minggu ini. Rasanya cam tak cukup jer seminggu 7 hari rasa nak tambah jadi 10 hari seminggu boleh?????

Itulah manusia..bagi 24 jam sehari pun tak cukup, apatah lagi kalau ditambah masa...itu ler tandanya manusia tak pernah puas dan bersyukur hhehehe (cam kena kat batang hidung sendiri jer).
Harap-harap plan bulan Dec berjalan lancar...dan akan bersambung untuk Januari 2011.
Ohh dec juga maknanya sudah setahun aku bertugas di tempat baru..rasa cam dah lama kerja jer kat sini...apa-apa pun semuanya menggembirakan sepanjang tahun ini. Cumanya sedih ada beberapa perkara yang tidak dapat dicapai untuk tahun ni..tak per kita bawa azam tu ke tahun depan ler pulak..

p/s: entry sembang-sembang kosong...sempena bulan busy sedunia hehhehhe

Thursday, December 2, 2010

mama jom pegi zoo nak tengok kangru

Ini rentetan daripada gambar-gambar pergi Australia hari tuh, hari-hari kakak cakap," mama jomlah pegi zoo nak tengok kangru," alahai anak mama ni..bilalah agaknya nak bawa pergi zoo. Sebabnya Zoo Negara ni macam tak ada apa jer...kalau dapat pergi zoo Taiping atau zoo Melaka ok juga sebabnya masih terpelihara dan banyak binatang kat sana.
"Nanti yer sayang bila mama cuti bolehlah bawa pergi zoo".
Hari-harilah dia buka lap top sebab nak tengok kangru...


Ni gambar masa pergi Koala zoo hari tuh. Nak masuk bayaran dikenakan USD30 dalam RM90 mahalkan???
compare dengan zoo kita...
Kat dalam tentulah banyak koala bear jer..tapi aku tak bergambar pun walaupun binatang ni comel dan jinak rasa macam geli pulak nak pegang bulu-bulunya tuh. Nak bergambar kena bayar dalam USD20 iaitu RM60.

Kangru di sini sangat jinak..boleh pegang boleh bg makan, boleh ambil gambar..sangat mesra alam..


Sibuk nak cari kangru yg bawa anak dalam kantung tapi malangnya tak ada.

Minah salleh sedang memberi makanan pada kangru..

see...banyakkan??? semua kangru sedang lepak sementara menunggu gambar diambil.


Ehhh..koala bear..yang sangat suka tidur. Hampir 20 jam drp masa 24 jam sehari adalah masa untuk tidur. Ni nasib baik dia bangun kalau tak asyik tidur jer kerjanya.

Diakhiri dengan gambar aku bersama kangru..patutlah kakak cemburu sebabnya tengok gambar mama bersama kangru.

Wednesday, December 1, 2010

badi mayat..benar atau igauan??

Pernah dengar tak badi mayat?
Adakah ianya benar-benar berlaku atau igauan individu saja yang takut atau terbayang-bayang selepas mengunjungi jenazah? Bagi mereka yang tidak pernah mengalami mungkin akan menganggap, "ehh mana ada," atau "alah...lemah semangat tu..tu yang tak lena tidur"
Alhamdulillah setakat ini walaupun pernah menziarah jenazah namun tidak pernah lagi terbayang atau teringat-ingat sehingga mengganggu lena semalaman.

Minggu lepas rakan sepejabat suami meninggal dunia, jadinya suami sebagai rakan yg rapat juga pergi menziarah di rumah si mati. Selepas pulang ke rumah mungkin kerana terlupa dia tidak terus mandi akibatnya malam itu suami mengakui badan tidak sihat, rasa kembung perut atau perut penuh angin. Ok..ingatkan sakit biasa, jadi malamnya terus ke Az-Zahra mendapatkan ubat.

"Ohh tak ada apa-apa ni cuma kembung biasa saja," kata doktor yang merawatnya.
Malamnya dia tidak dapat tidur takut katanya, dan sentiasa terbayang-bayang wajah si mati. Aku meminta dia supaya tidak berfikir yang bukan-bukan, namun sama saja.
Keesokkan oleh kerana tidak tahan, dia pergi ke Darul Shifak mendapatkan air penawar dan malamnya ustaz itu meminta suamiku mandi menggunakan air penawar itu.

dan malam itu terus kedua-dua anakku demam panas...mujur ada ubat bontot dapatlah dikurangkan sedikit panasnya tapi aku menganggapnya hanya demam biasa saja kerana tidak mahu mengaitkan dengan benda mistik itu.

Malamnya pada jam 1.30 pagi Fahim terjaga dan terus menangis dengan kuat. Sukar dipujuk, malah matanya juga berkeadaan seperti luar biasa. Puas aku membacanya ayat kursi namun masih sama. Tangisannya bertambah kuat. Malah dia membaling apa saja yg ada di hadapannya sambil memanggil mama...mama..mama. Apabila didukung dia tidak mahu malah mahu menggigit bahuku. Dalam keadaan panik itu suami melaungkan azan sebanyak 2 kali kemudian barulah tangisannya reda, dan dia tidur seperti biasa. Sukar dipastikan mengapa..tapi naluri aku berkata mungkin ada kaitan dengan suamiku.

Esoknya kami terus berjumpa ustaz salleh (anak buah Harun Din) memang terkenal di Bangi dan seluruh Malaysia kerana kebanyakan kes rasuk atau memindahkan jin drp bangunan besar seperti KLCC dia yang melakukannya.
Dia merawat menggunakan ayat al-Quran sambil memegang kedua-dua ibu jari dan belakang suami dan menepuk-menepuk badan suami. Lama juga hampir 20 minit selepas itu memberikan air untuk diminum, mandi dan disembur sekeliling rumah pada waktu magrib manakala untuk anak cuma diminum kemudian disapu ke muka saja.

Ustaz ini tidak menolak apa yang berlaku kepada suami dan anak adalah disebabkan badi mayat. Semalam menurut suami, keadaannya sudah mulai berkurangan. Dia sudah boleh tidur lena. Alhamdulillah....

Menurut ustaz badi mayat biasanya berlaku bagi mereka yang lemah semangat jadi ada panduan diberikan ketika melawat jenazah:

1. Sebaiknya jangan terus pandang muka si mati pandang menerusi kaki dulu kemudian baru ke muka.
2. sedekahkan al-fatihah kepada si mati.
3. terus bersihkan diri selepas menziarah si mati elakkan memegang anak atau isteri.
4. Ada sesetengah kawasan dan daerah menggunakan air mandian bersih (mandian) untuk disapu ke muka juga untuk mengelak badi mayat.
5. Jika badi mayat masih tidak dapat diubati ubat paling mujarab adalah meminta pakaian si mati lalu direndam kemudian airnya dibuat mandi.

*** menurut ustaz ada sesetengah kes badi mayat yang sukar diubati boleh menyebabkan koma dan meninggal dunia**** wallahualam ( dah sampai ajalnya....)

p/s: mungkin ada sesiapa yang ada pengalaman mengenai badi mayat ni boleh share...