Thursday, September 30, 2010

hati berbunga dapat bunga...

Tiba-tiba hati jadi berbunga-bunga sekejap apabila menerima jambangan bunga yang besar ni.
Pagi semalam masa masuk office terus jer terpandang bunga atas meja...
Hoyeh..hoyeh..dapat bunga...syok sekejap. Maklumlah perempuan kalau dapat bunga macam jumpa duit gembira tak terkata. Yer ker???? ker aku sorang jer gitu.
Nak bawa balik rumah pun cam tak terangkat jer bakulnya...jadinya member-member yang nak bunga tu aku bg jerlah...mana bunga yang dia orang suka.

Ohhh siapa yang bagi biarlah rahsia..cewahh..mengada betullah mama Rynas nie...
Yang penting bukan peminat pun...ewah motif???? artis ker???? hehhehe..
Suami i sila baca ni..manalah tahu nak bg bunga lg besar drp ni hehhehe...

Wednesday, September 29, 2010

layan gambar...

Dah ketinggalan banyak cerita ni..
apalah cerita kawan-kawan nak blogwalking satu malam jer tak habis baca blog kawan-kawan.
laptop masih rosak lagi ni huhuhu...technician kat Plaza Imbi tu lastnya tak dapat baiki, maybe ada sparepart yang dia tak dapat sebabnya original Dell so mmg kena hantar kat Dell.

Opss..ni gambar anak-anak yang mmg suka bergambar. Pantang jer nampak kamera mestilah nak pose baring-baring sambil tongkat dagu..'perasan' lawo lah tuh hehheheh...



"mama...mama..cantik tak? " katanya...

Pose menawankah???? bolehlah...tu hehhe. Si kakak dah nampak dah kesukaan untuk bergaya tuh. Kalau nak keluar mesti dia cari lipstik pakai sendiri ok pulak tu dia pakai tak comot. Kemudian cari tudung nak pakai...bagus-bagus kecik2 dah nak pakai tudung.


Fahim yang memang suka tiru kakak dia..apa jer aksi kakak dia buat ler..
sekarang ni makin pandai bercakap makin banyak perkataan dia tahu..makin panjanglah akalnya..sampai tak terlayan..jawapan paling dia suka kalau dia memanjat ker atau main air ker, "ala...jap jer mama," atau pun "tak kena pun mama" atau "ala sikit jer" atau "ala Aim tak buat pun"


SEkarang ni dah 2 tahun dua bulan. Dah start nak ajar tak pakai pampers..sebabnya bukan apa...sekali dia kencing dalam pampers dia akan minta tukar...sehari entah berapa kali tukar..satu pek besar tu kejap jer habis asyik tukar jer. Nak bg pakai pampers pun punyalah susah...sebab tu try tuh tak bg pakai pampers..tapi lastnya terkencing depan TV, dah buang air baru bg tau. Hari tu sekali dia cakap nak cing..cing..lastnya tak sempat bawa terbuang air besar depan TV. haru..haru...


oitss...termenung apa tuh???


Di akhiri dengan gambar ni.
"Mama duit raya Aim dah kira ker mama?"

Thursday, September 23, 2010

aduhai lappy..


Hidup rasa tak sempurna jer sejak cik lappy@ Dell berada di klinik. Hampir empat hari berada di sana. Rasa sunyi jer hidup tanpa bertemankan lappy. Bilalah nak sembuh cik Lappy oohh..dan paling penting dan menggusarkan jiwa berapakah agaknya bayaran sepanjang rawatan dikenakan. Ohh tidak..berhabis duit lagilah nampaknya ya. Tak mengapalah demi untuk cik lappy tersayang.

Lepas ni akan dipastikan supaya si kecik dua orang tu tidak lagi mempergunakan cik lappy sewenang-wenangnya..dengan mengetuk keyboard, menutup dengan kuat dan duduk di atas lappy ohh tidak lagi. Semuanya gara-gara mereka lappyku terlantar di klinik..dan salah aku juga kerana membiarkan lappy di meja dan meninggalkan begitu sahaja....dan kesudahannya badannya mula sakit dan rosak.

Di rumah terpaksa pula berkongsi menggunakan lappy husband. Tetapi sudah menjadi haknya...24jam lappy ditangannya..tanpa memberi peluang isterinya menggunakannya. Ni pun sempat curi sekejap nak update blog huhuhuhu..

Tak mengapalah menurut kata doktor yang merawatnya..mungkin esok atau lusa lappy siap sepenuhnya...sediakan duit sahaja ya..alah tak mahal anggaran RM250 lebih sedikit atau terkurang nanti akan diberitahu kemudian.

Wednesday, September 22, 2010

cerita dan gambar raya 2010

Orang lain semua dah keluarkan cerita raya siap ada part 1 dan part 2 lagi. aku baru ler nak upload gambar raya. Sebabnya masa balik raya hari tu memang langsung tak sentuh pc..malas jer rasa nak update blog. Mood untuk beraya sahaja...

Tak banyak pun ambil gambar mana yang sempat jer. Semua gambar2 di bawah adalah ketika beraya di PD pada hari raya pertama. Sempatlah beraya dalam 7 buah rumah dr jam 11 pagi sampai ler 6 petang. Kemudian bersambung ke esoknya raya kedua 2 buah rumah jer menjadikannya 9 buah rumah..fuhhh..mmg ramai betul saudara sebelah suami itu belum beraya kat Banting, Tanjung Sepat lagi tuh..rumah saudara sebelah suami juga tu. Raya kedua jam 3 petang baru bertolak balik perak. Nasib baik jalan clear tak ada jam jam 8 malam dah sampai Parit Buntar.


Pagi-pagi sebelum keluar beraya, lepas bersalaman dan sesi bg duit raya, barulah sesi bergambar di luar rumah. susah betul nak kumpulkan semua dgn anak-anak yang berlari sana sini. Fahim masa ni dh dalam kereta...asyik ajak balik jer...tak sabar dia nak beraya.



Ini family adik ipar, Lia bersama keluarganya...


Dapatlah jg gambar keluarga. wpun Fahim tak ready dan Durrani dengan muka seposen dia...



Ini gambar anak dara dan mak dara. Bersama ipar duai....sebelum pergi beraya sempat ambil gambar beramai-ramai..



Ni gambar...bapak budak bersama anak-anak...



Anak terunaku..kopiah dia terbeli kecik tu yang dia tak nak pakai...




Hhehhehe..mama paksa bergambar..sedih jer muka.





Ni dengan anak buah Arina dan Iman



Anak-anakku bergambar dengan sepupu mereka Arina..

Diakhiri gambar Fahim tengah bersedih..orang lain happy2 jer dia pulak muka seposen...pas dapat duit raya elok jer gelak-gelak...

Itulah sahaja gambar-gambar raya di rumah...kalau rajin nanti upload lagi gambar ketika beraya dan gambar raya di Perak mmg langsung tak ada. Gitulah setiap tahun mmg susah betul ler nak ambil gambar. Maklumlah dah sibuk-sibuk dan jumpa semua adik beradik mmg dah tak ingat pasal kamera dalam beg alih-alih eehhmmm dah habis function.

Monday, September 6, 2010

kenangan raya 2009

Ni gambar raya tahun lepas 2009 di Port Dickson negeri Sembilan. Tema baju biru,


Fahim sebelum kepalanya dibotakkan. Nasib baik pandai pakai sampin.



Ini selepas dibotakkan...nampak kenakalannya makin terserlah

hanya inilah saja gambo keluarga yang sepat diambil. katanya nak bergambar di studio..nan ado..


Durrani yang awal-awal pagi dah bangun sebab nak pakai baju kurung.

Durrani dan Fahim yang kena paksa bergambar.

gambar sambil pegang tangan...sweet jer...

Tahun ni masih beraya di PD pada hari raya pertama. Hari raya kedua baru balik Perak dan seterusnya sampailah habis cuti raya. Sebabnya nak beraya lama-lama kat kg aku terpaksalah korbankan raya pertama di Perak. nampaknya tak adalah lagi gambar raya bersama family di Perak.

Tema untuk 2010..tak ada tema..warna-warni katanya...1 Malaysiakan..warna pun campur2 kasi meriah sikit. Tahun ni Durrani dah masuk 4 tahun dan fahim 2 tahun sudah faham apa itu erti raya...

Sunday, September 5, 2010

kenangan raya dulu-dulu


Dulu masa kat kampung lagi seminggu nak raya tak sabar sangat rasanya menunggu,
Masa tu mak dah buat kerahan tenaga....adik-beradik yang ada kat rumah time tu dibahagikan tugas. Kena lap semua cermin tingkap atas dan bawah. Kalau ada 20 tingkap semuanyalah kena lap. Guna sabun okey..sampai berkilat. Lepas tu kena bersihkan sawang-sawang kat siling dan dinding rumah. Bersihkan semua bilik tidur, lipat semua baju cantik-cantik. Mop lantai sampai berkilat, kat halaman rumah sapu sampai bersih, sampaikan satu rumput pun tak ada yang tumbuh. Pendek kata masa inilah rumah dihias cantik dan bersih daripada kotoran.

Untuk sesi membuat biskut raya pulak, start dari minggu terakhir tu dah siap tulis bahan-bahan untuk dibeli dan bermulalah sesi membuka buku resipi. Biasanya sampai 10 jenis kuih. dibuat bermula pagi sampai ke malam dan bersambung ke sahur pula. Kadang-kadang sampai 14-15 jenis biskut belum masuk kerepek dan maruku lagi. Kalau jiran-jiran tanya dengan bangganya berkata," adalah dekat 10 jenis dah siap kuih," bangga di situ. Memang sangat risau kalau biskut raya tak buat. Sambil buat biskut sambil dengar lagu raya pergghh bertambah lagi semangat nak raya.

Dulu juga 'gila'menghantar kad raya kepada kawan-kawan. Walaupun kawan2 sekolah dan sekampung. Kalau posmen datang mulalah meninjau-ninjau ada atau tak kad raya. Lagi banyak kad raya diperoleh makin 'kembang kuncuplah hidung'. Macam artis pulak...tapi sekarang nak dapat kad raya satu pun susah...semua kad dikirim menerusi SMS dan Emel sahaja.

Bila malam 27 likur menjelang mulalah kumpulkan semua pelita, isi minyak tanah dan dipasang di semua pokok keliling rumah. Ditambah pula dengan lampu lip lap...seronok sangat. Masa tu memang tak sabar nak beraya nak tunggu lagi 3 hari rasanya macam tiga minggu.

Bila malam raya, yang paling seronok bila dapat main mercun dan bunga api. Lepas tu ada pulak budak2 main meriam kabat berdentam dentum bunyinya bila dicucuh pada batang paip besi. Tapi masa dulu walaupun main meriam buatan sendiri mana ada kes tangan dan jari putus seperti sekarang. Main ler sepuas-puasnya. Tak ada saper nak larang atau polis yang datang.

Malam raya juga paling sibuk menukar langsir dan sarung kusyen baru. kalau boleh semuanya ditukar baru atau dibersihkan menjadi seperti baru.

Tetapi sekarang hari raya dah sedikit berubah, sekarang ni bukan ditanya berapa jenis biskut dah siap, tapi banyak ke beli biskut raya. Baju raya dan beli berapa pasang. Lampu pelita pun dah jarang dipasang di kampung-kampung diganti dengan lampu elektrik sahaja. Anak-anak pun tak tahulah sama ada masih merasa semangat nak beraya seperti mana kita dulu. Kalau hari raya pertama tu pusing satu kampung berjalan sendiri jer..kumpul duit raya....walaupun nilai diterima dulu hanyalah 20 sen tapi sangatlah besar. Tapi anak-anak sekarang, berjalan hanya dengan ibu bapa sahaja atau pun ada yang lebih suka menonton TV daripada beraya.

Masa semakin berubah, kesibukan bekerja tidak sedar ehh..ehhh dah 25 hari puasa minggu depan nak raya.. kejapnya masa berlalu," memang tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Ramadan semakin mengakhiri dan Syawal akan menjelma. Bila dikenangkan zaman kanak-kanak dan remaja di kampung ketika menyambut raya langkah indahnya. Zaman yang tak akan berulang sampai bila-bila, hanya menjadi kenangan terindah, sepanjang hayat.


Saturday, September 4, 2010

lepas satu ..satu demam....

Salam..

Pejam celik pejam celik hari nie masuk hari ke-24 berpuasa. Kejap jer kan...rasa sayu jer nak meninggalkan Ramadan ni. Tahun depan baru dapat jumpa balik.

Sepanjang Ramadan ni beberapa kali jer sempat update blog..tak menang tangan nak berinternet. Bukannya apa kat rumah ni dah jadi macam wad dah..wad 1...untuk suami yang demam masa dua minggu awal puasa lepas jer dia baik demam bersambung pulak ke wad 2...Durrani yang demam seminggu..elok jer dia baik.. Fahim pula masuk wad 3... Bersambung-sambung. Syukur ler aku sihat walafiat kalau aku pun demam juga tak tahu lah.
Bila anak-anak demam ni tahu2 lah kan macam2 ragamnya tidor nak beriba kejap tidur kejap jaga. lebih banyak jaga dr tidur, lepas tu manjang nak minta ditepuk huhuhu...rasanya kalau malam dapat lelap 3 jam tu pun nasib baik jerlah. Dah nak subuh barulah dorang dapat tidur lena.

Harap2 dekat2 nak raya ni baiklah...bolehlah beraya dengan senangnya. kalau raya demam lagilah susah tak bolehlah berjalan ke mana.

nasib baik ler aku sempat bershoping raya yerlah kalau nak tunggu berdua dengan suami mmglah susah. anak2 dah demam hujung minggu mmg tak ke manalah jawabnya. nasib baik masa kerja tu sempatlah terjah Sogo, Jalan TAR cari apa yang patut. Dapatlah dua hari ke sana. Alhamdulillah semua persiapan dah complete dah drp baju raya anak, diri sendiri dan suami termasuk tukar duit raya dan juga beli biskut raya. Tahun ni ada duit lebih berbelanja lebih sikit ler...kalau tahun2 sebelumnya eehhmm...bajet..bajet..bajet..
Minggu depan cuma kerja 2 hari jer Isnin dengan Selasa...pastu cuti sampai 19 September. Seronoknya...korang cuti lama ker????