Wednesday, September 26, 2012

Jumpa Izzah @ Maya Karin Ombak Rindu

 Oh petang tadi saya jumpa Izzah @ Maya Karin.
memang dah lama tak jumpa dia maksudnya interviu Maya last rasanya tahun lepas kot. Oh dia semakin kurus dan langsing dan semakin cantik.



 Dia antara artis yang sangat bersederhana baik dalam solekan mahupun berpakaian. Jarang nampak dia bermekap tebal dengan bulu mata dua inci, gincu merah menyala atau pemerah pipi bak hantu Cina.  Pakaiannya pula tidak keterlaluan, sopan, longgar, dan tidak jarang. Akuinya kalau tiada photoshoot mmg dia tidak suka bermekap.


Bukan betapa tingginya Maya...tapi betapa rendahnya saya.
 Jujur..walaupun sudah banyak kali bertemu, namun langsung tiada gambar bersama. Di kesempatan tadi saya ringankan mulut meminta bergambar bersamanya. Setidaknya bolehlah disimpan buat kenangan juga diberitahu kepada anak-anak "Inilah Maya Karin heroin Ombak Rindu,"


p/s: Tahun ini Maya hanya berlakon 2 filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan yg akan ditayangkan tidak lama lagi.


Thursday, September 20, 2012

cerita mengenai pam susu medela frestyle

 Ini hasil pemerahan semalam untuk 15 minit sebab nak cepat nak pergi asgment terpaksalah dipendekkan masanya. Biasanya saya akan buat dalam 20-25 minit untuk kedua-dua B. Inilah yang bestnya pakai FS sebab dual pumping so senang dan menjimatkan masa terutama orang-orang macam saya nie. Dan lebih penting kenapa saya guna FS sebab ada handsfree konon2 boleh pump di mana saja. Di rumah tengah iron baju dan sambil menaip kat labtop. senangkan???

hasilnya menggunakan pump medela FS
 Tapi malangnya (ceewah cam menyesal jer beli) tidaklah menyesal sebab mmg dah lama teruja pun nak pakai pump ni. Selepas cuba kat rumah handfree ni saya rasa sangatlah tidak praktikal ataupun saya yg tak tahu guna saya rasa tak selesa mungkin sebab tak ketat dan rasa macam nak jatuh jer dan susu akan meleleh keluar (rugikan???...) Puas saya google kat youtube tapi tak jumpa juga cara nak guna hfree FS yg betul. So terbiarlah begitu saja...saya mmg tak pernah pakai pun hands free FS nie.


hasil susu terkini dah penuh peti sejuk

  Jadinya perah macam biasa jerlah..pegang botol susu. Apa kes kan beli mahal2 tapi guna cam pum lain juga. Baik pakai medela swingjer atau pum-pum yang lain.
tapi yang bestnya medela FS ni sebab suckingnya slow dan tidak menyakitkan. Lebih penting cepat..20 minit dah siap kedua-duanya. Biasa saya ambik masa 30 minit jer untuk keluar pum susu. So tidaklah rasa bersalah sangat kat bos. Wpun saya tahu dia sangat-sangatlah ok dan tak kisah pun.

Sebelum ni masa anak pertama dan kedua (tak ada bajet dan kurang pengetahuan ) saya hanya pakai pureen manual tu jer. Masa tu pun maklumlah peti sejuk pun hanya satu pintu susu hanya tahan 2 minggu saja. jadi kais pagi makan pagi jerlah...pump hari ni cukup untuk esok jer. Di opis pun pump tidak konsisten ikut suka hati makcik jer...kalau rasa dah bengkak sangat baru pump lama-lama kering sendirilah susu.

Lepas tu mulalah rasa nyesal eeehhh naper susu kering cepat sangat???
 Sempat setahun gitu jer nyusu. Itu pun mmg dah campur FM. Sekarang ni saya tidak mahu mengulangi kesilapan lama...bajet pun dah ada, tekad jer...moga dipermudahkan. Wpun mulanya nampak susah juga...tapi alhamdulillah setakat ni masih ok dan berjalan lancar. Apa cabarannya??? kalau org yang kerja di opis mgkin tak ada masalah...sampai waktunya pump jer susu.

Tapi jadual kerja saya tidak menentu jadi sesi mengepam pun tidak menentu juga. Kadang2 ada asgment jam 10 pagi saya terpaksa skip waktu mengepam selepas habis asgment kadang2 jam 12, kadan2g jam 1 baru dapat pam. Sampai bengkak cik B saya habis nak buat macam manakan??? begitu juga dengan waktu petang pun sama juga. Kalau ada asgment jam 2..mmglah terpaksa skip juga tapi biasanya saya pump awal sebelum keluar asgment.Kalau boleh mmg nak pam 3 kali sehari di pejabat tapi setakat ni kalau saya tak ada asgment luar mmg dapat 3 kali tapi kalau ada asgment 2 kali saja yang sempat. Balik rumah malam mmg saya tambah lagi sesi pam kadang2 rajin buat 3 kali kalau malas 2 kali jer pam.

Inilah cabarannya sebab itu ler saya perlukan handfree ni untuk memudahkan saya juga. malangnya tak tahu nak guna pula sehinggalah di bilik pam susu di pejabat ada rakan saya menggunakan FS dengan bra menyusu handsfree. Wahh saya sungguh teruja terus tanya di mana dia beli sebab rasanya kat Malaysia tak ada lagi. Nanti saya buat entry khas ya mengenai bra menyusu ni. Sangat praktikal, menjimatkan masa dan selesa. Wa cakap lu!!!! hehhehe best best memang best dan menambah semangat saya untuk mengepam.

Kawan saya kata dia minta abang dia belikan di US dan dia masih ada satu di rumah yang hendak dijual. Terus jer saya sambar satu.


Ini stok susu saya yang terbaru selepas keluar masuk susu. tak tersusun sikit. Nnatilah saya susun balik yang mana awal dan akhir. Patutlah ada orang sampai tak muat peti sejuk kena beli deep freezer. 



Setakat ni saya cuma guna di rumah saja dan belum sempat lagi praktikkan di luar. Saya cuma risau kalau ada agsment pagi dan petang yang memerlukan saya tidak masuk opis terpaksalah cari surau untuk pam susu.


p/s: Sekarang ni mmg dah jadi obses dengan penyusuan susu ibu dan pam susu. Semoga dipermudahkan sebab perjalanan masih jauh yer Fayyadh.

 pic terbaru Fayyadh berusia 2 bulan lebih.

 Wajah kesayangan hamba...

Thursday, September 13, 2012

sibuknya bila ada anak 3

 Bermula Isnin lepas 10 September saya sudah mula bekerja selepas cuti bersalin 60 hari. Kalau diikutkan hati memanglah malas itu pun sempatlah sambung cuti seminggu disebabkan ingin membuat stok susu dan mengemas dapur.

Bila dah ada anak tiga ni mmg automatik jadual berubah. kalau dulu bersenang lenang lagi sebab Fahim dah 4 tahun dah boleh buat sendiri tapi sekarang kembali sibuk. Tambah pula dengan aktiviti mengepam susu di rumah dan dipejabat serta jadual kerja yang tidak menentu.

Sekarang ni jam 5 pagi mmg sudah wajib bangun. Dimulakan dengan mengepam susu kemudian keluarkan susu dari fridge dan masukkan ke dalam botol, labelkan siap-siap. Dah setle barulah iron baju (malam mmg tak sempat). Kemudian jam 8 keluar rumah sekarang ni mmg keluar hantar berdua dengan suami. Risau juga guna car seat baby nangis tengah jalan tapi dah pernah cuba ok jer.

 Pagi keluar rumah mmg penuh dengan beg. beg tangan, beg pam susu, beg susu ke rumah pengasuh dan beg baju Fayyadh. Baju Durrani dan Fahim mmg dah letak seminggu siap2 jadi taklah banyak beg nak bawa begitu juga dengan susu dan pampers mmg letak satu pek kat sana.

Di pejabat pagi jam 10.30 saya start pam sesi pertama kemudian lepas solat Zohor dalam jam 2 petang kemudian masa nak balik kerja 5.30 petang. Time ni akan berubah kalau ada asgment kat luar. Biasanya jam 3 ada asgment saya siap-siap pam susu awal kemudian lepas habis asgment terus balik ke rumah.


 Bila dah balik rumah tu mulalah kemas botol2 susu yang banyak tuh. Kat rumah baby sitter pun dah 5 botol campur lagi 4 botol di pejabat dengan botol-botol lain. Haiii dah jadi kilang botol susu dah kekdahnya. Dalam sibuk-sibuk tu ambik kesempatan juga memasak. Tapi yg simple2 jer ada sayur dan ikan goreng/ ayam goreng dah cukup. Tak kuasa nak masak bersantan-santan bagai.

Dah siap masak dan makan sekali lagi kemas kini susu dalm fridge yang nak dibawa ke rumah baby sitter. Masukkan susu dalam plastik storage dan simpan kat freezer.

 Ini susu fresh  yang tak habis minum saya masukkan dalam plastik simpan dalam freezer. Saya baru jer guna plastik jingle jungle ni. Sebelum ni guna suri dari Lunatots. Puas hati ada ruang yang besar untuk simpan susu.

 Ini pula susu yang saya keluarkan dr fridge dan cairkan guna air paip kemudian saya masukkan dalam peti bersama sebekas air. Biar cair sendiri. Esok pagi tranfer saja ke botol.
Kadang-kadang bila buat kerja sedar-sedar dah jam 12 malam, mmg beginilah setiap malam. 

kalau ditanya memanglah penat tapi alhamdulillah seronok sangat bila tengok stok susu keluar masuk dan habis diminum di rumah pengasuh. tambah pula bila mengepam ada rezeki untuk Fayyadh walaupun tak meriah cam org lain boleh dapat berbelas oz sekali pam tapi saya bersyukur sangat sebab susu sentiasa ada. kalau keluar satu dari frozen mesti saya masukkan balik dua botol. Jadinya stok susu memang tak berkurang.


Ni masa tengah belajar letak Fayyadh  kat car seat..hari mula2 ok tak nangis sebab dia dengar suara kita. kalau tak bersuara merengek2 juga.



Saturday, September 8, 2012

Aim rindu babylah mama....

Budak kecik ni dah jadi abang sekarang. Nasib baik manjanya pun dah kurang dah pandai jaga dan sayang sangat dengan adiknya. Masa raya hari tu dialah jadi pengawal kat sebelah adik. saper jer datang melawat melekat jer kat tilam adik. Orang nak angkat pun dia jeling2 tak bagi.


kusyhuk main game
 Oh Khamis dan Jumaat saya hantar fayyadh kat bb sitter. Ingatkan dia nak duduk sekali tak nak katanya. Nanti mama kerja baru dia pergi sekali. Jam 4 petang dah suruh kita orang ambil adik kat bb sitter. "Aim rindu baby," sambil mata dah merah dah.
Alo..lo anak mama ...rindu adik rupanya. Kakak maintain jer, " tunggulah kol 6 baru ambil. Apalah Aim ni. Adik duduk rumah mak Ida jer bukan orang lain."

Langsung tak senang duduk kat umah. Tgk kartun pun cam tak kusyhuk jer. Sesekali dia kata "Aim rasa  tak sonoklah mama,".
saya tanya kenapa. "Sebab baby tak ada,"

pastu siap suruh saya call abah nak minta amik. Tahu pula sunyi dan rindu yer...

ohhh...menang
 Jumaat pun sama juga ...jam 3 petang dan sibuk suruh ambil adik dia. Nanti kat rumah pengasuh macam mana agaknya. Dialah jd pengawal kot jaga adik.


dah jadi abang yer fahim
 Macam nilah kekdahnya kalau kat umah. tenung-tenung, pandang-pandang..bilalah dapat main kete dgn adik.

Kalau pergi shoping mall lagi best..dia nampak mainan sekarang nie..."Aim nak beli untuk adiklah mama,"

Ayat bestkan...tapi sebenarnya untuk dia saja bg alasan untuk adik dia boleh main dulu.


"bila adik nak besar ni tak sabar nak main kereta sama-sama"


Thursday, September 6, 2012

Hari pertama di rumah pengasuh

 Hari ni saya cuba hantar Fayyadh ke rumah pengasuh. Saja nak tahu macam mana sama ada serasi atau tak, menangis ke tidak dan lebih utama nak tahu berapa jumlah oz susu yang perlu dibawa dari jam 9 pagi hingga 7 petang.
Petang tu dah beli apa yang patut untuk dibawa ke rumah bb sitter senang nanti Isnin bawa baju jer lagi. Malamnya saya keluarkan stok susu dari dalam freezer untuk dicairkan. Bukan apa senang baby sitter nanti terus jer panaskan. saya cuma ambil 2 dari freezer dan 3 yang fresh (saya perah malam dan subuh).
Bila bangun pagi saya labelkan susu begini. No 1 fresh, 2 frozen, 3 fresh dan 4 frozen dan 5 fresh. jadi kalau yg ke 5 Fayyadh belum minum jadi boleh simpan balik dalam peti untuk esok hari. Saya masukkan dalam botol 3-3.5 oz saja. jadi kalau tak habis tak ler ralat sangtkan sebab tak banyak. Lagipun baby minum sikit jer.


 Belum beli label secara proper lagi. Nampak tak cantikkan? nantilah saya beli label baru nampak kemas gitu.

 Lepas dah berlabel saya masukkan dalam cooler bag bersama ice pack dan 5 botol susu dan puting susu jgn dilupa. Saya terus tinggalkan di rumah pengasuh senang dia terus jer ambil dari cooler bag tu. Tak payah masuk peti sejuk pun tak apa. Tak lah menyusahkan dia.

 Inilah stok susu saya setakat minggu lepas. kalau tambah hari ni dah penuh dah bahagian atas dengan plastik susu. Palstik pun dah nak habis dah. Setiap hari kalau perah dapatlah dalam 12-15 0z dan tadi saya tanya baby sitter Fayyadh hanya minum 4 botol saja. Botol ke 5 masih ada. saya simpan kat freezer baby sitter jer. Maksudnya cukuplah kalau nak bg yang fresh tapi saya rasa nanti dah start kerja ingat nak bekalkan 4 botol jer tapi isi dalam tu ada yang 3 oz dan ada 3.5 oz. Ni merujuk kata bb sitterlah bawa 4 pun dah cukup.

Meragam atau tidak? ehhm meragam juga tambah bila nak menyusu. Maklumlah tak biasa sangat dengan puting tu wpun dah cuba kat rumah. Lama atau dah lapar sangat barulah dia hisap botol. Sian anak mama yer....

harap-harap bila dah start kerja minggu depan dah serasi dan oklah dengan baby sitter. Selalu bila malam nak tidurkan dia selalu pesan jgn nakal-nakal, jangan meragam, baik-baik saja dengan mak Ida.


Saturday, September 1, 2012

open house dan sesi tapau makanan

Semalam 31 Ogos pergi open house rumah kakak di Bangsar. Majlis bermula sebelum Jumaat tapi kita orang gerak lepas Jumaat sampai dalam jam 3ptg gitu. Dah ramai tetamu yang datang. Kakak kat selayang dgn Gombak pun dah ada.


 Jom kita layan menu yang ada ya. Time masih berpantang ni (sesetengah makanan saja) memang menguji keinginan sungguh. Tak apa demi untuk kurus hehhehe. Banyak benor makanan ada nasi briyani ayam merah, daging masak hitam, dalca, nasi himpit, satey Kajang, laksa, buah-buahan, agar-agar.

 Yang pasti nasi briani dgn satey dah makan dah. Begitu juga nasi himpit kuah kacang. Dah tak boleh berdiet dah...geram jer tengok makanan sedap -sedap hahhahah. Tapi laksa belum sentuh lagi tunggu setahun baru boleh makan.

 anak-anak dengan kakak Aton yg rajin melayan.

 kakak makan kek. sedap sangat katanya


Peace...makan nasi

 Eh ada menu lagi desert dengan buah-buahan.

 Sempena hari jadi angah ada potong kek. Sedapnya kek secret Recipe..

 lepas dah makan sesi tapau apa yang patut. Sudah isi dalam perut bawa balik lagi iskkk...isk...iskkk..nak buat macam mana dah banyak lebih. Rezeki jgn ditolak. Terima kasih pd tuan rumahyer.

 Kak Tija yang sedang bungkus makanan. Kita org bawa balik nasi briani, ayam merah, daging, dalca, satey dgn nasi himpit pun bawa balik juga. Syoknya pegi open house dapat makanan lagi. Lepas dah bungkus apa yang patut dalam jam 7 malam, gerak balik rumah. Malamnya tak payah masak...makan apa yang dibawa balik saja.

 Si kecik yg sejak sampai rumah kakak tidur..balik pun tidur juga. bangun sekejap nyusu jer sambung tido balik. Senang maknya nak makan.

 Uhhh lena sungguh-sungguh yer...