Konvensyen Bidadari Dunia 2012
Kagum dengan Wardina, dia wanita dan ibu yg wajar dicontohi. Sekali Tuhan memberikan hidayah dia menjadi wanita yang sangat baik akhlaknya dan juga menjaga keimanannya. Saya sering mengikuti motivasi serta ceritanya di blog. Sangat bermanfaat. Bacaan al-Quran sangat menyentuh hati dan mendayu-dayu sehingga saya sendiri mengalirkan air mata.
Kata Prof. Dr. Muhaya
yang baik hati, "Jika kita ambil masa orang, nanti Allah ambil masa kita.
Jom, kita bagi masa lebih pada orang."
Kata Puan Jamilah
yang 'cool', "Anak kecil yang biasa dipukul pada usia 1 hingga 2 tahun,
akan pukul mak dia pula pada usia remaja."
Kata Wardina pula, “
hidayah tidak akan datang sendiri tanpa kita yang mencari .”
Kata Datuk Siti
Nurbahyah, “ kehidupan seseorang yang sukar dan tidak bahagia adalah
berpunca daripada bagaimana kita melayan
kedua ibu bapa kita pada masa lalu.”
Ini antara kata-kata penceramah tersohor ketika mengikuti
persidangan Bidadari Dunia anjuran iluvislam.com. Memang sangat menarik
menerusi tajuk-tajuk ceramah disampaikan penceramah terkenal tanah air. Banyak ilmu
yang diperoleh terutama dalam menjadi wanita sempurna bukan saja di dunia malah
akhirat. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita lakukan semuanya sudah betul dan
sempurna tetapi sebenarnya semakin kita mencari kesempurnaan itu semakin banyak
yang kita temui mengenai kekurangan pada diri sendiri.
Paling terkesan apabila Wardina membaca ayat suci al-Quran
dengan linangan air mata ketika menyampaikan forum bertajuk Fesyen Yes or Not.
Nampak kesungguhan, kejujuran dan keikhlasan dalam hatinya ..nampak dia
begitu sayu dan sedih dengan keadaan
dunia pada masa kini. Terutama sekali wanita. Katanya berapa ramai wanita
menutup aurat sepenuhnya? Bertudung tapi masih memakai pakaian ketat, bertudung
tapi tidak melabuhkan tudung sehingga ke paras dada. Bertudung tapi masih
melakukan maksiat.
Ya jika dilihat itulah realiti pada masa kini. Kerana apa? Kerana
sering disogokkan di media dan kaca TV mengenai pelbagai fesyen wanita
bertudung yang sebenarnya ada yang tidak mengikut syariat Islam. Kerana kita
sering menilai kecantikan menerusi luaran, cantik kulit, cantik solekan dan
cantik pakaian. Tetapi tidak pernah sedikitpun pun menilai ketaqwaan mereka
kepada Allah sedangkan aurat yang paling baik adalah pakaian TAQWA.
Oh mendengar kata-kata Wardina ini, memang banyak benarnya. Banyak
kesilapan yang kita lakukan tanpa disedari kerana kita langsung tidak mahu
belajar dan cuba mempelajari ilmu agama.
Katanya lagi hidayah tidak akan datang sendiri….melainkan kita berusaha
mencari. Begitu juga perubahan hidup, jika kita yang tidak mengubah siapa lagi?
Dia juga menekankan mengenai
al-Quran yang perlu dibaca dan difahami. Jadikan sebagai sahabat yang
dibawa ke mana-mana. Ini kerana itulah penyelamat dunia dan akhirat.
Oh sekali lagi saya tersedar mengenainya, memang dalam
kehidupan kita sering meninggalkan apa yang wajib dan menjadi perintah Allah.
sibuk mengejar dunia sehingga terlupa akhirat di sana. Kehidupan bukan setakat
kita mengikut apa yang dilakukan nenek moyang kita pada masa dulu. Kenapa kita
solat? Apakah makna bacaan solat? Apakah makna ayat-ayat dalam al-Quran adakah
kita mengambil tahu mengenainya. Kurang…kurang…hanya
sedikit…atau tidak ambil tahu langsung.
Oh Tuhan banyaknya kekurangan pada diri sendiri. Saya sering
bertanya jika kita tidak tahu mengapa tidak mahu belajar atau mengikuti
kelas-kelas agama? Bukankah itu semua
perlu dicari bukan menunggu ia datang di hadapan diri sendiri.
Sibuk??? Ya sering
kali itulah jawapannya…setiap tahun itu juga alasannya. Tanpa disedari usia
menginjak pergi. Kematian semakin menghampiri. Adakah apabila usia di hujung
senja baru ingin mencari semua ilmu agama yang hakiki? Sedangkan pada usia muda
inilah masa itu melengkapi diri, adakah menunaikan solat 5 lima waktu dan membaca al-Quran
sehelai dua sudah dikira Muslim dan Muslimah sejati ? Tidak…. ia lebih daripada
itu, KETAQWAAN begitu mendalam maknanya...dan
ia perlu dicari.
4 comments:
terima kasih atas perkongsian ini T..betul la tuh semakin kita sibuk dan terkejar2 hal duniawi,semakin kita lupa hal diakhirat kelak..sama2 lah kita muhasabahkan diri...
Salam perkenalan ..
kecantikan ,kekayaan, dan kesihatan yg baik juga merupakan ujian dari Allah SWT..Sering terleka dgn syurga dunia yg sementara..
Sama2 kita ingat mengingati ..
assalam, menarik n3 ni..tq sharing:)
memuhasabahkan diri. thanks ! ^^
Post a Comment