Saturday, April 28, 2012

anak-anak dan kesibukan bekerja

 
Kalau saya tidak bekerja pada Sabtu dan Ahad atau hari cuti anak-anaklah yang paling gembira. Biasanya kalau hari sekolah tiap hari mereka akan bertanya, "mama hari ni hari apa...cuti ke sekolah," baik kakak atau adik. Tapi kakak dah tahu hari so dia akan lebih excited bila tiba Jumaat. Manakala adik akan berkata, "seronoknya cuti, mama ada...duduk rumah." sambil memeluk saya. Memang setiap hari dan hujung minggu dia akan berbuat begitu.
Kadang-kadang nak mengalir air mata bila si adik berkata, " Ala Aim rindu mama...hari-hari mama kerja. Aim nak ikut mamalah. Aim sayang mama. Mama baliklah cepat-cepat tau. Amik Aim."

Memang inilah ungkapannya bila saya menghantar dia pagi-pagi ke rumah pengasuh.  Kadang-kadang susah juga nak menjelaskannya kepada mereka. Saya selalu katakan, "mama kena kerja cari duit, nanti nak sekolah, nak bagi Aim belajar pandai-pandai kerja best-best. Kalau tak kerja macam mana nak beli mainan dan beli susu Aim, nak bagi Aim makan." dan selepas itu dia mengangguk tanda faham..dan esoknya akan bertanya lagi.

Pernah juga bila saya selalu berkata, Aim nanti besar belajar rajin2 nanti boleh kerja besar, gaji banyak. Boleh beli kereta dan rumah besar boleh jaga mama," kemudian dua tiga hari kemudian apabila dia melihat ada lelaki sedang menunggang motosikal di dalam hujan dia berkata, "mama tengok tu kasihan dia... naik moto...basah..sian dia tak ada kereta. Dia tak belajar rajin-rajin ke mama?" alahai anak mama...memang susah dan sukar menjelaskan kepadanya.

 Saya perasan apabila perkara ini diulag-ulang walaupun hanya 10-15 minit di dalam kereta ketika saya menghantarnya ia sangat berkesan di dalam hati. Dan hanya itulah saya rasa masa berkualiti yg saya ada ketika bersama anak-anak. Kecualilah pada hari cuti.

Bayangkan ibu yang bekerja seperti saya, pagi-pagi sudah menghantar anak, kemudian jam 7 malam baru berjumpa mereka. Kemudian jam 10 malam mereka sudah tidur berapa banyak masa yang saya ada. Ditolak dengan kerja memasak di dapur, kemudian membasuh pinggan dan mengemas dapur. Selepas itu sudah penat...sedangkan mereka perlukan perhatian. Kadang-kadang apabila terlepas percakapan dgn nada yang agak tinggi atau marah, saya beristigfar kembali.

Ya saya tahu mereka harus didahulukan dalam semua perkara. Sebab itu apabila si adik meminta untuk dibuatkan susu atau memanggil untuk dipakaikan baju, untuk melihat mainan yang tersepit di bawah kerusi atau memanggil untuk melihat kartun kegemarannya cepat-cepat saya datang menghampirinya. Kerana saya tahu mereka memerlukan saya pada waktu itu. Pernah juga si adik berkata, "mama jgn lah marah-marah. Kalau mama marah Aim tak mahu kawan dengan mama," dan saya mengambil pendekatan untuk tidak meninggikan suara. Saya juga perasan kini kalau saya terlepas cakap atau meninggikan suara..masing-masing sudah mengalirkan air mata. Oh anak....betapa sensitifnya perasaan kamu!.

Sebab itu jika terpaksa pulang lewat, saya tidak akan memasak kerana kerja-kerja didapur tentunya mengambil masa yang lama walau hanya makanan simple saja. Katakan memasak jam 8 kemudian makan dan mengemas, jam 9.30 baru selesai. Berapa banyak masa yang saya ada untuk melihat kerja sekolah dan melayan mereka bercakap sedangkan ketika itu memang banyak idea dan perkara yang mereka ingin kongsi bersama.
Seperti mana anak saya yang kecil akan bercerita ketika di rumah pengasuhnya, itu dan ini.. tengah hari makan apa, tidur jam berapa, main apa bergaduh atau tidak manakala kakak akan bercerita kawan-kawan di kelas dan apa yg dipelajari hari itu. 

Saya pernah menemuramah seorang seoarang pensyarah di UKM, katanya walau bagaimana sibuk sekalipun jangan mengabaikan anak-anak. Kerana drp ibu bapalah perangai dia terbentuk, jangan salahkan anak-anak kalau dia degil, tidak mendengar kata, malas , suka berbohong dan sebagainya kerana dia melihat apa yang ibu dan bapa  lakukan di rumah. 

Cuba carikan masa bersama mereka terutama pada waktu makan. Kerana pada masa ini walaupun hanya 1 atau 2 jam di meja makan tetapi masa yang ada sangat berkualiti. Pada masa inilah anak-anak akan bercakap dengan ibu bapa. Bertanya pelbagai perkara.

Saya teringat beginilah yang dilakukan ibu bapa saya di kampung. Anak-anak tidak makan selagi ayah saya tidak berada di meja makan. Sama ada pagi, makan tengah hari atau malam. Semua akan menunggu di meja makan bila semua sudah ada barulah boleh menjamah makanan. Tetapi berapa ramai keluarga mempraktikkan perkara ini dalam rumah tangga. Kalau pensyarah itu lagi walaupun nampak simple tetapi jika dilakukan setiap hari kesannya sangat besar terhadap perkembangan emosi anak-anak.

Dulu ketika di sekolah menengah adik beradik yang ada di rumah akan diajak berjemaah Maghrib bersama. Ayah saya  akan menjadi imam, diikuti abang, adik lelaki, mak, saya dan adik perempuan. Yang lain sudah bekerja dan tinggal berjauhan. Kadang-kadang memang rasa liat dan malas, maklumlah selepas itu diadakan bacaan kitab.
Memang masing-masing akan disuruh untuk solat berjemaah, kalau malam Jumaat akan dibacakan Yasin bersama-sama. Memang seronok apabila dikenang kembali saat-saat itu kerana ini menjadikan kita lebih hormat pada ibu bapa.

Kata pensyarah itu lagi,  " jika tidak mahu bertanggungjawab dan menjadi ibu bapa yang sempurna drp semua segi jangan beranak atau ada anak, kerana tanggungjawab seorang ibu dan bapa itu sangatlah besar bukan sekadar melahirkan, memberi makan, menyediakan segala keperluan tetapi memastikan emosi, rohani, jasmani seimbang dunia dan akhrat. Namun apa yg berlaku pada masa sekarang mengapa banyak kes lari dr rumah, anak tidak mendengar kata, degil, buang bayi adalah disebabkan berpunca drp ibu bapa itu sendiri."

Wallauhualam.... 


p/s: Bersyukur bagi ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa, kerana banyak masa bersama-anak di rumah.


3 comments:

Angah said...

ya saya juga mengalami perasaaan yang sama tiap kali htr anak,saya juga sedang berusaha utk keja office hour,sekarang saya kerja syif,sgt sedih bila keja mlm anak saya kdang2 akan merengek dan berkata ibu tkpayah g keja ibu,...tapi itula,zmn skarang ni kalao ibu tk bkerja nak harap ayah je kerja rasanya tkcukup...mujur anak blum bersekolah,saya juga berazam utk mintk keja office hour sblum anak mul askolah,kesian mlm2 kang tak dak yg bantu wat keja skolah,tgkkan buku...saya sgt rasa bersalah,,..sebab itu munkin masih berfikir utk tmbah anak,memang rezeki anak ada dimana2...tapi kualiti juga penting utk anak ,bukan kuantiti...saya takot takmampu mendidik anak sebaik ibubapa kita...sgt sedih utk tingalkan anak di rumahpengasuh...saya turut merasai apa yg awak rasai...

rynas said...

Angah: betul tu saya rasa semua ibu-ibu bekerja akan ada perasaan yang samakan. Jadi masa yg adalah kita kena gunakan secara berkualiti.

Anonymous said...

GEMBIRA MEMBACA CORETAN ANDA,,,,SERONOKNYA MENJADI IBU SEPENUH MASA.. SAYA JUGA BERCITA CITA DEMEKIAN,, APABILA SAYA BERJYA DALAM BIZ SHAKEE SAYA,,,,JOM KE BLOG SAYA,,,,TERIMAKASIH,,,