Friday, December 4, 2009

kerja baru, suasana baru dan semangat baru

Tempat baru, suasana baru, bos baru dan semangat baru...
Sudah masuk hari ketiga aku bertugas di tempat baru NSTP Harian Metro meja Wanita. Ehhmm....teruja itulah perkataan pertama ketika menjejakkan kaki ke dalam bangunan NSTP yang gah di Jalan Riong ini. Terasa seperti baru sahaja menamatkan pelajaran dan memulakan kerja. Perasaan inilah yang aku rasai lapan tahun lalu ketika mula bekerja di akhbar Warta Perdana dan majalah I-remaja setahun kemudian. Bezanya aku sudah ada sedikit pengalaman dan juga kawan yang aku kenali ketika membuat tugasan. Ya aku juga mengenali Bennie yang sudah setahun lebih bekerja di Berita Minggu dengan harapan dia akan lebih banyak membantu untuk lebih pantas mempelajari sesuatu terutama cara bekerja serta sistem it di sana. Ya aku agak buta It mujur ada Rosma dan Faizah yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai sistem tera dan penggunaan pc di sana.

Aku akui bekerja di akhbar yang gah ini sistemnya tidak sama seperti mana tempat lama, semuanya ada di hujung jari, malah tugasan luar juga dicatat di dalam sistem. Klik sahaja untuk mengetahui ke mana kita membuat tugasan. Maklumlah staf sesebuah akhbar itu ramai mana mungkin editor bertanya setiap hari ke mana kita pergi. Asalkan bahan yang diminta itu siap mengikut waktunya. Kedatangan atau berapa kali keluar minum tidak dipersoalkan. Aku harap sedikit masa lagi aku akan menguasai sistem tera di sini.

Bekerja 3 hari aku sudah mula menyukai kenyamanan dan kedamaian suasana bertugas baik rakan sekerja sehinggalah ketua. Semuanya baik-baik belaka tidak seperti yang aku bayangkan mungkin editornya garang atau boleh membaling kertas dan stepler sekiranya artikel tidak mengikut piawaiannya seperti mana aku bekerja di akhbar Warta Perdana suatu ketika dulu. Hari pertama aku bertemu dengan Pengarang Kumpulan lebih dikenali sebagai Pak Mus. Sebelum memperkenalkan diri dia terlebih dulu berkata, " Siti ...nilah dia dari Beritapub tu," Oh nampaknya nama aku sudah bermain dibibirnya, mungkin juga kerana aku staff berita Publishing yang dulunya turut berada di bawah NSTP sebab itu dia mengenali, malah ramai staff BP berpindah kerja di NSTP sehinggakan salah satu soalan pak Mus adalah, " Zaini tak marah ka ko datang sini?" aku terkelu sekejap lantas hanya membalas dengan senyuman. Dia juga bertanya siapa lagi orang lama masih ada di sana, sambil menyebut beberapa nama seperti Kak On dan Kak Shidah pantas Pak Mus berkata, "oh Shidah Ibrahim..satu badge dengan aku tu..masih ada lagi dia noo," nampaknya masih ramai kenalan Pak Mus di BP dan antara kawan baiknya adalah Juragan atau Mat Desa.

Aku juga bertemu dengan pengarang Rencana En Johari yang serius tetapi menurut kata rakan-rakan di situ En. Johari sangat baik dan marahnya berbentuk mengajar. Ohh..aku baru 3 hari masih banyak yang belum aku pelajari juga mengenali pelbagai ragam orang di sana. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek masuk kandang lembu menguak. Juga Adam Salleh editor meja hiburan.

Kak Ayu editor meja wanita lemah lembut orangnya baik tutur kata mahupun penampilan. Terasa agak asing mempunyai ketua sebegitu. Malah sehari sebelum bekerja dia menghantar khidmat pesanan ringkas memberitahu supaya tidak datang awal, kerana meja wanita bekerja jam 10 pagi. Akibatnya akulah orang terakhir sampai di bahagian admin sedangkan yang lain sudah dibawa melawat department masing-masing. malu juga rasanya....

Hari ketiga sudah ada asgn menanti ulasan makanan di hotel dan temuramah untuk rencana. Kebanyakan rencana perlu dicari sendiri bukannya diberi. Wah nampaknya tidak banyak bezanya dengan majalah tempat aku bekerja I-Remaja dan Jelita. Pembahagian tugasan juga sudah dibuat...selepas ini aku harus berusaha keras menyimpan stok rencana -itu sudah pasti bagi memastikan jadual kerja aku berjalan lancar dan dapat bercuti dengan lenangnya. wah sudah mahu berkira untuk bercuti...walau baru tiga hari bekerja. itu sudah pasti mana tahu cuti kecemasan jadinya harus merancang kerja sebaik mungkin..WORK SMART

5 comments:

ennieva fauzi said...

welcome Tie..welcome Tie..Insya Allah, ko akan rasa sangat bahagia di sini. Syukur, ini rezeki Tuhan. Semua orang di sini bekerja dengan ikhlas, semangat dan memberi yang terbaik. Tidak merungut kerana semuanya disediakan, dihargai dan kita mendapat setimpal dengan usaha. Alhamdulillah Tie..akhirnya Allah mendengar doa hambaNYA...

syazhillmy said...

All the best kak sity! :)

Rashidah Ibrahim said...

Semoga berbahagia di tempat baru itu. Entri siti menjemput rindu di hati akak... Sudah berbahagia di sana, janganlah pula lupa orang di sini.

raihanah said...

Salam Siti.
semoga selesa di tempat baru. mula2 kekokklah lama-lama mesti OK punya. alah bisa tegal biasa.
pak mus boss lama kak ana.

rynas said...

ben insyaallah ben semuanya menjanjikan keselesaan

kak shidah mana leh lupa akak tempat jatuh lg kan dikenang..

kak ana pak mus nampak cam serius dan garang ttp leh tahan jugak orangnya suka wat lawak